IQNA

Hamid Majidi Mehr mengumumkan:

Perincian peringkat awal dan akhir pertandingan Al-Quran antarabangsa Republik Islam Iran

12:03 - December 24, 2022
Berita ID: 3101981
TEHRAN (IQNA) - Ketua Pusat Hal Ehwal Al-Quran Pertubuhan Wakaf mengumumkan butiran masa peringkat awal dan akhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-39.

Laporan IQNA; Hamid Majidimehr, ketua Pusat Hal Ehwal Al-Quran Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal Amal, dalam temu bual dengan wartawan IQNA, mengenai butiran terkini mengadakan pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan ke-39, menyebutkan; mengadakan banyak mesyuarat untuk pelaksanaan yang betul acara ini dan berkata: Pada hari-hari yang lalu, lawatan ke Peringkat awal pertandingan ini telah diadakan di Masyhad. Semasa lawatan ini dan dalam mesyuarat kakitangan eksekutif, beberapa butiran telah dibincangkan.

Ketua Pusat Hal Ehwal Al-Quran Pertubuhan Wakaf dan Amal berkata: 80 negara telah mencalonkan wakil mereka untuk menghadiri musabaqah ini.

Peringkat saringan (permulaan) akan diadakan di Masyhad dan peringkat akhir akan diadakan di dewan sidang kemuncak negara-negara Islam di Tehran.

Setiausaha Staf Penyelaras Tertinggi Pertandingan Al-Quran negara berkata mengenai masa peringkat awal Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Iran: Peringkat awal pertandingan ini akan diadakan dari 13 hingga 17 Januari tahun 2023 di  Kompleks Kebudayaan "Aftab Velayat" (آفتاب ولایت ) - Mentari wilayat - dengan kehadiran 12 hakim bahagian perempuan dan 12 hakim bahagian lelaki.

Beliau menambah: Peringkat awal bahagian wanita akan diadakan pada 13 dan 14 Januari dan bahagian lelaki akan diadakan pada 15, 16 dan 17 Januari. Peringkat ini diadakan secara dalam talian di Masyhad suci. Pada peringkat ini, fail video yang dirakam peserta akan dimainkan untuk kumpulan penilai, untuk dinilai secara langsung oleh mereka.

Majidi Mehr menambah: Fail video para peserta telah dirakam dan diterima dalam penyelarasan dengan kedutaan dan perundingan kebudayaan Republik Islam Iran, Jamiat al-Mustafa dan institusi Al-Quran, dan peringkat akhir penyuntingan mereka sedang dijalankan.

Sambil menunjukkan bahawa peringkat akhir akan bermula pada hari Sabtu, 18 Ferbuari, pada masa yang sama dengan ulang tahun bi'that Nabi (SAW), beliau menambah: Acara kebudayaan penting ini akan berterusan sehingga Rabu, 22 Ferbuari, dan kami berharap dapat bertemu bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam yang akan diadakan pada hari Khamis, 23 Ferbuari.

4108692

 

captcha