IQNA

Apa kata Al-Quran / 43

Mereka yang tidak pernah mati

7:04 - January 09, 2023
Berita ID: 3102052
TEHRAN (IQNA) - Hidup dalam ketidakpuasan, kekecewaan dan kepahitan tidak diingini bagi sesiapa pun, dan kehidupan bukan sahaja bermakna sekedar bermakna hidup sahaja, tetapi hidup dengan kebahagiaan itu yang penting dan dimaksud oleh keinginan fitratallah (konsep penciptan manusia dengan fitrah ini), kepuasan (keredaan) dan kebahagiaan, yang boleh dianggap sebagai kehidupan sebenar manusia. Dalam pada itu, Al-Quran menceritakan tentang mereka yang tidak pernah mati dan terus menerus menjalani kehidupan!

Laporan IQNA; Kualiti hidup, perasaan berharga dan kepuasan itulah yang memberi makna kepada kehidupan dan menjamin kebahagiaan manusia. Al-Quran merujuk kepada kumpulan yang tidak pernah mati dan sentiasa hidup:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ الَّذِيۡنَ قُتِلُوۡا فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ اَمۡوَاتًا ‌ؕ بَلۡ اَحۡيَآءٌ عِنۡدَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُوۡنَۙ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Qs, A-li'Imraan 3:169).

Menurut penulis tafsir al-Amstal; Makna kehidupan di sini ialah kehidupan di alam Barzakh (الحیاة البرزخیة - alhayatul barzakhiyah) yang dimiliki oleh jiwa-jiwa di dunia selepas kematian, dan ini tidak eksklusif untuk para syuhada sahaja, tetapi oleh kerana para syuhada begitu tenggelam dalam keberkatan kehidupan rohani sehingga seolah-olah kehidupan orang lain yang hadir di Barzakh tidak ada apa-apa di hadapan mereka, dan untuk sebab ini hanya mereka yang disebut-sebut dalam ayat.

Seseorang yang berjuang dan mengorbankan hidupnya di jalan nilai dan di jalan ketuhanan, pastinya telah berpegang kepada nilai-nilai ini sebelum terbunuhnya, ini telah menjelmakannya dalam kehidupannya; Merendah diri, memaafkan, mengawal kemarahan, menyantuni dan mengambil berat terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sebahagian daripada ciri-ciri orang yang mencari Tuhan dan ia berbeza dengan orang yang hidup dengan kezaliman, kemegahan diri, kepentingan diri dan maksiat.

Perilaku yang bernilai itu memberikan kebahagiaan kepada manusia dan menjadi subjek ayat yang mulia iaitu;

بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
"mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Tuhannya".

Pada akhir perang Uhud, Abu Sufyan, yang merupakan panglima penentang Rasulullah (SAW), di penghujung perang Uhud, berteriak dengan lantang: "Tujuh puluh orang Islam terbunuh di Uhud ini, sebagai gantian tujuh puluh orang daripada kami yang terkorban dalam perang Badar." Tetapi Rasulullah (SAW) bersabda: "Orang mati kami di syurga, tetapi orang mati kamu di neraka." Dan inilah erti kehidupan yang bahagia dan kekal yang telah disebutkan tadi.

Poin tentang syuhada dan kesyahidan dalam Tafsir Nur:

1. Nabi (SAW) mendengar daripada seseorang yang berkata dalam doa: ! اللهم اسئلك خیر ما تسئل - "Ya Allah! aku memohon perkara terbaik yang diminta daripadamu." Nabi (SAW) bersabda kepadanya: "Jika doa ini dimakbulkan, kamu akan mati syahid di jalan Allah."

2. Disebutkan dalam riwayat: Di atas setiap kebaikan, ada kebaikan, kecuali mati syahid, apabila seseorang itu mati syahid, tidak ada kebaikan yang lebih baik daripada itu.

3. Pada hari kiamat, orang yang mati syahid mendapat kedudukan syafaat. Syafaat ialah penghubung makhluk; antara Allah dengan makhluk lain untuk menyampaikan kebaikan atau menangkis kemungkaran di dunia dan akhirat.

4. Kematian yang terbaik dan paling tinggi ialah mati syahid.

5. Hazrat Ali (as), yang mempunyai berpuluh-puluh keutamaan istimewa, hanya ketika beliau berada di ambang kesyahidan, berkata: "«فُزتُ و ربِّ الكعبة; Saya bersumpah kepada Tuhan Kaabah bahawa saya telah diselamatkan."

Beliau (as) adalah orang pertama yang beriman, beliau tidur di tempat Nabi, menjadi saudara Nabi, satu-satunya rumahnya ada pintu ke masjid Nabi, beliau adalah bapa imam dan suami azZahra (as). Pemecah berhala kemusyrikan. Pukulan pedangnya di hari Khandaq (خندق) lebih baik daripada ibadat Saqalain - jin dan manusia (ضربة علی فی یوم خندق افضل من عبادة الثقلین) Tetapi dalam kes-kes yang disebutkan, tiada beliau berkata: "Fuztu (فزت) - Aku telah menang".

*Allahyarham Hj Qasim Sulaimani dalam satu kenyataannya berkata:

"Syahid sebelum kesyahidannya telah hidup sebagai syahid"- (Sardar Cinta Hj Qasim Sulaimani).

captcha