IQNA

Apa kata Al-Quran / 46

Siapakah yang Tuhan mengirim selawat dan salam kepadanya?

11:35 - March 08, 2023
Berita ID: 3102316
TEHRAN (IQNA) - Sesetengah orang menerima salam istimewa Tuhan; Yang jelas menurut ahli tafsir, Selawat Allah bukanlah kata-kata, kerana ucapan Allah adalah juga satu penyata perbuatan dan cahaya yang dirasai oleh dalaman diri manusia.

Laporan IQNA; Ayat 157 dari Surah Al-Baqarah memberitahu tentang kebenaran yang indah tentang kehidupan orang-orang yang sabar, dan itu adalah bahawa golongan ini tertakluk kepada rahmat selawat dari pada Allah:

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan (salam selawat) dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." (Qs, Al-Baqarah 2:157).

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan "selawat ilahi ( صلوات الهی)?" Dalam buku kamus, perkataan «صلوة» "Selawat" bermaksud "perhatian" («توجة») dan "fleksibiliti" - in'ithaaf («انعطاف»), dan dalam Tafsir Al-Mizan, dikatakan bahawa makna selawat ialah "rahmat" daripada Allah, "permohonan keampunan" daripada malaikat, dan "doa" daripada manusia.

Menurut Abdullah Jawadi Amuli (عبدالله جوادی آملی) (lahir 5 Mei 1933, Ulama Marjaiah umat Islam Iran), yang dimaksud (صلوات الهی) - Selawat daripada Tuhan adalah bukan dalam bentuk kata-kata; Kerana ucapan Allah sama dengan perbuatan-Nya dan perbuatan Allah adalah firman Allah yang jelas dan pasti.

Oleh itu kecerahan, kejernihan dan kesucian yang dirasai oleh seseorang di dalam dirinya adalah salah satu kesan rahmat selawat dan kurniaan Allah atasnya. Hasil daripada pencerahan ini, manusia berminat untuk mematuhi perintah Tuhan, membenci dosa, takut neraka, merindukan syurga, dan mencitai kekasih Tuhan dengan sepenuh hati.

Selawat Ilahi menyatakan dan menunjukkan sifat tertinggi Tuhan yaitu Maha lembut dan empati - «حَنّان» "Hannan", yang bermaksud dalam pemberian nikmat, kerana terdapat kebaikan dan kelonggaran dalam makna selawat, oleh itu, selawat bermaksud ucapan salam khusus Allah kepada hambaNya, atau kebaikan praktikal Allah terhadap orang-orang yang sabar. Dialah yang menjadikan orang-orang sabar mencapai kejayaan dan cahaya dalaman mereka.

Para Ahli tafsir mengatakan selawat boleh berbeza darjat. Ayatullah Javadi Amuli menjelaskan bahawa Nabi (SAW) mencapai tahap di mana baginda menjadi sumber berkat sebagai hasil daripada selawat Allah yang istimewa, dan keberkatan selawat Nabi saw juga sampai kepada orang lain bagi pihaknya.

Selawat Allah adalah untuk kebesaran dan pencerahan manusia:

هو الذي يصلّي عليكم وملَائكته ليخرجكم من الظّلَمات إلي النّور

"Dia lah yang memberi rahmat (berselawat) kepada kamu - dan malaikatNya pula (berselawat kepada kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat)." (Qs, Al-Ahzaab 33:43).

captcha