Laporan IQNA; Bulan suci Sya'ban (شعبان), bulan Nabi Besar (SAW), telah bermula hari ini, Rabu 22 Februari 2023M. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa apabila Nabi (SAW) melihat hilal bulan Sya'ban, baginda memerintahkan seseorang untuk mengumandangkan pengumumannya di seluruh Madinah:
"Wahai manusia! Bulan ini adalah bulanku, semoga Allah merahmati sesiapa yang menolongku dalam bulanku, iaitu dengan berpuasa."
Bulan Syaaban menjanjikan keputraan Ahlulbait Baginda Rasulullah SAW iaitu kelahiran Imam Husain (as), kelahiran Hazrat Abu Fadhil Abbas (as), kelahiran Imam Zainul-Abdin (as) dan kelahiran penyelamat umat manusia di akhir zaman, Hazrat Hujjah Al-Imamul Mahdi (afs).
Bulan yang mulia ini turut menjanjikan kedatangan bulan Ramadan, disarankan beberapa amalan untuk mempersiapkan diri memasuki bulan Ramadan yang mulia.
Salah satu amalan yang biasa dilakukan setiap hari di bulan Sya'ban ialah berzikir tujuh puluh kali, zikir berikut: «اسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَ أَسْأَلُهُ التَّوْبَهَ» - "Saya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah". Dan juga 70 kali setiap hari membaca zikir ini; «أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِی لا إِلَهَ إِلا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِیمُ الْحَیُّ الْقَیُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَیْهِ»
"Saya memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Hidup, Maha berdiri sendiri, dan saya bertaubat kepada-Nya"
Berdasarkan hadis Nabi SAW bahawa doa dan zikir yang terbaik di bulan ini adalah istigfar - memohon pengampunan, dan sesiapa yang beristigfar tujuh puluh kali setiap hari di bulan ini, samalah Ia melakukan tujuh puluh ribu kali Istigfar pada bulan-bulan lain.
Bersedekah juga merupakan salah satu amalan yang dianjurkan pada bulan Sya'ban, dan dalam riwayat disebutkan bahwa bersedekah pada bulan ini menyebabkan Allah SWT mengharamkan tubuh pemberi sedekah dari api neraka.
Puasa sangat digalakkan pada bulan ini. Imam Sadiq (as) ditanya: "Wahai cucu Rasulallah, apakah pahala bagi orang yang berpuasa satu hari di bulan Sya'ban?" beliau berkata: "Demi Allah, syurgalah pahalanya."
Satu lagi amalan yang biasa pada semua hari di bulan ini ialah menyebut seribu kali zikir berikut:
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَ لا نَعْبُدُ إِلا إِیَّاهُ مُخْلِصِینَ لَهُ الدِّینَ وَ لَوْ کَرِهَ الْمُشْرِکُونَ
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan hanya Dia, kami memurnikan keagamaan kami untukNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka".
412436