IQNA

Perhatian kepada "Tuhan" dan "manusia"; Komponen terpenting "Doa"

5:03 - March 28, 2023
Berita ID: 3102381
TEHRAN (IQNA) - Doa atau munajat kepada Tuhan yang dilakukan seseorang pada waktu-waktu khas seperti pada waktu Sahur - Doa Sahar - sebelum subuh harus mengangkatnya ke dua arah; satu arah, memberi perhatian kepada Hazrat Haq - Allah SWT, dan satu arah lagi; perhatian kepada Tuhan ini mestilah tidak menyebabkan pengabaian terhadap perhatian kepada penderitaan masyarakat - manusia.

Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Muhammad Soroush Mehlati (محمد سروش‌ محلاتی), profesor peringkat tinggi pendidikan hawzawi, dalam sesi "Penjelasan Doa Sahar"- «شرح دعای سحر», menjelaskan beberapa isu awal tentang kepentingan Doa ini, sebahagian daripadanya boleh anda baca di bawah:

Bahasa doa adalah bahasa yang istimewa, tetapi tidak dalam erti kata pendengarnya berbeza dengan pendengar biasa. Kerana Doa pada asasnya manusia berkongsi rahsia dan keperluan dengan Tuhan tentang manusia - tentang diri dan orang lain serta makhluk yang lain, dan doa boleh dikata; manusia bercakap tentang manusia dengan Tuhan.

Dan pada masa yang sama dalam doa sahar, terdapat perbezaan: bahawa tema dibangkitkan di sini yang tidak disebut dalam ucapan lain. Doa-doa seperti doa Kumail (دعای کمیل), doa Abu Hamzah Sumali (ابوحمزه ثمالی), munajat Syaabaniyah (مناجات شعبانیة), dan doa Sahar serta doa-doa yang lain, yang turun kepada kita daripada orang-orang suci (Maksumin - keluarga nubuatan Islam (as), mempunyai perbezaan ketara daripada hadis-hadis lain. Walaupun kedua kategori ucapan ini dikemukakan oleh mereka (as), para Imam maksum (as) menggunakan satu sastera apabila mereka bercakap dengan manusia am, dan apabila mereka bercakap dengan Tuhan dalam bentuk doa dan munajat, mereka menggunakan sastera yang lain.

Dua perbezaan asas antara doa dan hadis
Perbezaan pertama ialah doa dan munajat memperkenalkan dan menjelaskan kedudukan wujud yang lebih tinggi daripada taraf masyarakat umum - wujud makhluk. Imam suci (as) biasanya apabila bercakap dengan sahabat-sahabat mereka berasaskan pada ukuran tahap pemikiran sahabat-sahabatnya, beliau memilih perbualan; Satu perkataan yang boleh difahami, dihadam dan dicapai oleh sahabat atau khalayak umum.

Tetapi apabila mereka (as) berdoa kepada Tuhan, batasan bahasa ini tidak wujud; Kerana isu itu tidak dibangkitkan untuk umum dan tidak perlu mengambil kira kefahaman orang ramai.

Atas sebab ini, banyak perkara halus yang terdapat dalam doa-doa yang diajarkan oleh Maksumin (as) tidak dilihat dalam hadis biasa, dan banyak ajaran mendalam yang dinyatakan dalam doa-doa maksumin (as) yang tidak dilihat dalam hadis lain.

Doa Sahar merupakan salah satu doa yang mempunyai keistimewaan tersebut.

Perbezaan kedua ialah imam maksumin (as) tidak menghadapi batasan sosial dan politik dalam bahasa doa; Oleh sebab itu, dalam ruang doa, mereka kadang-kadang membincangkan beberapa isu politik yang tidak terdapat dalam hadis-hadis lain.

*Doa pada asasnya manusia berkongsi rahsia dan keperluan dengan Tuhan tentang manusia - tentang diri dan orang lain serta makhluk yang lain, dan doa boleh dikata; manusia bercakap tentang manusia dengan Tuhan. Contohnya, doa yang dibaca dalam qunut solat witir (rakaat terakhir solat malam); Ia termasuk berulang kali memohon ampun dan mengingatkan orang beriman dan memohon keampunan untuk mereka.

4046515

captcha