IQNA

Contoh penutupan aib Allah untuk manusia

12:05 - March 16, 2023
Berita ID: 3102347
TEHRAN (IQNA) - Imam Sajjad (as) berkata bahawa anda harus belajar daripada Tuhan untuk menjaga nama baik dan bersikap sopan kepada orang lain; tidak mendedahkan imej buruk orang lain.

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Jawad Muhaddisi (حجة الاسلام والمسلمین جواد محدثی); Profesor hauzah ilmiah, dalam satu majlis pebincangan syarah doa Syaabaniyah yang beberapa petikan indah dari doa-doa Imam Sajjad (as) ini akan anda baca berikut;

Dalam sebahagian daripada doa atau dikenal munajat Syaabaniyah (مناجات شعبانیة), kita mendapat pengajaran dari kandungan munajat ini, seperti dari petikan yang kita berkata kepada Allah;

«إِلٰهِى كَيفَ آيَسُ مِنْ حُسْنِ نَظَرِكَ لِى بَعْدَ مَماتِى وَأَنْتَ لَمْ تُوَلِّنِى إِلّا الْجَمِيلَ فِى حَيَاتِى؛ إِلٰهِى تَوَلَّ مِنْ أَمْرِى مَا أَنْتَ أَهْلُهُ، وَعُدْ عَلَىَّ بِفَضْلِكَ عَلىٰ مُذْنِبٍ قَدْ غَمَرَهُ جَهْلُهُ. إِلٰهِى قَدْ سَتَرْتَ عَلَىَّ ذُنُوباً فِى الدُّنْيا وَأَنَا أَحْوَجُ إِلىٰ سَتْرِها عَلَىَّ مِنْكَ فِى الْأُخْرىٰ.»

"Ya Tuhanku, bagaimanakah aku berputus asa dari perhatianMu terhadapku setelah kematianku, sedangkan Engkau tidak menganugerahkan kepadaku kecuali yang indah dalam hidupku? Tuhanku, Engkau telah mengambil tanggungjawab dari urusanku selayak Engkau ahlinya, dan berjanjilah kepadaku bahawa Engkau akan berbuat baik kepada seorang pendosa yang kejahilannya telah menguasainya. Ya Tuhanku, Engkau telah menutupi dosa untukku di dunia, dan aku memerlukan Engkau menutupinya untukku di akhirat."

Dalam ayat-ayat munajat sebelumnya, kita membaca; "Ya Allah, kebaikan dan nikmat-Mu sentiasa bersama saya sepanjang hidup saya, dan jangan putuskan kebaikan dan nikmat ini dari saya walaupun selepas kematian. Kami mempunyai harapan dan bagaimana kami boleh kecewa dengan kebaikanMu kepada kami selepas kematian, sedangkan Engakau tidak melayani kami kecuali dengan kebaikan dan keindahan sepanjang hidup saya."

Allah adalah penjaga urusan kita semasa hidup kita bahkan hidup dan kewujudan kita bergantung kepada pemeliharaan Allah dan kita mengharapkan Allah memperlakukan kita seperti ini selepas kematian kita dan memperhatikan kita dengan baik;

وَعُدْ عَلَىَّ بِفَضْلِكَ عَلىٰ مُذْنِبٍ قَدْ غَمَرَهُ جَهْلُهُ -

Ucapan pengharapan dalam ungkapan; - berjanjilah bahawa rahmat-Mu akan tercurah kepada orang berdosa yang kejahilannya telah menguasainya; Ya Allah, kembalilah kepadaku dan atasku Engkau curahkan rahmat-Mu; Iaitu, tunjukkan kepada saya kebaikan-kebaikan-Mu, Saya adalah seorang pendosa yang kejahilannya telah mengambil alih seluruh kewujudannya dan saya tenggelam dalam kejahilan saya; biasanya dosa berakar dari kejahilan terhadap Tuhan, diri dan akibat dosa; kejahilan tentang ganjaran pahala yang Allah akan berikan kepada orang yang beramal soleh.

Allah Maha menutup aib boleh menjadi contoh bagi kita

«إِلٰهِى قَدْ سَتَرْتَ عَلَىَّ ذُنُوباً فِى الدُّنْيا وَأَنَا أَحْوَجُ إِلىٰ سَتْرِها عَلَىَّ مِنْكَ فِى الْأُخْرىٰ»

"Ya Tuhanku, Engkau telah menutupi dosa untukku di dunia, dan aku memerlukan Engkau menutupinya untukku di akhirat." - "Ya Allah, kau tutup dosa yang aku lakukan di dunia ini, tetapi aku lebih memerlukan penutupanMu atas dosa-dosaku di akhirat kelak; Dalam doa Kumail juga disebutkan, harapan yang sama:

وَ لاَ تَفْضَحْنِي بِخَفِيِّ مَا اطَّلَعْتَ عَلَيْهِ مِنْ سِرِّي

"Ya Allah, janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan mungkar yang Engkau ketahui dan orang lain tidak sedari rahsiaku".

Imam Sajjad (as) berkata bahawa anda harus belajar daripada Tuhan untuk menjaga kehormatan orang lain dan berlaku ihsan ​​kepada orang lain dan tidak menimbulkan skandal dan pencemaran aib orang lain.

"Ya Allah, Engkau tidak menghinakanku di dunia ini, dan saya lebih perlu kepada penutupan aib-ku di akhirat, dan harapan kami daripada-Mu adalah agar Engkau perbaiki urusan kami pada akhirnya."

«إِلٰهِى قَدْ أَحْسَنْتَ إِلَىَّ إِذْ لَمْ تُظْهِرْها لِأَحَدٍ مِنْ عِبادِكَ الصَّالِحِينَ فَلا تَفْضَحْنِى يَوْمَ الْقِيامَةِ عَلىٰ رُؤُوسِ الْأَشْهادِ. إِلٰهِى جُودُكَ بَسَطَ أَمَلِى، وَعَفْوُكَ أَفْضَلُ مِنْ عَمَلِى. إِلٰهِى فَسُرَّنِى بِلِقائِكَ يَوْمَ تَقْضِى فِيهِ بَيْنَ عِبادِكَ. إِلٰهِى اعْتِذارِى إِلَيْكَ اعْتِذارُ مَنْ لَمْ يَسْتَغْنِ عَنْ قَبُولِ عُذْرِهِ فَاقْبَلْ عُذْرِى يَا أَكْرَمَ مَنِ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ الْمُسِيئُونَ.»

“Ya Tuhanku, Engkau telah berbuat baik kepadaku ketika Engkau tidak mengungkapkan aib, dosa dan kesalahan-ku kepada seorang pun di antara hamba-hamba-Mu yang saleh, maka janganlah Engkau menghinakanku pada hari kiamat di hadapan para saksi. Tuhan, kemurahan-Mu membesarkan harapanku, dan pengampunan-Mu lebih baik daripada pekerjaanku. Ya Tuhanku, gembirakanlah aku bertemu dengan-Mu pada hari Engkau mengadili di antara hamba-hamba-Mu. Ya Tuhanku, permohonan maafku kepada-Mu adalah permohonan maaf orang-orang yang tidak berputus asa menerima permintaan maafnya, maka terimalah permohonan maafku, wahai yang paling pemurah dari orang-orang yang dimintai kemaafan oleh pelaku dosa yang meminta maaf kepadanya."

Bermaksud; di mana dan di saat terdapat ramai saksi dan pemerhati; Hari Kiamat adalah hari berkumpul dan dibangkitkannya manusia secara umum dan akan terjadi hisab - mahkamah perbuatan baik dan buruk serta pertimbangan amalan manusia, oleh itu kita memohon; "Ya Allah, Engkau yang telah memberi nikmat kepadaku di dunia ini dan tidak mendedahkan dosa-dosaku, dan tutupilah ia pada hari kiamat!"

captcha