IQNA

Taubat; Permulaan menarik rahmat Allah

8:30 - March 30, 2023
Berita ID: 3102387
TEHRAN (IQNA) - Rahmat Tuhan mengalir dalam semua objek dan fenomena dunia, dan tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang tidak diliputi oleh rahmat Allah dan tidak tunduk kepada belas kasihan Tuhan, dan sudah tentu untuk manusia pendosa ada syarat untuk menerima belas kasihan Tuhan yang istimewa ialah bertaubat dan meminta pengampunan, kerana manusia sendiri ada kebebasan atau ikhtiar untuk melakukannya.

Doa Sahar adalah nama umum untuk doa-doa yang dibaca pada waktu fajar bulan Ramadhan. Yang paling masyhur di antaranya adalah doa yang dinukilkan oleh Imam Redha (as) daripada Imam Baqir (as) dan ia dimulakan dengan ungkapan;

«اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ مِنْ بَهَائِكَ بِأَبْهَاهُ وَ کلُّ بَهَائِكَ بَهِی»
"Ya Allah, Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu daripada keindahan kebaikan-Mu, dan semua kebaikan-Mu indah."

Doa ini terdapat dalam sumber lama - buku-buku peninggalan lama, seperti buku bertajuk; «اقبال الأعمال» "Iqbaal al-A'maal", dahulu hingga sekarang sebahagian umat Islam membacanya pada waktu fajar Ramadhan - sebelum masuk waktu solat subuh di bulan Ramahan.

Dalam salah satu bahagian doa ini, menyatakan bahawa;

اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِهَا وَ کلُّ رَحْمَتِكَ وَاسِعَةٌ اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ کلِّهَا

"Ya Allah, Tuhanku! Aku memohon rahmat-Mu dengan keluasannya, dan segala rahmat-Mu adalah luas, ya Allah, Tuhanku aku memohon dengan rahmat-Mu segalanya".

Susunan bahagian doa ini, seragam dengan bahagian-bahagian lain hingga akhir doa ini, mengandungi tiga kalimat; pada permohonan pertama; Satu kalimat pertamanya mengenai memohon rahmat Allah, kalimat kedua menggambarkan luasnya rahmat Allah, dan kalimat ketiga memohon rahmat Allah yang luas itu.

Dalam bahagian pertama ini, permintaan yang dibangkitkan adalah "Rahmat" atau belas kasihan dan kebaikan Tuhan, menunjukkan bahawa belas kasihan dan kebaikan Tuhan adalah penting dalam segala tindakan kita, iaitu, kita mencari belas kasihan Tuhan untuk sampai kepada kita dan dengan rahmat itu kita diberkati oleh Tuhan; Rahmat yang turun kepada manusia seperti hujan.

Perkataan "Rahmah" juga merujuk kepada  sejenis kebolehpengaruhan dalam sesetengah makhluk - rasa empati.

Konsep  Rahmat - belas kasihan 
Manusia kadangkala terpengaruh dan apabila mereka bereaksi membantu seseorang atau haiwan yang tidak berdaya dan memerlukan, mereka membantunya kerana rasa empati - keadaan yang tercipta demikian ini dinamakan rahmat, kerana keterpengaruhan yang menjadi sebab mengambil tindakan untuk memenuhi keperluan objek yang menderita yang disaksikan.

Rahmat yang ada di kalangan manusia, apabila dianggap tanpa sekatan duniawi, kita boleh menisbahkannya kepada Allah; kerana manusia menjadi terpengaruh apabila berhadapan dengan kemiskinan dan ketidakberdayaan orang lain, tetapi Tuhan jauh daripada pengaruh yang ada pada manusia, dan semangat belas kasihan dalam menghadapi kemiskinan dan keperluan orang lain, mendorong usaha menjawab dan menyelesaikan keperluannya.

Siapakah yang termasuk dalam rahmat Tuhan yang istimewa?
Telah dikatakan dalam Al-Quran bahawa Allah menjelaskan; rahmat-Ku itu luas dan meliputi segala-galanya.

Dari satu segi, ciptaan (Khaliqiat) dan rahmat (Rahmaniah) Allah tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Tetapi di samping rahmat Allah yang luas ini, terdapat rahmat yang akan dinikmati oleh orang yang memintanya. Rahmat ini adalah untuk seseorang yang telah membuat persiapan khusus.

Allamah Tabatabai (علامه طباطبایی) berkata; Dalam Al-Quran kata «رحمة» “Rahmat; kebaikan" dan kata «مغفرة» "pengampunan" disebut bersama. Menurutnya, pengampunan membawa kepada belas kasihan, kerana rahmat Allah tidak menghalang kita daripada menjadi manusia yang bertaubat dari dosa, tetapi dosa menjadi penghalang kepada belas kasihan sama ada dalam hati kita sendiri atau di sisi Allah.

Rahmat Allah, disebabkan oleh dosa dan pelanggaran kita sendiri akan terhalang, dan sesiapa yang boleh menggunakan pengampunan Tuhan dan bertaubat dan meminta pengampunan, mencipta jumlah kapasiti penebusan dosa yang sama untuk menerima belas kasihan Tuhan. Oleh itu, pertama, halangan itu mesti disingkirkan melalui pengampunan ilahi, dan kemudian pendosa berkelayakan menerima belas kasihan Tuhan yang istimewa - rahmat ilahi yang dicapai oleh manusia yang bertaubat.

Apa yang dinyatakan dalam doa sahar merujuk kepada aspek rahmat ilahi ini:

اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِهَا وَ کلُّ رَحْمَتِكَ وَاسِعَةٌ اللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ کلِّهَا

"Ya Allah, Tuhanku! Aku memohon rahmat-Mu dengan keluasannya, dan segala rahmat-Mu adalah luas, ya Allah, Tuhanku aku memohon dengan rahmat-Mu segalanya".

*Cebisan ceramah Hujjatul-Islam wal-Muslimin Muhammad Surush Mahalati (حجة الاسلام والمسلمین محمد سروش محلاتی); profesor peringkat tinggi Hawzah, dalam sesi penerangan tentang doa Sahar - (شرح دعاء السحر ).

 

4051138

captcha