IQNA

Memohon rahmat Tuhan yang tidak terhingga

12:50 - April 19, 2023
Berita ID: 3102475
TEHRAN (IQNA) - Pada hari-hari ini, apabila kita memperhatikan ungkapan: اللّٰهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِها “Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu sebahagian dari rahmat-Mu yang luas". Kita memohon kepada Tuhan untuk memberi kita rahmat-Nya yang luas, walaupun kita kekurangan jasa, kita berharap supaya Allah SWT memberi kita rahmat yang tidak bersyarat.

Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Muhammad Soroush Mahalati (حجة الاسلام والمسلمین محمد سروش محلاتی), dalam huraian doa sahar, menjelaskan tentang luasnya rahmat Allah berdasarkan kalimah:

اللّٰهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِها

“Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu sebahagian dari rahmat-Mu yang luas".

Menurut beliau yang petikan ulasannya adalah seperti berikut:
Dalam sebahagian daripada doa sahar, kita membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِهَا وَ كُلُّ رَحْمَتِكَ وَاسِعَةٌ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ كُلِّهَا

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebahagian dari rahmat-Mu dengan keluasannya dan segala rahmat-Mu adalah luas, Ya Allah, aku memohon kepada-Mu degan rahmat-Mu seluruhnya"

Berikut adalah beberapa soalan; Pertama sekali, apakah maksud rahmat yang luas? Soalan lain ialah bolehkah sesiapa berdoa (sesiapa yang berada dalam kedudukan berdoa) memohon rahmat luas atau memohon belas kasih tak terhingga Tuhan atau adakah rahmat ini untuk orang tertentu sahaja?

Mengenai persoalan pertama, rahmat yang luas adalah rahmat yang tidak terhingga; tidak mempunyai batasan dan meliputi semua makhluk dan tidak ada seorang pun yang berada di luar rahmat ini.

Tafsir Sharif Al-Quran - al-Mizan telah mendefinisikan rahmat yang luas dan mengatakan bahawa ia adalah rahmat yang menyeluruh dan tidak terhingga yang melampaui individu dan orang istimewa dan tidak terhad kepada seseorang, golongan atau kumpulan, tidak ada pengecualian dalam rahmat ini dan perluasan rahmat ini tidak terhad oleh mana-mana peraturan atau undang-undang.

Pembahasan rahmat atau belas kasihan yang luas masih menimbulkan persoalan dari kita; sama ada manusia boleh mempunyai belas kasihan yang begitu luas atau tidak?

Allamah Tabatabai menjawab dalam Tafsir al-Mizan dan berkata bahawa sebahagian manusia dihilangkan rahmat yang luas, bukan kerana ada syarat dalam rahmat ini, tetapi kerana sebahagian orang tidak mempunyai bakat, kemampuan dan keupayaan untuk menerima rahmat ini. Sesiapa yang tidak mahu dan tidak menerima dan pergi ke jalan lain, bukanlah Allah melarangnya, tetapi hujan rahmat ilahi akan tetap turun, tetapi orang ini tidak meletakkan bekas atau wadah di bawahnya atau meletakkan bekasnya terbalik dan akhirnya bekasnya tetap kosong.

Rahmat luas Allah tanpa syarat
Jenis rahmat luas kedua, adalah diperolehi tanpa sebarang jasa sebagai pengaitnya, termasuk rahmat yang turun kepada manusia, maksudnya kadang-kadang seseorang itu tidak mendapat pahala, tetapi kerana rahmat mutlak-Nya Allah yang luas, Allah telah melimpahkan rahmat-Nya kepada orang itu.

Dalam doa Abu Hamza Syumali disebutkan, yang bermaksud;
"Ya Tuhan kami, jika rahmat-Mu berdasarkan perbuatan kami, kami tahu bahwa perbuatan dan perilaku kami buruk. Ya Tuhan, kami tidak mempunyai kuasa atas belas kasihan-Mu, tetapi Engkau adalah pemilik pengampunan dan rahmat. Ya Tuhan berkati kami dan berikan kami apa yang layak bagi-Mu."

Dalam jenis rahmat ilahi yang pertama, terdapat syarat, tetapi dalam jenis kedua, semua syarat ini dihapuskan. Di sana, perhitungan dan rasional dibincangkan, dan di sini perbincangan tentang cinta dan kasih sayang.

Pada hari-hari ini, apabila kita memperhatikan ungkapan ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ رَحْمَتِكَ بِأَوْسَعِهَا

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari rahmat-Mu dengan keluasannya".

Kita memohon kepada Tuhan untuk mengenepikan pengiraan amalan kita dan memberi kita rahmat yang luas, dari rahmatNya yang tiada syarat dan boleh digunakan tanpa sebarang kelayakan dan keahlian dari kita.

captcha