IQNA

Mengapa "manusia rugi"?

6:51 - April 17, 2023
Berita ID: 3102458
TEHRAN (IQNA) - Al-Quran mengatakan bahawa usia seseorang itu berkurangan dari semasa ke semasa dan jika seseorang tidak menjualnya pada harga sebenar dan tidak menerima harganya, dia adalah orang yang rugi. Tetapi apakah harga sebenar usia kehidupan manusia?

Ayatullah Syed Mustafa Muhaqiq Damad (آیت‌الله سیدمصطفی محقق داماد) , dalam pertemuan tafsir Al-Quran, menyatakan beberapa perkara tentang kata-kata Al-Quran mengenai bahaya meruginya manusia, yang boleh anda baca di bawah:

Satu-satunya makhluk di dunia yang tindakannya tidak dipaksa dan benar-benar bebas ialah manusia. Manusia adalah satu-satunya yang tindakannya sukarela walaupun dipaksa oleh keturunan dan persekitaran.

Sesiapa yang merujuk kepada sifatnya sendiri, merasakan kebebasan dan kewibawaan dan tidak memerlukan hujah dan bukti.
Setiap perbuatan manusia mempunyai dua aspek iaitu aspek yang kelihatan dan aspek yang tidak kelihatan.

Aspek yang kelihatan dari tindakan manusia adalah tingkah laku yang sama yang datang daripada dirinya. Tindakan manusia juga mempunyai aspek yang tidak kelihatan dan itulah motif dan niat tindakan tersebut.

Pertama, seseorang membuat niat berdasarkan motivasinya dan kemudian melakukan tindakan itu. Oleh itu, niat mempunyai keutamaan daripada tindakan itu sendiri, dan struktur kerohanian seseorang mempunyai hubungan yang mendalam dengan jiwanya, yang menentukan niatnya untuk melakukan setiap tindakan. Inilah sebabnya mengapa kita mengatakan bahawa tindakan yang soleh adalah tindakan yang bersumberkan iman; Maksudnya niat dan motivasi perbuatan itu berpunca daripada iman. Perbuatan yang soleh adalah perbuatan yang didorong dan diinspirasi oleh Allah dan firman-firmanNya.

Melakukan perkara yang betul memerlukan kewaspadaan dan masa. Ramai orang beriman melakukan perkara yang tidak baik kerana kurang kesedaran dan beranggapan bahawa perbuatan mereka adalah benar.

Manusia mempunyai motivasi ketuhanan, tetapi mereka tidak mengenali keperluan persekitaran, sebab itu tindakan mereka bukan tindakan yang soleh. Oleh itu, iman bukanlah satu-satunya sebab untuk beramal soleh, dan seorang mukmin perlu beramal dengan kepandaian dan kefahaman. Pendek kata, perbuatan baik itu merangkumi setiap perbuatan baik yang dilakukan kerana Allah. Oleh itu, yang penting dalam amal soleh ialah niat seseorang itu untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap perbuatan yang dilakukan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah adalah ibadah, manusia merugi kerana tidak memnggunakan usianya semaksimal mungkin untuk ibadah.

Ibadah bukan sekadar solat dan puasa. Setiap perbuatan baik adalah ibadah jika dilakukan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan cara ini, semua perbuatan baik dalam kehidupan manusia seharian termasuk dalam ibadah. Sebaliknya, jika seseorang tidak melakukan ibadat kepada Allah, bukan sahaja ia tidak beribadat, malah ia juga mendatangkan azab Ilahi. Jiwa ibadah ialah niat untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Menurut ahli tasawuf besar, hubungan antara amal soleh dan iman adalah seperti hubungan antara pokok dan buahnya. Pohon tanpa buah adalah mukmin tanpa amal.

Fakhru Razi (فخر رازی) dalam ulasan tafsir agungnya di bawah ayat;

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
"Sungguh merugi manusia"

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran”. (Qs, Asr, 2-3).

Pada mulanya saya tidak memahami maksud kata «خسر» “Khusr” dalam beberapa masa, sampai satu hari saya berjalan di bazar, tiba-tiba saya ternampak ada orang menjual ais dan berkata kepada orang ramai; "Wahai datang belilah barang saya, sebab kalau tak dibeli, saya akan merugi." Saya baru sedar bahawa orang yang rugi bermakna orang yang kehilangan modal, bukan orang yang tidak mendapat manfaat. Jadi «خسر» bermaksud kehilangan modal kehidupan.

Al-Quran mengatakan bahawa usia kehidupan seseorang itu berkurangan dari masa ke semasa. Jika ada yang menjualnya dan mengambil harganya, ia tidak rugi. Harga nyawa manusia ialah iman dan amal soleh yang menghantar kepada kedekatan diri kepada Allah - memasuki syurgaNya.

Permintaan Hazrat Ibrahim kepada Tuhan apabila beliau berdoa: Ya Tuhan-ku! sudi kiranya Engkau memberikan kepad-ku kebijaksanaan teori - iaitu pandangan dalam mengenali-Mu, mengenali dunia - mempunyai pengetahuan tentang dunia, dan juga untuk menggabungkan saya dengan orang-orang yang soleh, iaitu kebijaksanaan praktikal.

Kebijaksanaan praktikal ialah mengetahui tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat. Doa nabi Ibrahim (as) ini adalah doa yang komprehensif yang merangkumi kebijaksanaan teori dan kebijaksanaan praktikal.

captcha