IQNA

Hukum hijab dan pakaian menurut Islam / 2:

Sumber hukum wajib memakai hijab

10:46 - April 24, 2023
Berita ID: 3102492
TEHRAN (IQNA) - Sebahagian wanita muslim masih belum sedia memakai hijab atau menjaga pakaian secara syariah agama yang dianutnya bahkan mendapat sokongan para tokoh lelaki mereka; entah sebabnya kerana tarbiah yang diterima komuniti ini sejak usia kanak-kanak mereka; tipe lemahnya kefahaman kedua ibubapa atau orang-orang sekeliling mereka yang tidak peduli atau kurang peduli hijab atau sebab lain yang lebih pada kesan pertarungan kuasa penjajahan barat atas umat Islam; melancarkan hegemoni kuasa politik atas rakyat negara-negara dunia Islam melalui senjata budaya; gaya perilaku dan berpakaian.

Sumber hukum wajib syariah memakai hijab; Ulama besar Islam dan para fuqaha telah merujuk kepada Al-Quran, Sunnah Nabi (SAW), tradisi maksumin Ahlulbait Nabi Muhammad (SAW) dan gaya hidup sahabah muslimin sepanjang sejarah Islam (سیرة المسلمین) untuk kewajipan wanita memakai hijab:

A. Hijab dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (Qs, An-Nuur 24:30).

Melihat tempat yang haram membuatmu berfikir tentangnya; Seseorang itu lebih suci dan mulia daripada memikirkan tentang aurat kemaluan orang lain, oleh itu Islam membatasi penglihatan setiap penganutnya atau umatnya dengan menasihati bahkan mewajibkan atas mereka untuk menjaga pandangan atau menentukan batas pandangan yang haram dan pandangan yang boleh bahkan sunnah / mustahab.

Berdasarkan ini, ada yang percaya bahawa maksud bahagian ayat;(يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ) ialah; ( ستر العورة) Satrul aurah- menutup aurat kemaluan; Maksudnya, lelaki dan perempuan wajib menutup aurat kemaluan mereka di antara satu sama lain.

Oleh itu, boleh jadi maksud ayat itu adalah untuk menjaga aurat dari melihatnya. Kerana melihat aurat kemaluan itu adalah salah satu keburukan - yang boleh merosak iman menjaga kesusilaan - menghindari maksiat zina, dan ini bersesuaian dengan ayat:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Qs, Al-Israa' 17:32).

Zina adalah sebagai dosa besar menurut ajaran Islam, menghapirinya sahaja sudah dilarang; dan selalunya orang lelaki terperangkap dalam isu ini dan wanita juga boleh memberi sokongan yang menjejaskan ketaqwaan ini, oleh itu Islam lebih awal lagi sensitif terhadap isu aurat, dengan serta-merta menasihati orang beriman untuk menutup punca kritikalnya.

Dalam kesinambungan ayat tersebut, membicarakan tentang keharusan berhijab atau jilbab bagi wanita:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Qs, An-Nuur 24:31).

Menurut ayat tersebut, seorang wanita tidak boleh menampakkan perhiasannya, kecuali dalam dua perkara - (seluruh badan wanita adalah perhiasan yang sangat menarik pandangan lawan jenisnya di samping perhiasan tambahan - alat-alat kecantikan atau benda perhiasan yang terbuat seperti dari emas - perak berupa cincin dan gelang), tetapi dari segi hukum syariat - fiqh, dua pengecualian untuk tidak wajib ditutup:

1. Pengecualian dalam perkara perhiasan itu sendiri; iaitu menurut tafsiran Al-Quran perhiasan yang memang nampak; إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا, kira sulit ditutup sebab termasuk anggota badan untuk melancarkan kerja dan keaktifan manusia seperti bahagian jari-jari tangan dan berada pada bahagian badan yang tidak diwajibkan tutup oleh hukum syariah; seperti cincin, inai dll yang bukan bertujuan khusus untuk menarik pandangan bukan muhrim, bahkan jari-jari tangan wanita itu tidak seperti kebiasaannya, malah terlihat molek, lentik dan menampakkan sebagai perhiasannya.

2. Pengecualian kedua adalah dalam kes individu; Iaitu, kecuali beberapa orang kerabat yang bukan sebagai suami; Seperti anak, ayah, anak saudara, anak suami, menantu dan cucu serta beberapa kategori individu yang disebutkan dalam ayat - mereka sebagai muhrim tetapi memiliki batasan melihat perhiasan badan dan aurat wanita - keseluruhan perhiasan dan aurat wanita hanya boleh dilihat oleh suaminya sahaja.

Sumber hukum wajib memakai hijab

captcha