IQNA

Melanjutkan semangat Ramadhan; Memerlukan pendakwah dalaman dan luaran

19:23 - April 24, 2023
Berita ID: 3102494
TEHRAN (IQNA) - Kesinambungan kerohanian Ramadhan dalam kehidupan manusia sepanjang tahun memerlukan pendakwah dalaman dan luaran, dan untuk kelangsungan kerohanian Ramadhan, seseorang itu perlu menggunakan peringatan - nasihat orang tua yang arif dan ulama di samping dakwah dalaman diri yang soleh, supaya dia dapat teruskan jalan Ramadhan yang indah ini.

Antara perkara yang penting untuk kita ambil perhatian selepas bulan Ramadhan ialah jika kita mendapat manfaat daripada bulan Ramadhan, kita dapat memelihara dan menjaganya. Malah ada sebahagian orang tua yang lebih arif berusaha untuk meningkatkan kerohanian ini walaupun sudah ditinggal oleh bulan Ramadhan dan mereka menjaganya sehingga bulan Ramadhan tahun berikutnya;
supaya mereka berada di kedudukan yang lebih tinggi untuk bulan Ramadhan berikutnya dan jika mereka mengikuti tangga kemajuan di jalan kerohanian, mereka akan mencapai tangga yang lebih tinggi.

Dalam hal ini, jika kita ingin memberi perhatian kepada prinsip penciptaan manusia, kita akan melihat bahawa kewujudan manusia adalah berbeza daripada semua makhluk lain. Malaikat hanya mempunyai aspek kerohanian dan maknawi atau malakuti, maka mereka dipanggil Malak - ملك. Haiwan hanya mempunyai aspek material dan kebinatangan atau mulki - ملکی - materi duniawi tetapi manusia adalah makhluk yang, boleh berkongsi dengan haiwan; aspek kebinatangan dan aspek material, dan juga manusia dapat berkongsi dengan malaikat aspek malakuti, kerohanian dan maknawi; untuk sebab ini manusia dipanggil omnipresent dalam istilah mistik - tasawuf yang bermaksud kewujudan yang bersifat material dan rohani.

Dalam istilah yang lebih mudah, jika kita ingin mendefinisikan manusia dari sudut ini, kita mesti mengatakan bahawa manusia mempunyai aspek fizikal yang mempunyai keperluannya sendiri dari sudut kesihatan dan penyakit adalah penting untuknya, dan kita wajib untuk mengikuti beberapa siri arahan untuk mengekalkan kesihatan kita. Juga, manusia mempunyai aspek rohani, yang juga memerlukan beberapa jenis pemakanan dan pemeliharaan kesihatannya. Para orang tua dan guru besar yang arif biasanya meminta kesihatan kepada Allah dalam doa-doa mereka, sebagaimana kita diajar dalam doa Sajadiyah, mereka bukan sahaja mencari kesihatan fizikal, malah mereka meminta kepada Allah seperti ini; "Ya Allah! Sihatkan jiwa raga kami dan kurniakan kesihatan jiwa dan hati kami".

Al-Quran menyatakan bahawa salah satu harta yang berguna kepada kita pada hari kiamat ialah hati yang sihat - بِقَلْبٍ سَلِيمٍ. "Hari yang tidak memberi manfaat wang - harta benda atau kanak-kanak -

«يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ / إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ»
Sememang kita perlu serangkaian perkara seperti memberi makan, bernafas, minum dan lain-lain untuk badan fizikal kita, tetapi disebabkan tarikan material dan pelekatan tabiat dunia manusia mungkin menyibukkannya sehingga mengabaikan dimensi kerohaniannya, oleh itu Ia sendiri harus memberikan peluang menyiapkan faktor amaran dan peringatan untuk memberi perhatian kepada alam ghaib - ماوراء‌الطبیعة - untuk persiapan bekalan hidup di alam ukhrawi.

Juga, kesempurnaan manusia ialah kehendaknya mampu mengatasi keinginan-keinginan yang bersifat syahwiyah-materialistis. Pada kanak-kanak, keinginan ini menguasai kehendak penaakulan, tetapi manusia yang telah mendapat tarbiyah kerohanian Ramadhan mampu mengatasi keinginan-keinginan syahwiyah ini - ia dapat mengontrolnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pelatihan yang sangat indah di mana kemahuan - penaakulan mengatasi keinginan-keinginan syahwiyah. Pada bulan Ramadhan, seseorang itu ingin beribadat, maka setinggi mana pun keinginannya terhadap makanan dan pemakanan, dia mengenepikan keinginan ini dan mengabdi kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan kehendak rohaniah yang kuat.

Mungkin ada orang berpuasa yang hanya tinggal lapar dan dahaga sahaja. Mungkin orang bangun malam hanya mengecapi kesukaran bangun malam, dan berbahagialah mereka yang berpuasa dan berjaga malam hanya dengan perhatian dan hati yang sihat.

* Petikan wawancara Muhammad Asadigar Marudi (محمد اسدی‌ گرمارودی) bersama IQNA.

captcha