IQNA

Surah-surah Al-Quran (73)

Al-Muzzammil; Nasihat untuk ibadah malam

16:49 - April 26, 2023
Berita ID: 3102506
TEHRAN (IQNA) - Malam adalah waktu istimewa yang dimaksudkan untuk berehat dan tidur, tetapi kedamaian waktu-waktu ini membuatkan sesetengah orang menumpukan sebahagian daripadanya untuk berfikir atau beribadat. Dan ibadah nampaknya mempunyai lebih banyak kesan pada saat-saat ini.

Surah ke-73 dalam Al-Quran disebut «مزمل» "Muzzammil". Surah dengan 20 ayat ini termasuk dalam juzuk ke-29 Al-Quran. Surah ini tergolong Makiyah, adalah wahyu ketiga yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).

Nama surah ini diambil dari ayat pertama, yang merujuk kepada Nabi (SAW) dan bermaksud seseorang yang berbalut pakaian;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْمُزَّمِّلُ

"Wahai orang yang berselimut!". (Qs, Al-Muzzammil 73:1).

Al-Muzzammil, bermaksud seseorang yang membungkus dirinya - berselimut dengan pakaian atau sesuatu untuk tidur, atau untuk menjauhkan diri daripada kesejukan, ayat ini merujuk kepada Nabi Islam (SAW) yang setelah diganggu oleh kaum musyrikin, membalut dirinya dengan kain untuk berehat seketika, dan maksud dari kata "bangun" (قُم) - (qum) dalam ayat ini ialah bangun dan berusaha di jalan Allah.

Antara topik yang dibangkitkan dalam surah ini ialah seruan Rasulullah (SAW) untuk beribadat pada waktu malam dan membaca Al-Quran, sabar terhadap orang kafir dan perbincangan tentang hari kebangkitan setelah kiamat.

Surah ini memberitahu Nabi Islam (SAW) untuk solat malam, supaya Nabi dapat mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang akan diberikan kepadanya (SAW) tidak lama lagi.

Menurut apa yang dikatakan oleh ahli tafsir, ini adalah tanggungjawab menerima Al-Quran daripada Tuhan. Ini adalah tanggungjawab menerima Al-Quran daripada Tuhan. Nasihat mendirikan ibadah di waktu malam, bukan sahaja untuk Nabi, tetapi ia adalah nasihat umum dan penekanan untuk setiap orang bahawa ibadah malam lebih berkuasa dalam membei kesan kekuatan kepada kerohanian:

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلً

"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya." (Qs, Al-Muzzammil 73:6).

Surah ini juga berpesan kepada Nabi supaya bersabar menghadapi kata-kata kasar musuh-musuhnya dan menjauhkan diri daripada mereka yang menggelarnya sebagai penyair atau orang gila. Setelah mengugut dan memperingatkan orang-orang kafir, surah ini juga memerintahkan orang-orang mukmin supaya bersabar dalam menghadapi kesulitan.

Salah satu ayat surah ini adalah tentang cara membaca Al-Quran yang betul; ayat keempat surah ini berkata:

و رَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِیلاً

"Dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Qs, Al-Muzzammil 73:4).

"Tartil" «ترتیل» pada asalnya bermaksud «تنظیم» "susunan" dan «ترتیب موزون» "susunan berirama" dan di sini ia bermaksud membaca ayat-ayat Al-Quran secara bernombor dan teratur, dengan sebutan huruf yang betul, menyatakan bunyi perkataan dan memikirkan makna kandungan ayat.

captcha