IQNA

Surah-surah Al-Quran (68)

Surah al-Qalam; Tuhan bersumpah dengan pena yang menulis

4:29 - March 15, 2023
Berita ID: 3102340
TEHRAN (IQNA) - Pena dan apa yang ditulisnya adalah nikmat yang diberikan Allah kepada manusia. Keberkahan benda-benda yang Allah bersumpah dengannya yang disebutkan dalam Al-Quran sehingga dapat ditentukan kepentingannya.

Laporan IQNA; Surah ke-68 dalam Al-Quran disebut «قلم» Qalam - "Pen atau Pena". Surah dengan 52 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke-29. Surah al-Qalam tergolong surah Makiyah merupakan wahyu ke-2 yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).

Surah ini dinamakan «قلم» kerana perkataan ini disebut dalam ayat pertamanya dan Allah telah bersumpah dengan Qalam dan apa yang mereka tulis.

نٓ​ وَالۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُوۡنَۙ‏

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis". (Qs, Al-Qalam 68:1).

Allamah Tabatabai dalam buku tafsiran al-Mizan nya tidak menganggap maksud ayat ini sebagai Qalam khusus dan "apa yang mereka tulis" bermakna umum atau sebarang tulisan; Oleh itu, pena dan apa yang ditulis dengan pena adalah salah satu nikmat Allah yang paling besar, dan Allah bersumpah dengan pena dan apa yang ditulis dengannya adalah sumpah untuk menunjukan keberkatan pena, sebagaimana dalam Al-Quran, Allah bersumpah juga dengan pelbagai benda lain, seperti bersumpah dengan matahari, bulan, malam, bersumpah dengan keberkahan kurma dan juga buah tin dan zaitun.

Tujuan surah ini adalah untuk menyatakan sifat-sifat istimewa Nabi Islam (SAW) dan untuk menekankan akhlaknya yang luar biasa, menyatakan ciri-ciri jelek bagi orang musyrik dan musuh-musuh Nabi (SAW), kisah "sahabat syurga" pemilik kebun - (اصحاب الجنة ), dan memberi peringatan kepada orang-orang musyrik, untuk mengingatkan mereka tentang hari kiamat dan azab bagi mereka yang musyrik, perintah supaya bersabar, dan istiqamah - tetap bersama Nabi (SAW) dalam penentangan terhadap orang-orang musyrik dan larangan mengikuti orang-orang musyrik.

Surah ini menghiburkan Rasulullah (SAW) berikutan tuduhan palsu yang dibuat oleh orang-orang musyrik terhadapnya dengan menggelarnya sebagai "gila", dan memberinya janji-janji yang indah dan melarang Nabi (SAW) daripada mematuhi dan bercakap dengan orang-orang musyrik.

Surah ini dimulakan dengan sumpah Allah dengan pena dan tulisan, dan ayat kedua menolak fitnah yang dinisbahkan kepada Nabi Islam (SAW) oleh musuh-musuh Islam dan merujuk kepada huraian Allah terhadap Nabi (SAW).

Juga surah ini membicarakan soal memberi tangguh kepada orang-orang kafir dan zalim, yang akhirnya merugikan mereka, kemudian kisah Ahli Syurga (di sini bermaksud tukang kebun) dan musibah yang menimpa mereka akibat dosa, kerosakan dan kelalaian mereka dari bersyukur dan zikir kepada Allah.

Surah ini menceritakan kisah beberapa orang kaya yang mempunyai taman hijau di Yaman. Taman dan kebun itu milik seorang lelaki tua yang menggunakannya untuk menolong semua orang yang perlukan dan memberikan hasil tambahannya kepada orang yang memerlukan sebanyak mungkin.

Selepas kematiannya orang tua pemilik kebun itu, anak-anaknya memutuskan untuk mengambil semua keuntungan dari kebun dan melucutkan orang yang memerlukan dari kebun itu. Disebabkan kerakusan mereka, pada suatu malam akibat petir, taman itu terbakar dan tidak ada yang tinggal.

Salah seorang saudara mengajak mereka kepada Tuhan dan mereka menyesali kelakuan mereka dan bertaubat.

captcha