IQNA

Makna azab abadi orang kafir di akhirat

11:56 - May 15, 2023
Berita ID: 3102579
TEHRAN (IQNA) – Betapa kekalnya azab orang kafir di akhirat adalah antara topik yang dibincangkan di kalangan alim ulama. Isu ini menjadi lebih menonjol apabila kita memerhatikan maksud rahmat Allah yang maha luas dan menjadi agak sukar untuk menggabungkan keduanya.

Persoalan azab abadi bagi orang kafir terdapat dalam tafsiran Surah Alfatihah dan khususnya dalam memahami maksud rahmat Allah. Jika rahmat Allah meliputi seluruh hamba, bagaimana mungkin azab yang kekal ke atas sebahagian orang, iaitu golongan orang kafir berdasarkan ayat-ayat lain Al-Quran mengalami azab kekal itu.

Ada yang menafsirkan azab kekal berepunca dari niat jahat orang-orang kafir, sebagai tafsiran untuk membenarkan hukuman ini, menurut dakwaan ini, menggunakan alasan niat buruk orang kafir, kerana mereka mempunyai niat untuk meneruskan dosa, hukuman itu juga berterusan mengikut kadar niat ini.

Namun, hukuman hanya mengikut niat adalah bertentangan dengan syariat, kerana syariat tidak memberi hukuman atas niat jahat, sehinggalah niat jahat itu dibuat dalam alam amal. Untuk membenarkan dakwaan ini, ada yang menafsirkan makna kata "Khulud" خلود - خالدین (menetap kekal di tempat tertentu) dan menganggapnya sebagai jangka masa yang panjang, kerana beberapa dosa tertentu, seperti kekufuran secara sedar dan berterusan, adalah dosa besar, dan hukuman untuknya adalah hukuman yang panjang. Namun begitu, tafsiran ini juga tidak sesuai dengan prinsip fiqah - hukum syariah.

Sebaliknya, ada yang menafsirkan azab kekal dengan bersyarat iaitu selama dikehendaki oleh Tuhan, tafsiran ini juga berdasarkan ayat-ayat Al-Quran; Maksudnya, mereka akan menderita selagi Allah menghendaki.

Dalam sebahagian tafsiran juga menyatakan seseorang harus bergantung pada prinsip-prinsip pengenalan terhadap sifat-sifat Tuhan yang utama seperti; Allah memiliki belas-kasih yang tidak terbatas, walaupun Allah juga memiliki azab yang pedih dan kekal yang akan ditimpakan kepada makhlukNya berdasarkan sebab-sebab ketidak taatan makhluk terhadap Khaliknya, ini bukan prinsip utama Tuhan, ini hanya prinsip cabang, perlu kita mengabaikannya.

Prinsip penting dan utama dalam pentafsiran ayat-ayat Al-Quran ialah Tuhan tidak kejam, dan juga memperhatikan hakikat bahawa sistem dunia mengikut prinsip sebab-akibat; dan hukuman kekal harus difahami mengikut dua prinsip ini, tetapi adakah dosa seperti kekufuran membawa kepada hukuman kekal dan adakah ini konsisten dengan Tuhan yang tidak kejam atau tidak?

 

Ia mungkin di luar pemahaman kita. Faktor penting dalam konteks ini perlu diberi perhatian ialah kefahaman kita tentang makna diam adalah fahaman duniawi memandangkan kita adalah makhluk yang terikat dengan masa; Tetapi di akhirat, adakah kita makhluk yang terikat dengan masa atau melampauinya?

Jika kita berada di luar masa dan kesendirian bukan masalah masa, kita tidak boleh memahaminya dengan betul dalam keadaan semasa. Sebagaimana kita tidak mempunyai kefahaman yang betul tentang makna azab akhirat, sama ada fizikal atau rohani, tetapi tidak memahaminya dengan betul tidak bermakna ianya pasti tidak terjadi atau hanya ucapan semu belaka, disini perlu ada kewaspadaan, perlu diberi kemungkinan bahwa azab kekal itu berdasarkan perkiraan yang adil dan ianya semacam peristiwa kimia, ada sebahagian dosa penyebab ketersiksaan abadi bagi pelakunya.

Dalam erti kata lain, apabila bercakap tentang pemahaman kita, kita harus memberi perhatian kepada batasan yang wujud dalam pemahaman ini, tetapi wujudnya batasan dalam pemahaman ini dan akibatnya kekurangan pemahaman yang betul tentang sesuatu perkara tidak bermakna tidak wujud.

Dan pada satu sisi lain, orang pelaku dosa boleh merasa ada harapan untuk tetap mendapat belas-kasih Tuhan, apabila ia bertaubat, oleh itu boleh dikatakan bahawa isu azab abadi tidak sesuai dengan rahmat dan kurniaan Allah.

Ketidakmampuan kita untuk membenarkan ketidak serasian ini tidak sepatutnya bermakna meragui belas kasihan dan rahmat luas Tuhan, dan kita harus cuba memahaminya dalam kerangka prinsip kausalitas dan Tuhan pasti tidak kejam. Ketidakkonsistenan penyelesaiannya tidak bermakna kedua-dua ini (Azab kekal dan rahmat luas Tuhan) sebenarnya tidak serasi, jadi telah ditegaskan bahawa apabila menghadapi isu-isu yang sukar itu, kita harus bergantung pada prinsip dan memberi perhatian kepada batasan pemahaman kita.

 

captcha