IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 2

Merendah diri; ciri orang beriman

18:05 - May 31, 2023
Berita ID: 3102658
TEHRAN (IQNA) - Dalam hubungan sesama manusia, rasa hormat adalah salah satu prinsip penting yang semakin banyak mengalir di antara mereka, semakin minat dan kasih sayang akan meningkat. Kerendahan hati adalah salah satu prinsip yang paling penting, yang hasilnya adalah rasa hormat, dan sesiapa yang mengambil jalan kerendahan hati akan menjadi popular dicintai di kalangan orang ramai.

Salah satu ciri yang disebutkan dalam Al-Quran tentang orang-orang mukmin adalah merendah diri:

وَ عِبَادُ الرَّحْمنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْارْضِ هَوْنا

"Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan tidak sombong dan ia merendah diri." (Qs, Al-Furqan: 63).

Kerendahan hati (تواضع) bermaksud kerendahan diri sendiri sedemikian rupa sehingga seseorang tidak membiarkan melihat dirinya lebih tinggi daripada orang lain, dan ia memerlukan tindakan dan ucapan yang menunjukkan penghargaan kepada orang lain.

Kebajikan akhlak ini, seperti kualiti akhlak yang lain, mempunyai ukuran keterlaluan berlebihan ( افراط) dan keterlaluan berkekurangan (تفريط) dan juga mempunyai tahap pertengahan, yang dianggap sebagai sifat budi dan terpuji ialah menjadi kecil dan merendah tanpa menerima kehinaan.

Seseorang yang cuba untuk mencari kelebihan daripada rakan-rakannya dan meninggalkan mereka adalah sombong (متكبّر), dan orang yang meletakkan dirinya selepas mereka adalah rendah hati ( متواضع - mendahulukan orang lain), tetapi jika seseorang bersikap berlebihan dalam hal ini, ini bukanlah kerendahan hati, melainkan dianggap hina (menerima kehinaan), tentu tidak termasuk akhlak yang terpuji, mengejas diri untuk memiliki kemulian akhlak dengan rendah hati, sememang sulit, kecuali ia boleh dibuat berdasarkan Iman kepada janji-janji Allah SWT untuk hambaNya yang Tawadhuk-merendah diri.

Sesuatu yang patut dipuji ialah bersikap sederhana - tidak berlebih dan tidak berkekurangan (حدّ اعتدال) dan memenuhi hak setiap orang terhadapnya, dalam satu cara di hadapan orang yang lebih ilmunya dia memuliakannya dan juga menghargai orang lain. 

Kerendahan hati mempunyai faedah, antaranya ialah:
1. Mencipta ketertiban dengan merendah diri
Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin, Al-Imam Ali (as) berkata, yang bermaksud: "Dengan kerendahan hati dan kasih sayang, keadaan menjadi teratur".

2. Menjadi popular dicintai di kalangan orang

1. Mencipta ketertiban dengan merendah diri
Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin, Al-Imam Ali (as) berkata, yang bermaksud: "Dengan kerendahan hati dan kasih sayang, keadaan menjadi teratur".

2. Menjadi popular dicintai di kalangan orang
Jelas sekali orang yang sombong dan angkuh (متکبر و مغرور) dibenci manusia dan tidak ada sesiapa pun yang meminatinya.

Sebaliknya merendah diri - متواضع - yang bertentangan dengan sifat sombong menjadikan seseorang itu dicintai di kalangan orang.

captcha