IQNA

Ciri-ciri kitab Mafatih al-Jannan

15:36 - June 19, 2023
Berita ID: 3102736
TEHRAN (IQNA) – Allahyarham Haji Abbas Qomi yang benar-benar permata pakar makrifah, mengambil gaya penulisannya sebagai buku Mafaatiih Al-Jinaan (مفاتیح الجنان), yang mengambil teks dari sumber kuno, yang menjadikan buku ini benar-benar tahan lama dan teks doa, ziarah dan munaajat di dalamnya digemari oleh khalayak ramai pecinta makrifat Ilahi hingga hari ini

Syed Muhammad Kazdim Tabatabai (سیدمحمدکاظم طباطبایی), ahli fakulti akademik Universiti Quran dan Hadith di Iran, membuat ucapan dalam persidangan tahun ke-100 pengarang buku Mufatih al-Jinan ( مفاتیح الجنان) - (Kunci-kunci Syurga), yang anda boleh baca dibawah;

Pembetukan Doa dan Munaajat dimulakan oleh Al-Quran; Allah SWT telang mengajar manusia bagaimana cara berdoa dan munajaat kepadaNya. Terdapat banyak doa dalam Al-Quran, antaranya adalah zikir siang dan malam kita.

Nabi (SAW) mempopularkan dan mensasarkan doa-doa ini dan menginstitusikannya ke kalangan masyarakat. Malangnya, selepas Nabi (SAW), menulis dan membaca doa secara semarak menjadi dilupakan, sehingga penghormatan menulis kitab-kitab doa pertama jatuh setelah puluhan tahun baginda Rasulillah (SAW) wafat iaitu ke tangan Imam Baqir (as) putra kepada Imam Ali Zainul Abidin putra Imam Husain (as), yang menulis doa bapanya yang mulia dan meninggalkan kitab doa yang dikenal dengan nama Sahifah Sajjadiyyah (صحیفه سجادیه) sebagai kenangan indah untuk pecinta Tuhan.

Pada zaman Imam Jaafar Sadiq (as), banyak doa yang disampaikan oleh beliau dan doa Amirul Mukminin (as) dan Nabi (SAW) telah disebutkan juga dalam koleksi doa beliau. Kini kita telah mempunyai koleksi doa dari Imam Jaafar Sadiq (as), yang menambah lebih banyak koleksi doa dari para Imam Ahlul-Bayt (as) sebelum beliau.

Sama halnya kaedah ini juga telah diinstitusikan di sebahagian kalangan sahabat; Kitab "Amal al-yaum wa laylah" «عمل الیوم و اللیلة» (Amalan Siang dan Malam) oleh sahabat; Abdurrahman juga merupakan kitab yang serupa dengan Mafatih al-Jinan hari ini. 

Beberapa imam melihat karya ini dan menyetujuinya; Imam Jawad (as) dan Imam Hasan Askari (as) berkata bahawa untuk setiap huruf dalam karya ini, Tuhan akan memberikannya darjat di syurga.

Kitab Mafatih al-Jinan adalah kitab yang unik dalam hal ini. Penulis karya ini telah melihat semua buku terdahulu dan menyampaikan doa dengan cara yang lebih baru mengikut keperluan khalayak.

Allahyarham Haji Abbas Qomi yang benar-benar permata pakar makrifah, mengambil gaya penulisannya sebagai buku Mafaatiih Al-Jinaan (مفاتیح الجنان), yang mengambil teks dari sumber kuno, yang menjadikan buku ini benar-benar tahan lama dan teks doa, ziarah dan munaajat di dalamnya digemari oleh khalayak ramai pecinta makrifat Ilahi hingga hari ini, dan menjadikan bukunya benar-benar terakhir, selepas revolusi Islam, buku ini menjadi buku doa pengikut Ahlul-Bayt (as) yang paling penting.

Himpunan Dar al-Hadith (مجموعه دارالحدیث) di Qom dengan ikhtiar Almarhum Ayatullah Rayshahri (مرحوم آیت‌الله ری‌ شهری) telah mengumpulkan kembali doa-do tersebut dan terhasillah sebuah kitab yang terdiri daripada tiga jilid tebal.

4144763

captcha