IQNA

Jenis-jenis takfir dalam dunia Islam

23:31 - June 24, 2023
Berita ID: 3102762
TEHRAN (IQNA) – Untuk melindungi diri, setiap kumpulan mempunyai undang-undang perlindungan, seperti undang-undang murtad atau pengkafiran, yang bertujuan untuk melindungi Syariah daripada bahaya penyimpangan dan kerosakan, berdasarkan ini, kami mempunyai contoh vonis kafir yang betul dalam sejarah.

Kita mesti menganggap bahawa pada dasarnya takfir (menyifatkan kekufuran kepada orang lain) adalah sebahagian daripada ajaran yang dikenalkan oleh agama dan merupakan salah satu faktor pertahanan Islam. 

Setiap kumpulan atau agama, mempunyai peraturan perlindungan untuk melindungi dirinya sendiri; Seperti hukum murtad atau hukum takfir iaitu untuk  menjaga agama daripada kemudaratan penyelewengan. 

Oleh itu, jika takfir diletakkan dalam kerangka yang betul, ia adalah suci dan kita mempunyai takfir yang betul.

Perkara lain ialah di sebelah takfir yang betul ini terdapat takfir yang salah atau tidak betul; takfir (vonis kafir kepada orang lain) terbahagi kepada dua kategori; takfir dengan asas yang betul dan tanpa asas yang betul. 

Sebilangan orang ada yang mengaku dirinya sebagai pemikir Islam dan bercakap tentang kedudukan pemikiran agama dan Al-Quran, mereka ini membuat undang-undang sendiri (yang berlainan dengan kehendak Allah) dan membuat peraturan bahawa jika seseorang tidak mengikuti mereka, maka akan dikucilkan atau dikafir-kafirkan.

Wahabi adalah ketua dalam perkara ini, berdasarkan pandangan mereka tentang tauhid, mereka mengatakan bahawa sesiapa yang bertawasul dengan Nabi (SAW) adalah musyrik. Sesiapa yang melanggar kenyataan ini adalah berdosa syirik dan mereka vonis kafir. Oleh itu, jika seseorang meminta kepada Nabi (SAW) Mereka dikira syirik oleh pemikiran wahabi.

Dunia Islam di kalangan Ahli Sunnah juga, contohnya semasa zaman pertama Taliban, ada orang di kalangan kumpulan yang dikenal dengan kumpulan Diubandi (دیوبندی‌) pernah mengeluarkan fatwa vonis kafir terhadap muslimin Syiah dengan alasan menyelewengkan Al-Quran, ini contoh takfir (vonis kafir) yang tidak berasas yang betul. 

Jadi, kita ada takfir yang tidak betul: takfir yang tidak berdasarkan asas yang betul,  jenis takfiri semacam ini tidak akan berubah sehingga dia mengubah asasnya; jika tidak mengubah asasnya; takfir itu berdasarkan salah faham, ia adalah takfir sesat yang boleh merosakkan persatuan umah.

Kita juga ada takfir yang berpunca daripada kesilapan (تغلیطی‌)‌; salah mengaitkan vonis kafir kepada seseorang; salah menisbahkan seseorang sebagai kafir. Apabila seseorang menisbahkan kekufuran kepada mazhab yang lain, pandangannya salah, dan takfir-takfir tersebut tidak berdasarkan asas, tetapi atas dasar kejahilan.

Satu lagi jenis vonis kafir yang juga boleh jatuh pada kesalahan vonis kafir ialah vonis kafir politik; Iaitu, ia berlaku berdasarkan motif politik yang kerap menjadi punca mengkafir-kafirkan lawan politiknya, padahal sesama muslim (termasuk takfiri yang tidak betul).

*Petikan daripada kata-kata Mehdi Zandi (مهدی زندی), pakar dalam sains Islam, pada mesyuarat ilmiah mengenai tipologi analisis kritikal takfir.

captcha