
Syed jawad Behesyti (سید جواد بهشتی), seorang pakar agama, dalam wawancara dengan wartawan IQNA, menjelaskan tentang kitab mulia Mafatih al-Jinan; Oleh Syeikh Abbas Qomi, anda akan membaca hasil perbualan ini di bawah;
Mungkin sebab kitab Syeikh Abbas Qomi ini terselamat adalah kerana keikhlasannya, kerana kita ada hadis yang bermaksud; Bahawa jika seseorang itu bekerja kerana Allah, walaupun pekerjaannya itu rahsia, Allah akan umumkan pekerjaan itu.
Banyak kali kita mahu gambar kita ditayangkan di kaca TV atau huraian hidup kita ditulis di surat khabar, tetapi suatu ketika dahulu, manusia tidak terikat dengan kekangan keinginan ini, dalam hal ini, Allah umumkan wajahnya.
Mungkin Syeikh Abbas telah bertahan kerana beliau memilih topik penting, dan itu adalah hubungan dengan Tuhan: Siapakah yang lebih baik dan lebih utama penyantunnya di dunia daripada orang yang (seperti para nabi) menyeru manusia kepada Allah dan bertakwa dengan berkata;
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًۭا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
"Siapakah yang terbaik ucapannya dari orang yang memanggil (berdoa) kepada Allah dan untuk berlaku baik (kesolehan - amar makruf) dan menyatakan; Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Tuhanku - "Saya seorang muslim" (QS, Al-Fasilat: 33).
Hubungan dengan Tuhan mempunyai asas dalam kewujudan kita dan fitrah kita mengenal, menyembah dan cinta kepada Tuhan, kemudian seorang nabi diutus Tuhan, seorang imam, seorang guru datang dan bakat ini dikembangkan dan dikukuhkan. Syeikh Abbas Qomi telah melakukan ini dengan buku doa ini.
Syeikh Abbas Qomi memulakan kitabnya dengan Al-Quran, kemudian membaca doa dengan dokumen dari maksum (as); Para imam mengajar kita doa dan menyuruh kita memanggil Tuhan seperti ini, meminta perkara yang baik yang diingini kepada Tuhan, berlindung kepada Tuhan daripada bahaya.
Saranan saya begini, supaya Mafatih menjadi rujukan umum generasi akan datang, salah satu caranya ialah kalau mahu sebut Allah, kena kenal doa Jausyan Kabir, kalau nak bisik kepada Allah, kena kenal menggunakan doa Khamsah Asyar (15 macam doa dari Imam Sajjad (as)).
Syeikh Abbas Qomi telah mengekstrak dan menjadi perawi doa daripada lisan para maksumin (as) - orang-orang suci keluarga kenabian baginda Rasulullah (SAW); sumber yang boleh dipercayai dan beliau menghimpunnya*.
*Dalam bentuk kitab yang disebut "Mafaatiihul Jinaan" (مفاتیح الجنان) - Konci-konci Syurga; nama yang mewakili tindakan doa - doa yang dikandungnya dan kekal diperlukan oleh para hamba Tuhan - abdi Allah SWT - untuk kukuh berkebajikan sosial yang ikhlas kerana Allah semata-mata.