IQNA

Peranan syafaat dalam mendekati Tuhan

15:39 - July 05, 2023
Berita ID: 3102815
TEHRAN (IQNA) – Ada di antara hamba-hamba Allah yang telah sampai ke tahap yang Allah makbulkan doa mereka; hamba soleh Allah. Tetapi ada juga sebahagian hamba apabila berdoa, dia tidak mempunyai syarat untuk dikabulkan doanya, Allah mengampuni mereka dan menerima doa mereka dengan berkat doa hamba-hamba Allah yang lain yang soleh itu.

Laporan IQNA; Ali Akbar Saifi Mazandarani (علی‌اکبر سیفی مازندرانی) salah seorang profesor kursus bakhsul-kharij di Hauzah Qom, berkata beberapa perkara tentang konsep syafaat dalam sesi tafsir naratif Al-Quran, yang boleh anda baca di bawah;

Ayat 122 Surah Al-Baqarah ada beberapa perkara yang akan saya ungkapkan secara ringkas. Ketika Tuhan berfirman pada masa wahyu  turun kepada Nabi Musa yang ditujukan kepada bani Israil: 

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
"Ingatlah nikmat-Ku yang telah Kuberikan kepadamu!" 

Ia merujuk kepada nikmat Allah SWT yang banyak yang telah diberikan kepada nenek moyang mereka, iaitu Bani Israil yang  hidup sezaman dengan Nabi Muhammad (SAW).

Salah satu nikmatnya ialah ketika firaun mengejar mereka (nenek moyang Bani Israil), Nabi Musa (as)  memukul sungai Nil dengan tongkatnya dan sungai Nil terbelah dan nenek moyang Bani Israil menyeberangi sungai. Tuhan telah memberi kelebihan kepada nenek moyang Bani Israil, kerana mereka menerima dan menyebarkan agama Musa dan manusia beralih kepada agama Nabi Musa, apabila Musa menang atas Firaun dan orang ramai melihat mukjizat yang begitu besar, mereka percaya kepadanya dan agamanya tersebar luas.

Dalam ayat 123 surah yang sama, Allah berfirman bahawa pada hari kiamat nanti, tidak ada seorang pun yang dapat menolong seseorang yang lain bahkan dirinya tidak dapat menolong, kerana dia tidak berkuasa dan hanya di tangan Allah semua pertolongan yang akan diberikannya kepada orang-orang yang diizinkannya untuk memberi syafaat atau pertolongan kepada orang lain. Oleh itu, difahamkan bahawa pada hari kiamat, tidak ada yang mempunyai kewibawaan tersendiri untuk melakukan sesuatu.

Di sini kita boleh merujuk kepada konsep syafaat, yang juga disebut dalam Al-Quran; apabila seseorang memberi syafaat kepada orang lain, dia menunjukkan rahmat dan keampunan Allah kepada hamba itu.

Menurut Imam Askari (as), syafaat bukanlah (مصانعه) masaneah (merasuah dan mengutamakan kenalan daripada orang yang tidak dikenali), kerana dalam sebuah riwayat, Imam maksum (as); menyalahkan sebahagian fuqaha (ahli ilmu) dan mengatakan bahawa mereka justeru jatuh ke dalam sumur nepotisme (bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan).

Apabila seorang hamba berdoa, tetapi tidak mempunyai syarat untuk dikabulkan doanya, Allah mengampuni mereka dan menerima doa mereka dengan keberkatan doa hamba-hamba Allah yang soleh. 

Pada dasarnya, Allah telah memasukkan syafaat dalam agamanya, seolah-olah Dia berfirman: 

یا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
"Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah (tidak menentang perintah) Allah! Dan carilah jalan (Syafaat) untuk mendekatkan diri kepada-Nya." (Qs, Maidah: 35).

captcha