
Laporan IQNA, Ayatullah Abulqasem Alidust (آیتالله ابوالقاسم علیدوست), dalam sesi tafsir Al-Quran dengan fokus tafsir Surah Al-Fatihah, telah mengutarakan beberapa isu tentang menghadapi keraguan dan persoalan yang samar-samar, yang boleh anda baca di bawah:
Salah satu persoalan yang mungkin terlintas di fikiran orang ramai ialah jika betul dalam beberapa sumber agama bahawa hukuman bagi sesetengah penjenayah adalah kekal, maka apakah hubungan seksaan ini dengan keampunan Allah?
Al-Quran berkata:
فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
"Maka adapun orang-orang yang berdosa (pasti celakanya), maka (tempatnya) di dalam neraka, di sana mereka mengeluarkan dan menarik nafas dengan merintih, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sungguh, Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.” (Qs, Hud: 106 - 107).
Ayat tersebut mengatakan “إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ” bermaksud boleh jadi maksud kekal itu kekal abadi iaitu selagi Allah menghendaki - Allah menghendaki seukuran kelayakan jenayahnya.
Terdapat tiga pendapat tentang kualiti azab neraka. Persepsi orang ramai adalah bahawa hukuman itu adalah kontrak dan luaran kepada orang yang dihukum, iaitu, kita mempunyai sesuatu yang dipanggil neraka, di mana penjenayah diletakkan disana.
Satu pendapat lain mengatakan bahawa seksaan itu adalah dalaman. Contohnya, seseorang membunuh seseorang, maka azab hati nurani sentiasa akan menghantuinya dan ini penyeksaan bagi penjenayah sebagai neraka dalam, selama Allah menghendaki keberadaannya maka selama itu pulalah azab seksanya barlaku.
Pendapat ketiga ialah kita mempunyai dua neraka, baik dalaman dan luaran.
Untuk menjawab keraguan ini (soalan yang samar-samar), perlu mengetahui jenis ayat-ayat Al-Quran yang muhkamaat (محکمات) - ayat-ayat Al-Quran yang jelas sehingga tidak ada kemungkinan lain yang boleh diusulkan - dan mutasyaabihaat (متشابهات) - ayat-ayat Al-Quran yang mencadangkan kemungkinan lain untuk tujuan utamanya).
Kita mempunyai prinsip atas nama Allah yang tidak menzalimi makhluk, kerana Al-Quran berkata:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi walau sekecil apa.” (Nisa: 40).
Prinsip ini sangat penting dan merupakan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran yang kukuh - muhkamat.
Katakanlah kita tidak faham tentang keabadian, tetapi kita faham bahawa Allah tidak menzalimi sesiapa, oleh itu kita mesti memahami keabadian azab dalam konteks ayat utama - muhkamat ini.
Ayat yang kuat dan jelas adalah ayat ini, yang tidak ada kesamaran. Allamah Tabatabai mengatakan bahawa kita tidak memahami banyak perkara akhirat, seperti seksaan jasmani dan rohani.
Dalam hal ini, kita telah merumuskan masalah itu dengan cara yang walaupun kita tidak dapat memberikan jawapan yang jelas kepada persoalan itu, tetapi asas perbincangan tentang akhirat tidak akan goyah dan hendaklah kita serahkan ilmunya kepada pemiliknya.
Bahawa Tuhan tidak perlu menzalimi orang lain adalah perkara daripada muhkamaat Al-Quran dan agama, tetapi perbincangan tentang kekal (خلود) di neraka adalah daripada perkara ayat - ayat Al-Quran yang mutasyaabihaat.
4124207