IQNA

Surah-surah Al-Quran (100)

Surah Al-'Aadiyaat ; Menyalahkan manusia kerana tidak bersyukur kepada Allah

15:12 - July 26, 2023
Berita ID: 3102923
TEHRAN (IQNA) – Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan, namun dalam beberapa ayat Al-Quran, manusia dipersalahkan oleh Tuhan, seperti apabila mereka tidak bersyukur kepada Tuhan dan melupakan nikmat dan keampunan Tuhan.

Surah ke-100 dalam Al-Quran disebut «عادیات» "Al-'Aadiyaat". Surah dengan 11 ayat ini termasuk dalam juzuk ke-30 Al-Quran. Terdapat perbezaan pendapat sama ada Surah "Al-'Aadiyaat" itu Makiah atau Madaniah. Surah ini merupakan wahyu ke-14 yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).

«عادیات» bermaksud; "kuda-kuda yang berlari laju dan kelajuannya mengeluarka suara nafasnya yang boleh didengari semasa berlarinya". Dalam ayat pertama surah ini, Allah bersumpah dengan kuda dan penunggang kuda yang bersedia sehingga api melompat keluar dari tapak kakinya dan mereka menyerang musuh pada awal pagi. Sebab itu surah ini dinamakan "Adiyat".

وَٱلْعَـٰدِيَـٰتِ ضَبْحًۭا ١
"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya". (Qs, Al-'Aadiyaat 100:1).

Topik-topik surah ini antara lain: 
1. Sumpah kepada kuda-kuda perang dan memuliakan orang-orang yang berjihad di jalan Allah. 
2. Menggambarkan kemenangan Tentera Islam.
3. Ketamakan manusia.
4. Kebangkitkan orang mati pada hari kiamat.

Surah Al-'Aadiyaat dengan menggambarkan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan adegan tentera dalam pertempuran, menunjukkan kekufuran manusia kepada Tuhannya dan kedekut manusia kerana cintakan wang dan duniawi, serta mengingatkan ciri-ciri hari kiamat dan bagaimana keadaannya. Dalam surah ini, manusia dipersalahkan kerana tidak bersyukur kepada Tuhan:

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ ٦
"Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya". (Qs, Al-'Aadiyaat 100:6).

Dalam ayat lain, manusia telah dipersalahkan kerana mempunyai beberapa sifat. Contohnya, kerana zalim dan jahil, tamak, putus asa, tidak sabar, dan bakhil. Namun, dalam beberapa ayat juga manusia telah dimuliakan dan diberi kelebihan berbanding makhluk lain. 

Dualitas ini disebabkan oleh fakta bahawa terdapat dua jenis alat membuat keputusan dalam manusia: satu adalah intelek dan satu lagi adalah naluri. 

Jika dia berada di jalan perhambaan kepada Tuhan dan mengikuti arahan dan pelatihan ilahi, dia akan menjadi lebih unggul, dan jika dia berada di jalan keinginan dan godaan naluri sendiri, dia akan jauh dari matlamat utamanya.

Salah satu sebab manusia terpesong daripada matlamat utamanya ialah minat dan godaan naluri yang kuat terhadap harta dunia:

وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ ٨
"Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)". (Qs, Al-'Aadiyaat 100:8). 

Al-Quran telah mentafsirkan kekayaan dunia sebagai "ٱلْخَيْرِ" (baik) untuk memahami bahawa wang dan harta seseorang di dunia harus diperoleh dengan cara yang betul dan harus digunakan dengan cara yang betul dan baik.
 
Allamah Tabatabai percaya bahawa "ٱلْخَيْرِ" dalam ayat ini bukan sahaja wang dan harta benda, tetapi semua nikmat yang manusia secara semula jadi menyukai perkara yang baik dari nikmat-nikmat, dia tertarik dengannya, dan ini menyebabkan dia lupa bersyukur kepada Tuhan.

captcha