IQNA

Mengapa pahala orang sabar lebih banyak daripada orang beriman?

15:09 - August 08, 2023
Berita ID: 3102988
TEHRAN (IQNA) - Orang-orang yang sabar mendapat pahala lebih daripada orang-orang yang beriman kerana mereka berada dalam medan memerangi masalah seperti ketakutan, kemiskinan dan kecederaan kewangan dan nyawa dan mereka telah keluar dari belukar ujian dengan berjaya.

Laporan IQNA, Muhsen Faqihi (محسن فقیهی), dalam pertemuan tafsir Surah Mubarakah Baqarah, telah mengutarakan beberapa perkara tentang ayat 157 dari surah tersebut;

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
 “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya".
(Qs, Al-Baqarah 2:157), yang boleh anda baca di bawah:

Ayat 157 Al-Baqarah disebut selepas ayat-ayat yang diturunkan tentang orang-orang yang sabar; dalam dua ayat sebelumnya, Allah telah berfirman: 

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٥
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (Qs, Al-Baqarah 2:155). 

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Qs, Al-Baqarah 2:156).

Penyabar lebih tinggi kedudukannya jika dibandingkan dengan orang mukmin, di dalam Al-Quran ada dinyatakan tentang orang mukmin dan keistimewaan bagi mereka, seperti hati mereka terang dan tenang apabila disebut nama Tuhan, dan di akhirat mereka menikmati keberkatan material dan rohani sehingga malah keredhaan Allah. 

Tafsiran Al-Quran adalah kalimat-kalimat yang lebih tinggi dalam huraian tentang Penyabar, seperti: 

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya". (Qs, Al-Baqarah 2:157),

Orang-orang yang sabar ini adalah orang-orang yang, menurut ayat 155 - 156; telah menanggung ketakutan, kemiskinan, dan kecederaan kewangan dan kehidupan dan bertawakkal kepada Allah, dan apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, "Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah kami kembali".

Di sekeliling kita mempunyai orang-orang yang baik, tetapi mereka belum diuji dengan kesusahan dan bencana, maka mereka belum termasuk orang-orang yang sabar.

Dalam Al-Quran, ungkapan «یصلی» "Yusali" - "mengirim ucapan selamat sejahtera -keberkatan" digunakan untuk orang yang beriman, yang bermaksud bahawa keberkatan itu secara beransur-ansur meliputi keadaan orang yang beriman;

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
"Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat)". (Qs, Al-Ahzaab 33:43).

Tetapi dalam kes Penyabar, istilah «صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ» "Selawat dari Tuhan" - Keselamatan dan kesejahteran serta keberkatan dari Tuhan; menggunakan "Selawat dari Tuhan", yang merupakan frasa kata nama (جمله اسمیه ), dan ia bermaksud: Penyabar itu sendiri adalah mereka yang diliputi oleh rahmat dan keberkahan Tuhan secara menyeluruh dan terus sampai ke destinasi mereka dengan cepat. 

Bagi orang yang mempunyai kewangan yang baik dan medan Jihad tidak disediakan untuknya dan tidak hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan, solat dan puasa adalah satu kewajipan dan perkara yang baik, tetapi ini tidak memerlukan banyak kesabaran, tetapi orang yang sedang dalam medan memerangi musuh, nyawa dan wangnya dalam bahaya dan akhirnya dia miskin, dia ada seni untuk menjadi orang yang solat juga, solat tahajut, puasa wajib dan puasa sunnah dan lain-lain ibadah. Jika seseorang melalui ujian sebegini, Allah akan memberi khabar gembira kepadanya, dan berita gembira ini adalah rahmat dan keampunan serta hidayah Ilahi.

Adakah (selawat) keberkatan dan rahmat Allah diturunkan kepada setiap orang yang sabar, atau adakah nikmat Allah yang banyak diperuntukkan hanya kepada seorang sabar? Konteks ayat tersebut menunjukkan bahwa keberkatan dan rahmat Allah yang banyak untuk semua orang yang sabar.

Dinyatakan dalam riwayat bahawa Amirul-Muminin (as) berkata bahawa janji Allah, kasih sayang, kebaikan, dan penjagaan yang akan dilakukanNya atas orang beriman dan orang sabar, meliputi keadaan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sabar; yang bermaksud selawat Tuhan sebagai kerja dan tindakkan Tuhan, bukanlah firman Allah itu sekadar zikir untuk didengari, tetapi ia adalah disusuli dengan penjagaan dan kasih sayang Allah dalam bentuk nyata, sama seperti ayat yang dibincangkan yang menyebut rahmat dan hidayah.

captcha