IQNA

Cabaran Masalah keabadian syurga dan neraka

19:24 - August 08, 2023
Berita ID: 3102993
TEHRAN (IQNA) - Api dunia mula-mula membakar kulit dan kemudian daging dan tulang, tetapi Al-Quran mengatakan bahawa api neraka berada di dalam hati dan membakar dari dalam.

Laporan IQNA; Sesi tafsir Al-Quran Abulqasem Alidust (ابوالقاسم علیدوست) yang memfokuskan kepada tafsiran Surah Al-Fatihah telah diterbitkan di ruang maya, petikan yang boleh anda baca di bawah:

Kita manusia mempunyai dua syurga dan dua neraka di akhirat, dan ayat-ayat Al-Quran dengan sangat halus menunjukkan kedua-duanya. Ada syurga dan neraka di luar zat (orang) dan ada ahli syurga dan neraka berada di dalam syurga dan neraka itu; Syurga dan neraka dalaman diri orang. 

Al-Quran sendiri berulang kali menyatakan keabadian api neraka "dalaman".

Al-Quran yang sama kadangkala merujuk kepada neraka dan syurga batin (dalaman). Contohnya: 

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ ٦ ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ ٧
"(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya) - Yang naik menjulang ke hati". (Qs, Al-Humazah 104:6 - 7).

 Ayat lain (Taha: 100 dan 101) mengatakan: 

مَّنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُۥ يَحْمِلُ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ وِزْرًا ١٠٠ خَـٰلِدِينَ فِيهِ ۖ وَسَآءَ لَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ حِمْلًۭا ١٠١
"Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat  - Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat". (Qs, Taha 20:100 - 101).

Ahli neraka berada dalam menanggung beban dosa yang berat «وِزْرًا » "Wizr" yang kekal. "Wizr" adalah beban yang diletakkan di atas bahu seseorang, dan neraka diletakkan dalam beban sendiri.
Allah berfirman dalam Surah Aali-Imran:

خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ٨٨ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ٨٩
"Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian -  Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Qs, A-li'Imraan 3:88 - 89).

Taubat itu untuk dunia dan mungkin inilah sebabnya neraka batin di dunia juga ada bersama manusia, iaitu sekarang ini kita ada manusia yang ada syurga di dalam dirinya. Allah berfirman di dalam Al-Quran: 

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Qs, Al-Baqarah 2:261).

Syurga manakah yang lebih berharga daripada ini? dan syurga ini ada dalam diri si pemberi.

Sekarang kita anggap ada dua syurga dan dua neraka, apa kaitannya dengan masalah kita? Ia berkaitan dengan mengatakan bahawa apabila seseorang melakukan dosa, dia diletakkan dalam aura api perbuatannya itu sendiri, seperti seseorang membunuh orang yang haram dibunuh, dia berada dalam seksaan selama ratusan tahun. Inilah makna keabadian seksa neraka baginya. 

Sebenarnya kita ada seksaan dan yang diseksa, tetapi kita tidak ada penyeksa dalam erti kata Pencipta (selain diri pendosa) yang mencipta azab. Mungkin justifikasi ini boleh diterima.

Perbahasan lain yang kadangkala ditimbulkan ialah penekanan kepada «الرحمن الرحیم» “Al-Rahman al-Rahim” Maha Pengasih dan maha Penyayang dalam lafaz «بسم الله الرحمن الرحیم» “Basmillahi, Rahman al-Rahim” dan mengapa kedua-dua sifat ini disebut di antara sifat-sifat Allah.

Dia Maha Pengasih dan Penyayang, bermaksud semua perbuatan Allah adalah rahmatNya. Allah boleh sahaja tidak mencipta, tidak memberi rezeki, tetapi tidak demikian, Allah mencipta kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

captcha