IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 19

Berbohong; Pembakar lidah di neraka

16:27 - August 14, 2023
Berita ID: 3103009
TEHRAN (IQNA) - Di antara anggota tubuh, lidah merupakan salah satu anggota yang dapat melakukan banyak dosa. Salah satu dosa terbesar yang dilakukan oleh lidah ialah berdusta - berbohong. Kepentingan menangani perbuatan mungkar ini adalah jelas kerana ia boleh menyebabkan dosa-dosa lain.

Salah satu ciri terpenting yang membantu untuk mengetahui apa-apa ialah mengetahui motivasinya. Terdapat motivasi untuk perbuatan buruk berdusta di dalam Al-Quran. Apabila Al-Quran berkata: 

إِنَّمَا يَفْتَرِى ٱلْكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَـٰذِبُونَ ١٠٥
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabikat berdusta". (Qs, Al-Nahl 16:105).

Seandainya seorang pendusta mempunyai kepercayaan yang cukup terhadap ilmu Allah dan kekuasaan serta janji-janji-Nya, dia tidak akan pernah berdusta untuk mendapatkan harta dunia atau mendapatkan kedudukan dan jabatan, dan dia tidak akan melihat kejayaannya dalam berdusta, dia tidak takut kemiskinan, dia tidak takut kepada serak-serak orang dan hilangnya pengaruh sosialnya, dan dia tahu bahawa kedudukan dan kekuasaannya adalah daripada Tuhan dan dia tidak menggunakan pembohongan untuk mengekalkan kekayaan, kedudukan dan jabatannya.

Perkara mengenai perbuatan ini ialah ia bukan sahaja diakui sebagai dosa, tetapi ia menyebabkan timbul dan tumbuhnya dosa-dosa lain dalam fitrah manusia. 

Sebuah hadis Imam Hasan Askari (as) dengan indah berkata tentang perkara ini: 

جُعِلَتِ الْخَبائِثُ كُلُّها فى‌ بَيْتٍ وَ جُعِلَ مِفْتاحُهُ الْكِذْبَ
“Dicipta segala kejahatan dalam satu rumah dan dicipta kuncinya  - pembuka rumah kebatilan adalah pembohongan".

Orang berdosa yang menutup dosa mereka dengan pembohongan apabila mereka mendapati diri mereka terdedah kepada suatu skandal - dosa, dalam erti kata lain, pembohongan membolehkan mereka melakukan semua jenis dosa, tanpa rasa takut akan terjadi pelbagai skandal dosa, manakala orang yang jujur ​​merasa perlu meninggalkan skandal dosa, dengan mengakuinya secara bercakap benar, oleh itu dari awal orang jujur akan berusaha meninggalkan dosa, kecuali tersilap kontrol.

Orang yang menjadikan sesuatu kejadian sebagai pembohongan terpaksa membuat hubungan palsu dengan masa, tempat, manusia dan peristiwa di sekelilingnya, dan kerana hubungan palsu ini tidak mempunyai had, dengan mengandaikan bahawa dia melakukannya dengan betul dalam beberapa kes, dia pasti akan didapati berbohong.

Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa orang yang berdusta kepada Allah tidak akan selamat:

قُلْ انَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لا يُفْلِحُونَ
 “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya". (Qs, Yunus 10:69).

tanda nama: Berbohong Punca dosa
captcha