IQNA

Al-Quran cerminan akhlak agung dan mulia Nabi besar Muhammad (SAW)

7:11 - August 30, 2023
Berita ID: 3103086
TEHRAN (IQNA) - Dalam riwayat-riwayat untuk memperkenalkan tingkah laku dan kehidupan Rasulullah (SAW) digunakan ungkapan "كَانَ خُلقُهُ القُرآنُ" dan ini bermakna bahawa Al-Quran adalah cermin lengkap akhlak baginda.

Adalah perlu untuk kita membahas tentang setiap watak Nabi Muhamad (SAW) untuk mengenali baginda. Namun kita tidak mampu dan buntu untuk bercakap tentang kehebatan keperibadian Nabi Islam (SAW); Kerana mengetahui makhluk tertinggi ciptaan hanyalah kerja Tuhan dan kemudian Ahlulbait.

Orang yang hebat itu ialah watak yang Amirul-Mukminin Imam Ali (as) menggelarkan dirinya sebagai muridnya malah dalam beberapa ungkapan seperti "عبد من عبيد محمد(ص)" yang bermaksud "Aku adalah seorang hamba daripada hamba-hamba Muhammad (SAW)".

Sumber terbaik untuk mengetahui keperibadian Rasul besar Islam (SAW) ialah Al-Quran; Al-Quran berkata: 

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ٢١
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Qs, Al-Ahzaab 33:21).  

Berdasarkan ayat ini, kita haruslah mengambil contoh daripada sirah kehidupan individual dan sosial baginda Nabi Muhammad (SAW). Oleh itu, mari kita mengambil perhatian terhadap perkara-perkara seperti ibadat baginda, cara baginda bercakap, tingkah laku baginda dengan lapisan masyarakat yang berbeza, keluarga dan anak-anak, dengan orang yang beriman dan orang kafir dan orang munafik, serta cara pemerintahan dsb.

Dalam riwayat-riwayat untuk memperkenalkan tingkah laku dan kehidupan Rasulullah (SAW) digunakan ungkapan “كَانَ خُلقُهُ القُرآنُ”, dan ini bermakna jika kita ingin menjadikan Al-Quran sebagai akhlak dan tingkah laku kita, maka hendaknya mengambil percontohan daripada kehidupan dan cara (sunnah) Rasulullah (SAW) .

Oleh itu, jika seseorang itu menyelaraskan dirinya dengan akhlak Rasulullah (SAW) dalam semua bidang, termasuk pergaulan dengan manusia, pergaulan dengan keluarga dan rakan-rakan, serta tingkah laku politik dan ekonomi, dia sebenarnya telah dilengkapi dengan akhlak Al-Quran.

* Petikan daripada kata-kata Seyyed Muhammad Sadat Mansuri

938743

captcha