Arbain mempunyai tempat yang istimewa di kalangan para Imam maksum. Imam Sadiq (as) mempunyai bacaan ziarah yang dipanggil Ziarah Arbain, dan dengan ziarah ini, beliau (as) menggalakkan orang-orang yang beriman untuk menjalankan ziarah Arbain, ini menunjukkan kepentingan Arbain.
Penziarah Arbain pertama Imam Husain (as) adalah Jabir bin Abdullah Al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah (SAW), yang di usia tuanya dalam keadaan beliau buta bersama salah seorang sahabatnya, menziarahi makam suci Imam Husain (as), maka sejak itulah catatan sejarah ziarah Arbain Husaini telah dirujuk kepada ziarah Jabir bin Abdullah Al-Ansari.
Kita perlu mengkaji pesanan Arbain dari doa ziarah Imam Sadiq (as) seperti ini:
السَّلامُ عَلَى وَلِيِّ اللَّهِ وَ حَبِيبِهِ السَّلامُ عَلَى خَلِيلِ اللَّهِ وَ نَجِيبِهِ السَّلامُ عَلَى صَفِيِّ اللَّهِ وَ ابْنِ صَفِيِّهِ
"Salam sejahtera atas wali Allah dan kecintaanNya, Salam sejahtera atas kekasih Allah dan keindahanNya, salam sejahtera atas pilihan Allah dan putra dari pada pilihanNya".
Dalam petikan doa ziarah yang diajarkan oleh Imam Sadiq (as) ini Kita dapati kedudukan Imam Husain (as) diperjelaskan bahawa Imam Husain (as) adalah Wali Allah SWT, yang diberi jawatan sebagai KhalifahNya, kekasih dan kecintaanNya yang mulia dan terpilih, Al-khalil merupakan kedudukan Nabi Ibrahim (as), sebagai kekasih dekat Allah SWT, ini membuktikan bahawa Imam Husainlah yang juga mendapat doa dari Nabi Ibrahim (as), sebagai zuriah yang berkedudukan sebagai Imam yang telah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim setelah lulus dalam ujian seperti yang difimankan oleh Allah SWT;
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Qs. Al-Baqarah 2:124).
Imam-imam Ahlulbait (as) tidak berlebihan, apabila mengatakan bahawa Imam Husain (as) adalah Khalilillah (خَلِيلِ اللَّهِ), bermakna Imam Husain (as) telah mencapai kedudukan ini dan sangat sukar untuk mencapai kedudukan tersebut, perlu menjalani ujian berat seperti yang dilalui oleh Imam Husain (as).
Pada doa ziarah tersebut kita membaca petikan yang bermaksud:
"Ya Allah, aku bersaksi bahawa dia (Al-Husain) adalah WaliMu dan anak daripada WaliMu, orang pilihanMu dan anak daripada pilihanMu, Dialah yang kamu angkat dan mencapai martabat yang kamu inginkan (maqam kesyahidan)".
Tuhan, telah memuliakannya dengan kesyahidan, walaupun Yazidi menyangka bahawa mereka membunuh Imam Husain (as) dan menyingkirkannya, tetapi Tuhan memberikan Imam Husain (as) martabat untuk ketinggian maqam namanya yang terus hidup di semua bangsa sehingga hari kebangkitan kiamat, dan namanya besar di kalangan umat Islam dan orang bukan Islam.
وَ قَدْ تَوَازَرَ عَلَيْهِ مَنْ غَرَّتْهُ الدُّنْيَا وَ بَاعَ حَظَّهُ بِالْأَرْذَلِ الْأَدْنَى وَ شَرَى آخِرَتَهُ بِالثَّمَنِ الْأَوْكَسِ
"Orang-orang yang tertipu oleh dunia, yang menjual kebenaran dengan harga yang sedikit, dan menjual akhirat mereka dengan harga yang murah".
Ini adalah mesej Arbain bahawa dalam apa jua keadaan kita harus cuba menghidupkan dan mengekalkan kebenaran. Bila-bila masa umat manusia akan sentiasa berhadapan dengan medan Asyura, medan pertempuran hak dan batil.
Tentu mesej penting medan Asyura adalah anda mestinya jangan jahil dan sesat dan anda mesti sedar dan tahu betul dan salah. Sepanjang sejarah para Imam maksum (as) sebagai musibah besar bagi mereka (as) adalah apabila umat tidak mengetahui yang benar dan salah, akibat sifat mementingkan diri dan cinta keduniaan membuat mereka mengabaikan kebenaran dan mengikuti kebatilan.
*Cebisan dari ulasan prof. Alallah Bedasyti.
4086009