IQNA

Sidang media IQNA :

Kafir menghina Al-Quran muslimin semakin bersatu

8:33 - August 31, 2023
Berita ID: 3103095
TEHRAN (IQNA) - Hujjatul-Islam wal-Muslimin Raisi menyatakan bahawa penghinaan terhadap Al-Quran adalah penghinaan terhadap semua perkara suci manusia, dan berkata gerakan-gerakan ini akan membawa umat Islam kepada kesatuan dan perpaduan yang lebih erat dan lebih mendekatkan umat Islam kepada Al-Quran dengan ayat-ayat yang mencerahkan dan menyelamatkan mereka.

Laporan IQNA, Hujjatul-Islam wal-Muslimin Seyyed Ibrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran, pada Selasa, 29 Ogos, pada sidang media sempena Minggu Daulat, menjawab soalan wartawan agensi berita ini, tentang sebab penghinaan terhadap Al-Quran dan pengulangan tindakan ini di beberapa negara Eropah, terutamanya Sweden, serta pengabaian pihak kerajaan mereka untuk melarang tindakan tersebut.

Beliau berkata, Al-Quran bukan sahaja dihormati oleh lebih daripada dua bilion umat Islam, tetapi juga dihormati oleh semua penganut agama Ibrahimi. Menghina Al-Quran adalah menghina Nabi Isa (as), menghina Musa (as), menghina Taurat dan Injil, menghina semua perkara suci, bahkan menghina kemanusiaan; menghina kebebasan dan semua harta benda manusia.

Beliau melanjutkan lagi, bahawa Al-Quran itu adalah kitab petunjuk rancangan hidup kemanusiaan yang lengkap. Beliau berkata: "Oleh itu, penghinaan terhadap Al-Quran dan perkara-perkara suci, serta mewujudkan perselisihan antara orang Islam dan dominasi musuh atas media-media, pembentukan kumpulan takfiri untuk menumpahkan darah manusia di dunia Islam dan pemusnahan rumah-rumah yang dilakukan; Semua jenayah ini berada di satu rantaian program yang dirancang di bilik-bilik khas".

Raisi berkata mereka beranggapan bahawa hanya Islam boleh menghentikan kuasa sistem pemerintahan angkuh mereka. Oleh itu mereka telah merancang untuk menghina Islam dan perkara-perkara sucinya, menyemai perselisihan dan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam, yang mereka tidak berjaya selama ini dan tidak akan berjaya pada masa hadapan.

Gerakan-gerakan ini akan membawa kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam yang lebih erat dan lebih mendekatkan umat Islam kepada Al-Quran dengan ayat-ayat yang mencerahkan dan menyelamatkan mereka.

Beliau juga menekankan keperluan untuk mengutuk tindakan ini oleh semua rakyat bebas di global dan lebih khusus oleh negarawan Eropah; Presiden berkata: "Ini adalah satu penghinaan kepada semua kesucian manusia, saya berpendapat bahawa ini adalah konspirasi yang berlapis-lapis terhadap Islam yang dibuat oleh pemusuh Islam yang sudah tentu telah gagal dan akan terus gagal".

4165790

captcha