IQNA

Rahsia-rahsia Arbain

21:30 - September 04, 2023
Berita ID: 3103109
TEHRAN (IQNA) - Angka 40 telah dipertimbangkan dalam banyak ayat dan riwayat dan mempunyai rahsia-rahsia tersendiri dan Arbain Imam Husain (as) juga mempunyai rahsia walaupun kita tidak dapat memahami semuanya.

Terdapat dua jenis angka yang digunakan dalam ayat dan riwayat; Sudah tentu, ini bukanlah hanya untuk bahasa dan kesusasteraan Arab tetapi ia juga wujud dalam bahasa Parsi (فارسی).

Kategori pertama ialah angka yang disulitkan dan kategori kedua tidak disulitkan. Sesetengah angka mempunyai kod atau rahsia, seperti 5, 7, 14 dan 40.

Dalam sebahagian ayat disebutkan bahawa "Wahai Nabi, jika kamu beristighfar sebanyak 70 kali untuk orang-orang musyrik, tidak berguna dan mereka tidak akan diampuni". Di sini nombor 70 tidak dimaksudkan akan tetapi ia adalah tanda jumlah yang banyak.

Nombor atau angka yang mempunyai atau tidak mempunyai kod atau maksud rahsia disebaliknya dapat dicari dari ayat dan riwayat. Contohnya, angka tujuh, kerana kita wajib tawaf tujuh kali mengelilingi rumah Allah. Selain itu kita ada tujuh kali Sa'i Safa dan Marwa, dan langit juga tujuh kali ganda. Kenapa ada 12 Imam dan kenapa kita ada 14 Maksum? Jadi boleh dikatakan Arbain (empat puluh) juga mempunyai maksud rahsia.

Dengan merujuk kepada ayat dan hadis, kita melihat beberapa maksud rahsia ini, walaupun kita tidak memahaminya:

  1. Dalam ayat 51 Surah Al-Baqarah, dikatakan: Allah mengadakan perjanjian dengan Nabi Musa (as) selama 40 malam, atau dalam ayat 142 Surah A'raf disebutkan angka 40.
  2. Apabila Bani Israil melakukan perbuatan maksiat dan dosa, bagi menjadi suci dan layak masuk ke Tanah Suci, mereka harus berada dalam kebingungan dan merantau selama 40 tahun.
  3. Ayat 15 Al-Ahqaf telah menyebutkan peringkat-peringkat tumbesaran manusia hingga mencapai 40 tahun. Oleh itu, di sini juga menunjukkan, 40 tahun adalah titik kesempurnaan akal dan menunjukkan bahawa angka 40 mempunyai makna.
  4. Diriwayatkan daripada Nabi (SAW) bahawa jika seseorang itu bersuci dan mengikhlaskan diri kerana Allah selama 40 hari dan melakukan ibadah yang ikhlas, maka akan mengalir hikmah dari hatinya ke lidahnya.

Fakta bahawa Imam Husain (as) syahid pada hari Asyura dan pada hari ke-40 beliau disambut oleh Ahlul-Bait (as) dan ini berterusan setiap tahun adalah satu lagi tanda rahsia Arbain.

Sama seperti kod angka adalah berdasarkan kaitan mereka dengan Tuhan, harus dikatakan bahawa Arbain juga adalah Hari Tuhan (یوم‌الله), dan Asyura juga adalah Hari Tuhan dan ini merupakan ciri yang menyebabkan Ummat Nabi (SAW) menjadi lebih unggul daripada umat-umat terdahulu yang lain.

Semua hari adalah milik Allah, tetapi sebahagian hari dengan izin Allah menjadi lebih tinggi kedudukannya dan menjadi Hari Allah (یوم‌الله).

Mengapa Asyura dan Arbain adalah Hari Allah (یوم‌الله)? Kerana semua kebenaran menentang semua kebatilan, semua iman menentang semua kekufuran dan kemunafikan, dan semua keterangan berdiri melawan segala kegelapan.

Pada hari Asyura, kerajaan Allah menentang kerajaan Syaitan, dan Arbain adalah pemelihara Asyura. Arbain mempunyai rahsia secara semula jadi.

Menurut ayat 23 Syura (شوری); Persahabatan dengan kaum kerabat (Ahlul-Bait) telah dijadikan pahala untuk  oleh Allah dan Dia telah berfirman, "Wahai Nabi (SAW), katakanlah, aku tidak menghendaki sebarang pahala atau ganjaran melainkan hanya mencintai kerabatku".

Merayakan Arbain adalah tanda mencintai Ahlul-Bait dan Dhu Al-Qurabi (ذی القربی) berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang mulia, dan cinta ini sebenarnya adalah ganjaran dari dakwah Nabi (SAW).

* Petikan kata-kata Mustafa Tayari (مصطفی طیاری)

captcha