IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 27

Bergopoh-gapah; Bermain api di gudang mesiu

21:19 - September 18, 2023
Berita ID: 3103186
TEHRAN (IQNA) - Manusia memerlukan ketenangan jiwa untuk mencapai sebarang matlamat material dan rohani. Kebimbangan dan penyesalan adalah penghalang besar dalam perjalanan menuju ketenangan, antara sifat akhlak yang menimbulkan keresahan dan penyesalan ialah tergesa-gesa/bergopoh-gapah.

Antara sifat akhlak yang dicela dan terkutuk dalam diri manusia ialah sifat tergesa-gesa. Setiap kerja memerlukan persiapan, jika persediaan itu tidak diikuti, ia akan menyebabkan kemusnahan kerja tersebut kerana keluar dari tata-tertibnya dan terlibat sama ada tergesa-gesa atau tertinggal. Contohnya salah satu prasyarat untuk sebiji epal berbuah ialah perlu pada masa, singga buah menjadi masak dan lazat, dalam Al-Quran, Tuhan menangani sifat moral ini dan berfirman dalam ayat ke-37 Surah Al-Anbiyaa': 

خُلِقَ الْإِنْسانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُريكُمْ آياتي‏ فَلا تَسْتَعْجِلُون
"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya)". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:37).

Dua perkara perlu untuk memulakan apa-apa kerja: 
Pertama: kapasiti badan manusia berhubung dengan jumlah tenaga yang digunakan. 
Kedua: motivasi manusia dan keadaan mental.

Perkara tergesa-gesa akan menyebabkan kedua-dua keperluan gagal. Tergesa-gesa dalam kerja kerana ia adalah tindakan terburu-buru tanpa siasatan awal menyebabkan pembaziran tenaga dan masa manusia, apa yang dilakukan tidak akan membuahkan hasil dan ia adalah kerja yang sia-sia. 

Apabila seseorang itu membuang masa, moodnya menjadi buruk dan hilang motivasi untuk meneruskan atau memulakan semula. Oleh sebab itu, dengan menghimpunkan isu-isu yang disebutkan itu, diperoleh kebenaran bahawa bertindak secara tergesa-gesa mempunyai kesan yang paling besar merugikan kepada manusia sehingga menimbulkan penyesalan dan keputus asaan. Itulah sebabnya Imam Ali (as) berkata: 

فَكَمْ مِن مُستَعجِلٍ بِما ان ادرَكَهُ وَدَّ انَّهُ لَم يُدرِكْهُ
“Betapa banyak orang yang tergesa-gesa terhadap sesuatu yang jika mereka mencapainya, mereka (langsung menyesal dan) berharap mereka tidak pernah mencapainya.” (Nahjul-Balaghah: Khutbah 150).

Sudah tentu, isu kelajuan tidak boleh dikelirukan dengan tergesa-gesa, kelajuan perkara bukan sahaja tidak menyebabkan penyesalan, tetapi juga menyebabkan ketenangan dalam diri manusia; Seperti yang disebutkan, tergesa-gesa bermaksud melakukan kerja sebelum persiapannya dibuat, tetapi kepantasan/kelajuan bermaksud apabila persiapan dibuat, seseorang mempercepatkan kerja dan menyelesaikannya dengan cepat, jadi kedua-dua ini bukan perkara yang sama.

captcha