Selepas mengumpulkan dan mengkategorikan ayat-ayat Al-Quran mengikut topik, kita menyedari bahawa Tuhan telah mendedikasikan sebahagian dalam Al-Quran kepada nama-nama dan sifat-sifat-Nya, dan memperkenalkan diri-Nya di dalamnya, sebagai contoh, salah satu daripada ayat ini menyebutkan:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat". (Qs, Asy-Syuura 42:11).
Dalam khutbah Nahjul-Balaghah ke-91, Imam Ali (as) menyatakan peraturan umum bagi manusia, yang menghalang mereka daripada terjerumus ke dalam lubang kesesatan dan membimbing mereka ke jalan yang lurus, Imam (as) berkata tentang sifat-sifat ketuhanan:
فَانْظُرْ أَيُّهَا السَّائِل! فَمَا دَلَّكَ الْقُرْآنُ عَلَيْهِ مِنْ صِفَتِهِ فَأئْتَمَّ بِهِ
"Lihatlah! Wahai orang yang bertanya tentang sifat-sifat Allah! Perhatikan baik-baik, ikuti apa yang telah dinyatakan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat-Nya". (NB, Khutbah: 91).
Menurut pernyataan ini, cukuplah dengan berpuas hati dengan apa yang dibawa oleh Al-Quran dan para maksum (as) tentang sifat-sifat Tuhan. Ia adalah perkara utama yang wajib diperhatikan oleh manusia. Oleh itu, seseorang harus mengetahui hadnya dan tidak melampauinya.
Sifat-sifat Allah itu tidak terbatas, maknanya kita tidak boleh menetapkan batas untuk kebaikan dan keadilan Allah dan mengatakan Allah itu maha baik dan adil setakat ini, manusia tidak dapat memahami ketakterbatasan sifat-sifat Tuhan dalam pengertian yang sebenarnya.
Jadi bagaimana manusia boleh bercakap tentang sifat-sifat ketuhanan tanpa bimbingan Al-Quran dan para maksum (as)?
Salah satu bahaya yang mengancam seseorang tanpa petunjuk (Al-Quran dan orang-orang maksum (as)) ialah bahaya terjerumus ke dalam sumur perumpamaan, yang terbatas pada manusia, sehingga mereka terjerumus dalam membatasi Tuhan, atau mereka telah menganggap sifat-sifat Tuhan memiliki kecacatan, sebagai contoh, mereka telah beranggapan bahawa Tuhan mempunyai tubuh seperti tubuh manusia (mempunyai tangan dan kaki, dll) dan dia terhad dalam masa, ruang dan jisim.
Sedangkan jika kita perhatikan penyata yang disebutkan oleh Amirul Mukminin (as) ini, kita akan menyedari bahawa mempunyai pendapat seperti itu tentang Tuhan adalah tertolak dan salah, kerana di dalam Al-Quran ada ayat yang mengatakan tentang Tuhan:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
“Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya"
Tidak ada yang serupa dengan Tuhan yang Esa itu, oleh itu, sepatutnyalah kita mengikut penyata yang dibentangkan oleh Al-Quran dan para maksum (as) untuk mengetahui sifat-sifat Tuhan - Allah SWT, tidak kurang dan tidak lebih.