Jenayah harus dianggap sebagai sebahagian daripada masyarakat yang datang dari kuasa nafsu dan kemarahan manusia. Kedua-dua fenomena sosial ini merupakan penghalang yang tinggi terhadap penciptaan keadilan sosial, dari segi sifat dan strukturnya, manusia mencintai keadilan dan dari segi apa yang diperintahkan Allah kepadanya, mereka berkewajipan untuk mewujudkan keadilan dalam masyarakat, oleh itu, adalah perlu untuk mewujudkan satu siri undang-undang dan hukuman bagi pesalah untuk merealisasikan cita-cita ini (Keamanan dan kesejahteraan sosial).
Amir al-Muminin Imam Ali (as) memperkenalkan Al-Quran yang mengandungi beberapa undang-undang yang mewujudkan keadilan dalam masyarakat, dalam khutbah 198, beliau (as) berkata:
وَ حُكْماً لِمَنْ قَضَى
“Dan penghakiman hakim; adalah ketetapan yang menentukan bagi orang yang berhukum dengannya". (NB: Khutbah 198).
Ibn Maitham Bahrani «ابن میثم بحرانی» menulis dalam huraian bahagian khutbah Imam (as) ini: "(Al-Quran) adalah ketetapan hak bagi orang yang mengadili, iaitu ketetapan yang diperlukan oleh hakim dalam pertimbangan penghakiman, daripada perkataan hukman «حكما», yang juga disebut dalam riwayat, dan dalam hal ini, maknanya ialah "Al-Quran" adalah sebagai penghakiman yang dirujuk oleh para hakim, dan mereka tidak boleh keluar dari penghakimannya dan kejayaan itu tentu datangnya dari Allah".
Kami merujuk kepada beberapa undang-undang dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Al-Quran bagi penjenayah:
1. Hukuman kerana mencuri dan merompak
Firman Allah dalam surah Al-Maida ayat 38:
وَ السَّارِقُ وَ السَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُما جَزاءً بِما كَسَبا نَكالاً مِنَ اللَّهِ وَ اللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيم
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Qs, Al-Maaidah 5:38).
Walaupun Al-Quran mempunyai perintah yang jelas mengenai hukuman perbuata mencuri ini, tetapi perintah yang jelas ini juga memerlukan penafsiran, dan yang layak menafsirkan ayat-ayat ini adalah para imam yang maksum (as).
Perlu diingatkan bahawa hukuman yang dikenakan terhadap jenayah memerlukan syarat-syarat, dengan adanya syarat-syarat itu hukuman boleh dilaksanakan, sebagai contoh, dalam kitab tafsir Amtsal, yang memetik hadis maksumin (as), menulis tentang syarat-syarat hukuman untuk pencuri dan perompak: Syarat-syarat itu adalah:
- Pencuri mesti berakal dan bijak
- Baligh dan matang, dan
- Melakukan mencuri atas kuasa dan ikhtiarnya sendiri.
Satu perkara yang menarik tentang ayat ini: Jalaluddin Siyuti «جلال الدین سیوطی», dalam kitabnya Ilumul-Quran «علوم القرآنی», melihat pencuri lelaki disebut sebelum pencuri perempuan dalam ayat ini, dari segi pluralisme, iaitu kerana lebih ramai pencuri daripada lelaki, dia menyebut lelaki dahulu kemudian perempuan.
2. Hukuman zina
Allah berfirman dalam ayat 2 surah Nur:
الزَّانِيَةُ وَ الزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ واحِدٍ مِنْهُما مِائَةَ جَلْدَةٍ وَ لا تَأْخُذْكُمْ بِهِما رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَ الْيَوْمِ الْآخِرِ وَ لْيَشْهَدْ عَذابَهُما طائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِين
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman". (Qs, An-Nuur 24:2).
Al-Quran adalah kitab kebaikan dan penuh kasih, dan fakta bahawa ayat itu melarang orang daripada menunjukkan cinta palsu kepada orang lain, kerana akibat buruk perbuatan ini, maksudnya, jika hukuman tidak diambil kira untuk mereka ini, mereka akan menjadi lebih agresif dan akan mengulangi kerja jelek mereka semula.
Di samping itu, apabila orang lain melihat bahawa tidak ada sebarang undang-undang yang akan menghakimi pelaku jenayah ertinya pelaku jenayah itu menenangkan diri mereka dan tidak ada hukuman yang kena mengena dengan mereka, tentu mereka akan lebih berleluasa berlaku jenayah, dan akibatnya sesebuah masyarakat itu akan mengalami kemerosotan dan keruntuhan.
Oleh itu, Al-Quran secara sedar dan logik serta bijaksana menggubal undang-undang untuk pembaikan masyarakat.