IQNA

Petikan Al-Quran mengenai kenyataan pemimpin revolusioner;

Logika kuasa dalam Islam; Larangan menindas dan ditindas

4:18 - October 08, 2023
Berita ID: 3103265
TEHRAN (IQNA) - Ayat "279" Surah Al-Baqarah, walaupun dalam ayat-ayat berikut yang berkaitan dengan larangan riba dan menjelaskan pelaku riba adalah deklarasi perang dengan Allah, pada masa yang sama, ia juga merujuk kepada prinsip dasar; لا تَظلِمونَ وَ لا تُظلَمون‌ - "Tidak berlaku zalim dan tidak menerima dizalimi".Ayat ini menjelaskan prinsip universal, dari sudut Al-Quran iaitu; "logika kuasa dalam Islam; mengutuk Penguasaan paksa dan menerima dikuasai secara paksa", kedua-duanya dikutuk.

Laporan IQNA; Pemimpin Revolusi Islam, Syed Ali Khamenei (hafizahullah) dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai Negara, duta-duta negara Islam dan tetamu persidangan perpaduan, dalam menjelaskan bahagian-bahagian yang berbeza dari kenyataan beliau (hf) yang bersandar kepada ayat-ayat; 1 surah "Ibrahim",  24 Surah "Anfal", 78 Surah "Hajj", 279 Surah "Al-Baqarah" dan 119 surah  "Aal-Imran".

Dalam cebisan kenyataan ini, memetik sebahagian daripada ayat 279 Surah Al-Baqarah, beliau (hf) berkata: "Al-Quran adalah kitab hikmah, kitab ilmu, kitab pembangunan manusia; Orang yang memusuhi Al-Quran, memusuhi ilmu, memusuhi hikmah, memusuhi pembangunan manusia. 

Al-Quran menentang kezaliman, Al-Quran menggalakkan manusia memerangi kezaliman: لا تَظلِمونَ وَ لا تُظلَمون‌, Al-Quran Sebagai pembangkit untuk manusia; Seseorang yang memusuhi Al-Quran adalah menentang kebangkitan manusia, menentang perjuangan melawan penindasan". 
Teks ayat:

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Terjemahan ayat: 
"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa". (Qs, Al-Baqarah 2:279).

Mengenai kalimah «لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ» (kamu tidak menzalimi dan tidak juga dizalimi); Walaupun disebut tentang pemakan riba, tetapi pada hakikatnya ini adalah moto asas agama dan cara Rasulullah dan Ahlul-Baytnya (SAW) telah mengajar dan menasihati dengan tegas kepada umat Islam untuk menghindari penindasan - kezaliman serta tidak menerima dan tidak menyerah kepada penindasan dan  kezaliman, dengan kata lain, Al-Quran telah mengutuk kedua-dua penindasan dan penerimaan penindasan.
 
Pemimpin revolusi juga berkata berhubung dengan prinsip Islam ini: dunia manusia dibahagi kepada dua bahagian sistem kuasa;
Satu;  Penzalim - «ظالم» - berkuasa paksa.
Kedua; Yang dizalimi «مظلوم» mereka yang tertindas -tidak berkuasa.

Logika revolusi yang dipetik dari logika Islam ialah; «لا تَظلِمونَ وَ لا تُظلَمون»; Anda tidak boleh menindas dan anda tidak boleh membiarkan diri ditindas.

captcha