IQNA

Khumus dalam Islam / 1

Perspektif falsafah Khumus dan Zakat

23:31 - October 09, 2023
Berita ID: 3103277
TEHRAN (IQNA) - Semua sistem Pemerintahan telah memikirkan penyelesaian untuk rakyat berpendapatan rendah, kerana jika jurang ini tidak diisi dengan cara tertentu, ia akan membawa kesan sosial yang buruk, dan Islam untuk mepertanggungjawabkan menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membentangkan konsep zakat dan khums.

Sekalipun Islam telah melarang keras memperoleh pendapatan melalui cara yang haram, seperti penyelewengan, penimbunan, jualan dengan timbangan yang kurang dan bentuk barang yang cacat, riba, mencuri, rasuah dan seumpamanya, dan pemerintahan Islam memikul tanggungjawab mengembalikan harta tersebut kepada pemilik asalnya.

Semua Pemerintah manusia telah memikirkan penyelesaian untuk mereka yang berpendapatan rendah, kerana jika kekosongan ini tidak diisi dengan cara tertentu, kebencian dan kecemburuan mereka yang berpendapatan rendah akan membara dan apinya mungkin membakar segala-galanya. 

Sekiranya orang yang lapar tidak diberi makan, risiko jenayah berat akan meningkat dan sebarang sistem pemerintah yang tidak memikirkan tentang orang yang lapar tidak akan bertahan.

Islam merupakan Agama yang syumul dan bermasyarakat telah membentangkan rancangan untuk mengurangkan kemiskinan dan menyelesaikan masalah golongan yang serba kekurangan dalam masyarakat, salah satunya ialah dengan isu khums «خمس».

Mendekati fakir miskin adalah sangat penting sehingga Hazrat Ali (as) memberikan cincinnya kepada seorang miskin yang meminta pertolongan di masjid dan tidak ada yang memberinya jawapan yang positif ketika beliau (as) rukuk dalam solatnya, beliau (as) tidak menunjukkan bahawa hendaklah fakir miskin itu menunggu dan menolongnya sesudah sembahyang beliau (as) selesai, malah beliau as memberikan cincinnya kepada fakir itu dalam keadaan beliau rukuk solatnya, lalu turunlah ayat: 

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمْ رَٰكِعُونَ
"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)". (Qs, Al-Maaidah 5:55).

Sudah tentu dalam perbincangan khums telah dinyatakan perbezaan antara khums dan zakat dan cukai kerajaan konvensional yang insya-Allah akan dikaji pada bahagian kelanjutan pembahasan tajuk ini.

Khums adalah sejenis cara seimbangkan pemilikan harta dalam masyarakat muslimin; seseorang dengan kehendaknya sendiri dan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah taala «قربتا الی الله تعالی », berdasarkan iman dan kepercayaan yang diberikan kepadanya, memeriksa pendapatannya dan mengurangkan kos normal hidupnya, sejumlah dua puluh peratus daripada keuntungan yang melebihi kos sara hidup iaitu dalam bahasa Arab disebut "khums" 1/5 kelebihan harta keperluan. 

Pengeluaran Khums setelah mencapai setahun simpanannya, Khums diperuntukkan kepada orang yang paling berilmu, soleh dan mempunyai kecekapan dalam kepimpinan, supaya dia menjadi seorang wali yang dipercayai oleh masyarakat untuk memenej kumpulan harta khums dalam apa yang dia lihat sebagai baik untuk masyarakat tempatannya.

Wajib mencapai keseimbangan ekonomi sosial melalui khums dan zakat, tetapi Islam juga telah menetapkan cara lain yang tidak wajib untuk seimbangkan pemilikan harta, seperti wakaf, pemberian atau hadiah, sedekah, wasiat, kafarat, nazar, ikrar, korban dan pinjaman.

Keseimbangan pemilikan kekayaan di beberapa aliran ekonomi seperti komunisme, melalui penafian harta persendirian dan monopoli segala-galanya oleh kerajaan - negara, juga dilakukan dalam bentuk paksaan, tentu Islam tidak bersetuju dengan cara demikian sebab dalam keseimbangan pemilikan kekayaan jenis ini, tidak ada kebebasan pemilikan, bantut pertumbuhannya dan malah berkesan penzaliman atas sebahagian kelompok masyarakat.

*Diambil daripada buku «خمس» "Khums", yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.

captcha