Prinsip kehendak bebas manusia menyebabkan seseorang kadangkala tergelincir dalam pilihannya dan memilih jalan dosa. Cara menghapuskan dosa ini ialah seseorang itu bertaubat dan menyesali dosanya. Oleh itu, taubat, pengampunan, dan keimanan kepada Allah dan hari akhirat menjadikannya mendapat syafaat.
Syafaat bermaksud meminta sesuatu pertolongan daripada orang yang diizinkan oleh Allah boleh memberi syafaat. Syafaat Nabi atau selainnya bererti doa Nabi kepada Allah untuk peminta sfafaat.
Pemberi syafaat «شـفيع», dikeranakan ia mempunyai kedudukan dan martabat di sisi Allah, dibenarkan memberi syafaat kepada hamba melalui doa, dia meminta kepada Allah agar dosa mereka akan dihapuskan atau darjat dan pangkat mereka akan dinaikkan.
Beriman kepada syafaat adalah penghalang yang kuat yang menghalang banjir dosa. Orang yang beriman dengan syafaat mengharapkannya, dan perlu baginya untuk lebih berhati-hati dalam perbuatan-perbuatannya, berwaspada terhadap dosa, kerana membina iman ini merupakan salah satu syarat penting dalam mendapat syafaat - iman yang dijaga dalam diri sendiri. Syafaat adalah doktrin yang memanusiakan dan cara untuk membawa kembali pendosa ke titik kesedaran dan mengelakkan mereka daripada putus asa.
Islam syiah menganggap masalah ini sebagai salah satu perkara yang penting dalam agama, sejauh Imam Sadiq berkata: "Sesiapa yang mengingkari tiga perkara ini tidak termasuk Syiah kami: Mikraj «معراج», soal jawab dalam kubur «السوال و جواب فی القبور», dan syafaat «الشفاعة»."
Terdapat banyak karya berdasarkan prinsip kepercayaan ini diantaranya:
1. Mengharapkan pengampunan
2. Semangat menjalankan tugas agama
3. Mengharap pahala
Sekarang mungkin timbul persoalan, siapakah pemberi syafaat ini?
Berdasarkan sumber Islam menyatakan bahawa pemberi syafaat;
1. Tuhan sendiri:
2. Nabi-nabi Allah (as).
Menurut keterangan para Nabi di dalam Al-Quran, apabila Nabi memohon keampunan untuk seseorang; Allah menerima pengampunan ini dan mengampuni orang itu:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani". (Qs, An-Nisaa' 4:64).
3. Al-Quran.
Al-Quran juga akan mendapat Izin Allah sebagai yangboleh memberi syafaat.
Sumber: Kajian perbandingan isu syafaat dalam Tafsir al-Manar dan Tafsir Tasnim.