IQNA

Zakat dalam Islam / 2

Manfaat zakat

23:36 - October 17, 2023
Berita ID: 3103321
TEHRAN (IQNA) - Perkataan zakat disebut 33 kali dalam Al-Quran dan pelbagai kesan dan akibat yang telah disebut untuknya.

Membayar zakat adalah tanda keimanan kepada Allah dan hari kiamat. 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ ١٨
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk". (Qs, At-Taubah 9:18).

Cara menerima taubat dan pengampunan dosa ialah dengan solat dan menunaikan zakat.

فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَإِخْوَٰنُكُمْ فِى ٱلدِّينِ ۗ وَنُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍۢ يَعْلَمُونَ ١١
 "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui". (Qs, At-Taubah 9:11).

Mendirikan solat dan zakat adalah tanda pemerintah orang-orang yang soleh;

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ ٤١
 “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan". (Qs, Al-Hajj 22:41).

Tanda manusia ilahi ialah mereka berniaga dan transaksi, sambil juga tetap bersama-sama mengerjakan solat dan membayar zakat. 

رِجَالٌۭ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَـٰرَةٌۭ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًۭا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلْقُلُوبُ وَٱلْأَبْصَـٰرُ ٣٧
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan". (Qs, An-Nuur 24:37). 

Menafikan zakat sama dengan kufur. 

ٱلَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلْـَٔاخِرَةِ هُمْ كَـٰفِرُونَ ٧
“Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat". (Qs, Fussilat 41:7).

Isu zakat banyak disebut dalam surah Makiah, antaranya Surah A'raaf ayat 156, Namal ayat 3, Luqman ayat 4, Fusilat ayat 7. 

Sebahagian ahli tafsir menganggap ayat-ayat ini lebih digalakkan untuk zakat, dan ada pula yang mengatakan: Ketetapan zakat telah diturunkan di Mekah, tetapi disebabkan jumlah umat Islam yang sedikit, wang zakat tidak dikumpul dan orang-orang membayar zakat sendiri. 

Namun selepas tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah, isu pengambilan zakat dan memasukkannya ke dalam Baitul-Mal dan mengumpulkannya oleh pemerintah Islam dengan turunnya ayat 

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
 "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Qs, At-Taubah 9:103).

Ayat ini diturunkan pada bulan Ramadhan tahun kedua Hijriah di Madinah dan Rasulullah memerintahkan umat Islam untuk melaungkan bahawa Allah mewajibkan Zakat seperti solat. Selepas satu tahun, beliau memerintahkan umat Islam menunaikan zakat.

Malah, selepas pembentukan kerajaan Islam dan penubuhan Baitul-Mal, zakat diletakkan di bawah program khas; kuota dan jumlah tertentu ditetapkan untuknya.

Ada yang percaya bahawa setelah Rasulullah (SAW) diperintahkan untuk memungut zakat, perbelanjaan zakat telah dinyatakan secara rinci dalam ayat 60 Surah At-Taubah, dan tidak hairanlah prinsip zakat ditubuhkan pada ayat 103 Surah At-Taubah, dan perbelanjaannya disebutkan dalam ayat 60, kerana kita mengetahui bahawa ayat-ayat Al-Quran itu diturunkan bersesuaian dengan kes nya masing-masing atas perintah Rasulullah (SAW). 

*Diambil daripada kitab "Zakat", karangan Muhsin Qaraati

captcha