IQNA

Penolakan Islam terhadap sikap patriarki melampau

21:02 - October 22, 2023
Berita ID: 3103349
KEADILAN ISLAM (IQNA) - Pada zaman Nabi (SAW), wanita tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, Islam datang memberi kedudukan tinggi kepada wanita, di mana Nabi (SAW) mencium tangan putrinya, dan ini adalah tahap penghormatan dan martabat tertinggi bagi seorang manusia.

Dalam era kemodenan, kita melihat banyak kezaliman terhadap wanita. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa kemodenan telah membawa kepada pembebasan wanita, kerana wanita telah digunakan sebagai alat di Barat, dan dalam buku-buku penting seperti "The Spirit of the Laws" «روح القوانین» "Semangat undang-undang" oleh Montesquieu, kita melihat bahawa tidak ada yang disebut hak wanita, malah ada komen pedas terhadap wanita. 

Sejak seratus tahun kebelakangan ini, gerakan membela hak wanita telah dibentuk dan ditembusi ke negara Islam.

Dalam kitab suci Ahli Kitab, yang telah diselewengkan, kita melihat kezaliman terhadap wanita; Antara lain, telah dikatakan bahawa Hazrat Hawa menyebabkan Hazrat Adam sesat, tetapi Al-Quran membuat garis yang tidak sah dalam masalah ini dan mengatakan bahawa yang menyebabkan godaan Hazrat Adam adalah syaitan. 

Di dalam Al-Quran, Allah telah menyebut kedudukan rohani Adam dan Hawa malah telah mengaitkan kedudukan kemaksuman kepada hazrat Hawa (as). 

Juga telah dikatakan tentang Hazrat Maryam (as): 

وَإِذْ قَالَتِ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ يَـٰمَرْيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصْطَفَىٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٤٢
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)". (Qs, A-li'Imraan 3:42).

Pada zaman Nabi (SAW), wanita tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, Islam datang memberi kedudukan tinggi kepada wanita, di mana Nabi (SAW) mencium tangan putrinya, dan ini adalah tahap penghormatan dan martabat tertinggi bagi seorang manusia.

Imam Ali (as) juga berasa tenteram di sebelah Hazrat Fatima (as) dan berkata bahawa dia tidak pernah sekali pun membuatku marah atau menderhaka kepadaku. 

Hazrat Ali (as) adalah seorang tokoh terkemuka dalam dunia Islam, tetapi orang yang sama ini berkata bahawa apabila saya melihat wajah Fatimah (as), semua kesedihan saya akan hilang.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran: 

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ٢١
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Qs,Ar-Ruum 30:21). 

Tafsiran sebegini menunjukkan bahawa kita harus berhati-hati dengan apa yang berlaku dalam masyarakat terhadap wanita dan tidak membenarkan mereka digunakan sebagai alat. 

Jika anda lihat di negara Barat, anda akan dapati bahawa di banyak kedai mereka digunakan sebagai alat dan gerakan feminisme tidak membawa wanita menjadi cemerlang, sedangkan mereka telah berulang kali melaungkan slogan mempertahankan hak wanita.

Seandainya tidak ada aturan agama ketuhanan dalam masyarakat, tentu sepatutnya manusia yang berkehidupan sosial tetap perlu menjaga maruah wanita dan menentukan sempadan kebebasan dan kelucahan. Nabi (SAW) meletakkan manusia di atas jalan ketuhanan dan cuba melepaskan manusia dari belenggu kerosan sosial dengan tarbiah agama.

*Petikan dan iqtibas daripada kata-kata Ayatullah Redha Ramadani « آیت‌الله رضا رمضانی», Setiausaha Agung Perhimpunan Dunia Ahlul-Bayt (as).

*Patriarki (bahasa Latin: patriarchia) adalah sebuah sistem sosial yang menempatkan lelaki sebagai pemegang kekuasaan utama, Islam menolak Patriarki dengan menempatkan wanita secara hormat dan berkeadilan di samping lelaki yang memiliki hak dan tanggungjawab yang seimbang bahkan lelaki berkewajipan melindungi keselamata wanita demikian juga sebaliknya apabila mereka menjalin kesepakatan hidup berkeluarga dan interaksi sosial lainnya.

captcha