Telah berlaku kepada ramai orang bahawa ada sesetengah orang menunjukan diri mereka bersimpati pada orang lain, tetapi justeru mereka telah menghalang cara hidup yang baik dengan cara kelicikan dan muslihat, yang pada akhirnya, mereka meletakkan topi mereka di kepala orang lain dan mengeluarkan orang itu dari jalan kehidupan yang benar, dengan wujudnya golongan sebegini, semakin jelas kepentingan Al-Quran sebagai panduan.
Salah satu sifat yang Amirul Muminin (as) sebutkan sebagai sifat Al-Quran di dalam Nahjul-Balaghah (NB) ialah Al-Quran sebagai pemberi peringatan dan penasihat yang bermaksud membimbing seseorang ke jalan yang benar dan melakukan kebaikan.
Imam Ali (as) berkata:
وَ اسْتَنْصِحُوهُ عَلَى أَنْفُسِكُمْ
“Dan mintalah nasihat Al-Quran untuk dirimu". (NB, Khutbah; 176)
Antara persoalan yang berkemungkinan timbul selepas membaca teks ini ialah, apakah yang harus manusia minta nasihat dari Al-Quran? Mengikut perkataan «أَنْفُسِ» (anfus: jamak dari nafs - نفس) jawapan kepada soalan bahawa jiwa manusia mempunyai tingkatan dan ia adalah seperti berikut:
1. Nafsu amarah / ego « نفس الاماره» "jiwa mendorong kepada kejahatan": Amarah «اماره» dalam perkataan bermaksud sangat menyuruh kepada kejahatan dan menolak kebaikan.
Keadaan dalaman manusia ini menyeru manusia kepada dosa, dan kerana dosa adalah perbuatan melawan akal, dalam keadaan ini, manusia tidak mematuhi akal.
Tetapi ego amarah merupakan tahap ego yang paling rendah dalam diri manusia, dan dalam hadis-hadis Islam, selalu disebut untuk melawan ego jahat ini.
2. Nafsu Lawamah «نفس اللوامه»: Lawamah «لوامه» secara literal bermaksud "pencela".
Apabila seseorang melakukan kesalahan atau dosa, dia segera menyesal dan menyalahkan dirinya sendiri dan ini adalah sifat jiwa manusia, ada rasa penyesalan dari berbuat salah dan dosa.
Sebab menamakan jiwa ini sebagai Nafsu Lawamah diambil dari ayat Al-Quran, ayat kedua surah Al-Qiyamah: Allah SWT berfirman;
وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
"Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawamah - demi jiwa orang yang suka mencela" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)"! (Qs, Al-Qiaamah 75:2).
3. Nafsul Mutmainah / jiwan yakin «نفس المطمئنه»: Keadaan jiwa manusia yang paling tinggi ialah jiwa yakin. Jiwa yang yakin bermakna seseorang itu telah mencapai keadaan yakin dan tenteram dengan mengikut akal dan tidak melakukan dosa, sehingga menjadi kebiasaan baginya. Firman Allah dalam Surah Al-Fajr:
يا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلى رَبِّكِ راضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبادِي وَ ادْخُلِي جَنَّتِی
“(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya"! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!-"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"(Qs, Al-Fajr 89:27 - 30).