IQNA

Haji dalam Islam / 4

Perjalanan Cinta

16:12 - November 05, 2023
Berita ID: 3103418
TEHRAN (IQNA) - Haji adalah perjalanan romantis yang biasa dilalui oleh para wali Allah; berjalan kaki dengan penuh semangat. Imam Al-Kazim (as; seorang Imam Ahlul-Bayt Nabi (SAW) pernah melakukan perjalanan selama dua puluh lima hari, dua puluh empat hari, dan dua puluh enam hari ketiga-tiga naik untuk perjalanan Haji beliau (as) dengan berjalan kaki, menempuh jarak lapan puluh farsakh antara Madinah dan Mekah.

Haji telah menjadi asal usul sejarah sehingga berabad-abad sebelum Islam dan Kristian dan bahkan sebelum Hazrat Musa (as), Hazrat Syuaib (as) berkata kepada Musa (as): 

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَىٰ أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ
Yang bermaksud: "Saya akan mengahwinkan salah seorang anak perempuan saya dengan kamu, dengan syarat engkau mengerjakan lapan atau sepuluh Haji". (Qs, Al-Qasas 28:27).

Al-Quran telah menyebut ثَمَانِيَ حِجَجٍ "lapan Haji", bukan "lapan tahun".

Perjalanan Haji adalah seperti meditasi atau tadabur dalam Al-Quran, di mana seseorang setiap menempuhi perjalanannya ia menemukan titik-titik baru. Berbahagialah mereka yang pergi dengan ilmu yang diperlukan.

Selain menunaikan Haji, diperintahkan juga untuk menghantar orang ke Haji. Orang yang mampu menghantar orang lain untuk menunaikan Haji juga akan mendapatkan semua pahala yang disebutkan dalam hadis tentang pahala orang yang Haji.

Cukuplah maruah dan kesucian Kaabah yang harus difahami bahawa haiwan sembelihan menjadi halal apabila menghadanya dan mayat muslim dalam kubur ditidurkan menghadap kaabah, 
Alangkah agungnya hingga perang diharamkan berlaku di sebelahnya. Alangkah agungnya rumah Tuhan; Kaabah memiki penghidmat seperti Nabi Ibrahim dan Ismail (as), dan tidak ada yang berhak menjaganya kecuali orang-orang yang bertaqwa.

Alangkah mulianya perjalan Haji menuju Kaabah; dalam perjalanan ketuhanan ini, semua orang dibenarkan melihat dan berziarah kepada orang yang masuk jemaah dan sesiapa yang membantu jemaah Haji ke rumah Allah akan diberkati Allah.

Walaupun Kaabah itu terletak di dalam lembah dan berlubang, tetapi kerana Allah bersamanya, ia tinggi dan mulia.

Tetapi menara dan istana itu tidak dikira mulia, walaupun terletak di lereng-lereng gunung dan di tempat yang mempunyai cuaca baik. Masjid manakah yang disebut empat belas kali dalam Al-Quran kecuali Masjid al-Haram?!

Selepas solat dan zakat, mungkin ayat yang paling penting ialah tentang isu dan anjuran berkaitan dengan perjalanan Haji. 

Perjalanan ini tidak boleh dilakukan dengan anggapan mudah.
Dalam hadis diperintahkan sebelum bermusafir, beritahu orang lain bahawa kamu akan ke Mekah, dan apabila kamu pulang, bawalah cenderahati untuk orang yang akan datang menemui kamu yang baru pulang dar Haji.

Sayang sekali perjalanan ketuhanan ini menjadi tercemar dengan tujuan lain bahkan tujuan yang buruk atau tidak berguna, kita baca dalam hadis; Di zaman dekat kiamat, para sultan pergi ke Mekah untuk hiburan dan ahli perniagaan, untuk pendapatan dan untuk orang miskin, untuk pengemis dan pembaca Al-Quran, untuk berpura-pura.

•Dipetik daripada buku "Haji", yang ditulis oleh Muhsen Qaraati.

tanda nama: Haji dalam Islam
captcha