IQNA

Membangun keluarga bahagia berdasarkan Al-Quran/1

Kebersamaan dan keseimbangan dalam perkahwinan

15:22 - November 07, 2023
Berita ID: 3103429
TEHRAN (IQNA) - Masalah yang dipanggil ketidaksamaan material, keilmuan, budaya dsb, sentiasa menyebabkan cahaya dalam rumahtangga pasangan muda mudah terpadam, dalam artikel ini disebutkan pendapat Al-Quran tentang masalah sosial ini.

Banyak orang salah faham mengenai maksud "Kesaksamaan" «کفویة» "sekufu" - sama martabat suami dan isteri yang merupakan salah satu syarat terpenting dalam perkahwinan dan faktor kepada perpaduan dan penyatuan keluarga. 

Kegagalan untuk mematuhi syarat ini menyebabkan ketegangan dan perselisihan dalam keluarga. "Sekufu" bermaksud persamaan dari segi sifat dan ciri peribadi terutama segi kerohanian, iman dan kecenderungan. 

Sekufu dalam segi lain, seperti segi umur, keilmuan, kewangan, budaya dll, menjadi penting apabila membawa kepada keserasian sifat dan ciri peribadi oleh itu adalah perlu bagi pasangan untuk serasi antara satu sama lain dari segi umur, keilmuan, kewangan, budaya, dll yang boleh berpengaruh kepada kebersamaan suami isteri walaupun sekufu dalam segi-segi ini bukan penentu "Kesaksamaan" yang menjadi syarat terpenting untuk perpaduan dan penyatuan keluarga, kerana ada faktor penunjang lain yang mesti dipupuk dalam kehidupan berkeluarga untuk menghadapi perbezaan; seperti saling toleransi, saling memberi bantuan, menjadikan ruang rumah untuk saling memberi perkhidmatan, mengisi segala kekurang satu sama lain untuk memperoleh pahalah dan menjadikannya lahan peribadatan kepada Tuhan, kerana pernikahan sebagai penyata penyempurna keselamatan separoh keagamaan bagi seseorang muslim, oleh itu sekufu yang dimaksud oleh Al-Quran dan nasihat Agama adalah berkenaan dengan iman dan kerohanian yang juga memerlukan sekufu dari segi-segi lain yang bersifat relatif menyempurnakannya.

Dan juga perlu diambil kira pengalaman telah menunjukkan bahawa adalah lebih baik bagi suami isteri untuk sama dari segi kebendaan di samping kerohanian, kerana kelebihan ketara salah seorang pasangan dalam masalah kebendaan boleh membawa kepada kesombongan, keegoisan, kemegahan, dan kehinaan pihak yang satu lagi khususnya pada masa kini bahawa perhubungan sosial yang sangat rumit dan kurang mengambil berat terhadap pelbagai isu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga.

Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menunjukkan betapa pentingnya "Kesaksamaan" dalam Iman / sekufu suami isteri, yang dirujuk sebagai contoh:

وَلَا تَنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌۭ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌۭ مِّن مُّشْرِكَةٍۢ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ۗ وَلَا تُنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا۟ ۚ وَلَعَبْدٌۭ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌۭ مِّن مُّشْرِكٍۢ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱلْجَنَّةِ وَٱلْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِۦ ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ ٢٢١
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)". (Qs, Al-Baqarah 2:221).

Ulama Syiah dan Sunni berpendapat berdasarkan ayat yang mulia ini, tidak boleh bagi seorang lelaki Islam mengahwini perempuan musyrik dan perempuan Islam mengahwini lelaki musyrik. Oleh itu, orang yang beriman hendaklah memilih isteri yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. 

Dan jika dia mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat berkahwin dengan pasangan yang merdeka dan beriman, dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang kafir (syirik), kerana berkahwin dengan orang musyrik akan merosakkan agama dan kehidupan rohani seseorang di dunia dan kesengsaraan di akhirat, oleh itu masyarakat muslimin perlu saling memberi bantuan dalam urusan pernikahan pasangan muda dan baharu muslim yang sudah berkelayakkan menikah dari segi usia dan kesiapan mental bertanggungjawab.

Perbezaan pegangan, tingkah laku dan pertuturan akan membawa kepada ketegangan dan keganasan dalam keluarga.

Berasaskan hal ini, dalam memilih pasangan, perlulah berhati-hati untuk memastikan pasangan seseorang itu sama rata dari segi pegangan, amalan, dan tingkah laku, kerana kebahagiaan pasangan baik di dunia mahupun di akhirat adalah berkait rapat dengan masing-masing satu sama lain kedua pasangan suami dan isteri ini. 

Memberi perhatian kepada perkara ini akan mendorong lelaki dan wanita untuk menjaga kesihatan mental dan rohani.

Penyelidikan dan penyiasatan dalam bidang akidah, akhlak dan tingkah laku seseorang malah status sosial dan kemampuan kewangan dua pihak dapat membantu mengenal pasti tahap yang sama dan ini adalah penyelesaian untuk menangani kemudaratan yang mengancam keluarga ini.

*Dipetik dan iqtibas daripada kajian "Mesbah Talu Mbaleh Lubanggi" bertajuk "Kerosakan keluarga dan penyelesaian Al-Quran dan Kitab Suci".

captcha