TEHRAN (IQNA) - Zakat secara harfiah bermaksud pertumbuhan dan kesucian. Ya, belas kasihan kepada orang yang kurang bernasib baik dan membantu mereka adalah sebab pertumbuhan rohani seseorang dan penyucian jiwa daripada ketamakan, kerakusan menimbun harta dan kebakhilan - kedekut - kikir yang menjadi punca kebinasaan jiwa dan jasad.

Dari segi perundangan, zakat bermaksud membayar sejumlah wang kepada orang yang tidak berkemampuan dan memerlukan.
Zakat dalam Al-Quran juga mempunyai makna yang tersurat (makna harfiah), sebagaimana firman Allah:
وَحَنَانًا مِنْ لَدُنَّا وَزَكَاةً ۖ وَكَانَ تَقِيًّا
"Dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa". (Qs, Maryam 19:13).
Kata «زَكَاةً» dalam ayat ini datang dalam makna simpulan bahasa, yang tentu sahaja, mempunyai makna umum termasuk makna sumbangan wajib dan mustahab - sunnah atau yang dianjurkan.
*Diambil dan iqtibas daripada buku "Zakat", tulisan Muhsen Qaraati «محسن قرائتی».