IQNA

Zakat dalam Islam / 6

Kesan zakat untuk individu

18:31 - November 12, 2023
Berita ID: 3103447
TEHRAN (IQNA) - Zakat adalah salah satu perintah Islam yang menunaikannya membawa kesan praktikal dan hasil yang baik bagi seseorang.

Rawatan penyakit bakhil dan ketamakan

Bakhil adalah satu cacat rohani yang membawa kepada kecacatan lain. Sikap acuh tak acuh terhadap penyakit batin ini, menjadikan orang; keras hati, berdalih, menganggap dakwaan orang miskin sebagai palsu, kehilangan kawan baik, tidak bertolak ansur terhadap saudara mara bahkan terhadap diri sendiri, curiga terhadap janji Allah, merendahkan orang lain dalam masyarakat, tidak percaya kepada Tuhan, lebih percaya kepada harta, ini adalah sebahagian dari bahaya penyakit kedekut - bakhil dan tamak akan harta.

Al-Quran berkata: Orang yang memikirkan tentang keselamatan mereka sendiri harus menghindari kecacatan ini:

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمَـٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةًۭ مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌۭ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ٩
"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (Qs, Al-Hasy-r 59:9).

Demikian juga dalam ayat 16 surah At-Taghabun, Allah berfirman:

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًۭا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ١٦
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (Qs, At-Taghaabun 64:16).

Ayat-ayat ini mungkin juga maksud dari ayat 103 Surah Taubah yang berpesan kepada Nabi Islam (SAW):

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ١٠٣
"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Qs, At-Taubah 9:103).

Bermaksud menyucikan dan merawat manusia daripada penyakit ketamakan dan kecintaan kepada dunia.

Sebab keberkatan rezeki

Setiap perkataan «زكاة» "zakat" dan «بركة» "berkat" dan perkataan yang berkaitan dengan keduanya disebut 32 kali dalam Al-Quran, dan ini adalah tanda bahawa zakat adalah sama dengan berkat. 

Ya, memotong dahan anggur itu memendekkan rupa pokok, tetapi ia sebenarnya menyebabkan ia tumbuh.

Kita membaca di dalam Al-Quran: 

يَمْحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَيُرْبِى ٱلصَّدَقَـٰتِ ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ ٢٧٦
"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa". (Qs, Al-Baqarah 2:276). 

Dalam banyak hadis, kita membaca:

الزّكاة تزید فى الرّزق
"Al-Zakah menambah rezeki".

Sebagai Insurans harta
 
Imam Musa al-Kazim (as) berkata: 

 حَصِّنوا أموالَكُم بِالزِّكاةِ
"Insuranskan harta kamu dengan zakat".

Dikasihi Allah

Imam Sadiq (as) berkata, yang bermaksud: 
"Orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling dermawan, dan orang yang paling pemurah ialah orang yang mengeluarkan zakat dari hartanya dan tidak kikir terhadap apa yang diwajibkan Allah ke atasnya; hartanya untuk orang-orang yang beriman".
  
Mendekatkan diri kepada Allah
Imam Sadiq (as) berkata, yang bermaksud: 
"Allah menjadikan zakat bersama solat sebagai sarana mendekatkan diri kepada-Nya".

Sebab menerima rahmat Allah yang istimewa

Kita baca di dalam Al-Quran: 

 وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَ ۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُ ۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۢ ۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَـٰتِنَا يُؤْمِنُونَ ١٥٦
"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". (Qs, Al-A'raaf 7:156).

Dan ayat:

وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍۢ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ ٱللَّهُ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ ٧١
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Qs, At-Taubah 9:71).

Allah juga berfirman: 

 وَقَالَ ٱللَّهُ إِنِّى مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيْتُمُ ٱلزَّكَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا لَّأُكَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۚ فَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ١٢
“Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul". (Qs, Al-Maaidah 5:12).

Manusia mengikuti sifat Ketuhanan

Sebagaimana Allah telah melimpahkan rahmat-Nya kepada setiap orang, pemberi zakat mencurahkan rahmatnya kepada orang-orang miskin, dan dengan cara ini ia mengembangkan akhlak Allah dalam dirinya dan menjadi manifestasi rahmat Allah.

Pembebasan daripada hukuman Ilahi

Orang kafir boleh melepaskan diri daripada azab dengan taubat, solat dan zakat. Allah berfirman: 

فَإِذَا ٱنسَلَخَ ٱلْأَشْهُرُ ٱلْحُرُمُ فَٱقْتُلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَٱحْصُرُوهُمْ وَٱقْعُدُوا۟ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍۢ ۚ فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَخَلُّوا۟ سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٥
"Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Qs, At-Taubah 9:5).

Sebab mendapat jawapan doa

Kita membaca dalam sebuah riwayat yang bermaksud: Sesiapa yang ingin doanya dimakbulkan, menghalalkan sesuapnya, dan salah satu cara untuk menghalalkan sesuap adalah dengan membayar hak Allah; dengan membayar khums dan zakat.

Sebab penerimaan solat

Rasulullah (SAW) bersabda: 

«زكّوا اموالكم تقبل صلاتكم»
"Tunaikanlah zakat harta kamu supaya solat kamu diterima".

 Sebab kekalnya harta

Zakat sebenarnya adalah simpanan untuk hari kiamat, maka ia menjadikan harta fana jadi kekal. Kejayaan yang berpotensi, sementara dan menyusahkan dunia boleh diubah menjadi kejayaan yang pasti, kekal dan tanpa kerumitan melalui pembayaran zakat.

*Diambil dan iqtibas daripada buku "Zakat", tulisan Muhsen Qaraati «محسن قرائتی».

tanda nama: Zakat dalam Islam
captcha