IQNA

Haji dalam Islam / 5

Kesederhanaan satu ciri penting perjalanan Haji

10:38 - November 19, 2023
Berita ID: 3103479
TEHRAN (IQNA) - Dalam ibadah Haji, matlamat utamanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah yang maha sempurna. Dengan cara ini, semakin kita dapat menjauhkan diri dari glamor, semakin dekat kita kepada kesempurnaan.

Tuhan berkuasa meletakkan batu-batu Kaabah di antara batu-batu yang paling menarik dan ada kedudukan mulia, tetapi ukuran yang diletakkan untuk kemuliaan ada pada kesederhanaan, apabila lebih sederhana ia, lebih dekat dengan kesucian. Kaabah adalah bendera Islam. Bendera tidak lebih daripada sehelai kain, tetapi tentera yang kuat berbangga dengannya dan mengorbankan nyawanya untuk membanggakannya, ada apa dengan simbol-simbol ini. 

Apa yang boleh ditulis tentang Haji? yang rahsia dan peraturannya tiada sempadan maknanya.

Mekah adalah satu tempat yang dianggap oleh Tuhan siapa yang  tidur di dalamnya, seperti nilai kerja di kawasan lain. Sujud di dalamnya seperti mati syahid di jalan Allah dan itu tidak mudah dicapai. Sayang sekali manfaat yang sepatutnya diambil dari perjalanan ini tidak diambil oleh manusia.

Mekah adalah "Ummul-Qura" «امّ‌القرى» yang bermaksud ia adalah ibu kepada wilayah. Wilayah ini yang diturunkan wahyu di dalamnya dan dijamin keselamatannya, dan seperti seorang ibu memberi makan anak-anaknya, Mekah harus membawa keselamatan dan misi kepada semua anak-anaknya dan kawasan di dunia.

Sama seperti semasa Haji, tiada bahaya yang boleh dibuat sekalipun kepada ulat dan nyamuk, sarang ayam dan burung tidak akan dimusnahkan, keselamatan ini harus tersebar ke semua masa dan tempat. 

Dilarang membawa senjata ke sana, iaitu tidak ada ancaman di sana, binatang buruan selamat di sana, malah memberi tunjukkan berburu kepada pemburu tidak dibenarkan.

Berhimpunnya penyembah Allah di Mekah yang menjadi tempat pemusnahan berhala memberi pengajaran kepada kita dalam memecahkan berhala. 

Abu Dzar (as) sahabat Nabi akram (SAW) dan Imam Husain (as) mengangkat seruan kalimatul hak; "Tiada Tuhan selain Allah" - tiada yang berkuasa sealain Allah SWT, mereka berseru dari sisi Kaabah dan Imam Zaman Al-Mahdi (as) di akhir zaman juga akan memulakan kebangkitannya dari sana.

Apa yang ada dalam Haji dan Tawaf perlu dikaji kembali:
- Ia adalah kesederhanaan, bukan formaliti dan glamor.

- Ia adalah pergerakan, bukan genangan.
- Ia memberi Ingatan, supaya tidak lalai kepada kehidupan akhirat yang pasti dialami oleh manusia, suka atau tidak suka.
- Cermin ketaatan kepada perinta Tuhan, bukan perintah elit politik Timur dan Barat.
- Ia adalah ruang yang selamat, bukan penyelewengan.
- Ia beramal dengan kedermawanan, bukan bakhil dan ketamakan.
- Ia adalah untuk meninggalkan pantang larang, bukan untuk melakukannya.
- Ia adalah kerendahan hati dan kesederhanaan, bukan kesombongan dan kemegahan.
- Ia adalah persaudaraan dan kesaksamaan, bukan diskriminasi dan keistimewaan.

Walau apa pun, haji adalah perjalanan yang paling penting dan membina, yang dilakukan seseorang sepanjang hayatnya. 

Apakah nikmat yang lebih besar daripada ketika seseorang menjadi tetamu Allah, Nabi (SAW), dan imam-imam yang maksum (as) dan mendapat keampunan dari segala dosa?

Nikmat apakah yang lebih tinggi daripada perhimpunan ikhlas berjuta-juta di kawasan selamat, diiringi doa dan  munajat yang menghangatkan jiwa yang mati, slogan dan kesedaran, usaha dan doa, menyatakan perlepasan hubungan dari orang kafir dan melawat peninggalan yang penuh makna dari sejarah Islam?!

Tuhan! Kurniakan kami rasa ibadat dan kehambaanMu dan penuhilah hajat semua orang yang ingin menziarahi Kaabah-Mu dan jadikan penderitaan dalam perjalanan ini manis untuk cita rasa jiwa kami.

*Dipetik daripada buku "Haji", yang ditulis oleh Muhsen Qaraati.

tanda nama: Haji dalam Islam
captcha