
فِيهِ ءَايَـٰتٌۢ بَيِّنَـٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٩٧
“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk". (Qs, A-li'Imraan 3:97).
Hak Allah ke atas manusia ialah: Mereka yang berkemampuan untuk menunaikan Haji ke rumahNya, iaitu mereka yang berkemampuan dari segi kewangan, akal dan jasmani, serta perjalanan itu tidak memudaratkan penghidupannya, semasa perjalanan dan setelah pulang dari Haji, dan jalan itu terbuka kepada mereka (semuanya keadaannya terletak pada erti berkemampuan «استطاعة»), jika telah memenuhi syarat ini, apabila ia tidak menunaikan Haji maka dianggap "kafir" - "Penghapus perintah Tuhan".
Haji dalam hadis
Tafsiran yang diberikan tentang Haji adalah jarang diberikan kepada ibadah yang lain; contohnya, Imam Baqir (as) berkata:
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ الْوَلَايَةِ وَ الصَّلَاةِ وَ الزَّكَاةِ وَ صَوْمِ شَهْرِ رَمَضَانَ وَ الْحَجِّ.
"Islam dibangun atas lima Perkara;
1. Al-Wilayah (berwalikan kepada Ahlulbayt Nabi (SAW)
2. As-Solah (mendirikan Solat).
3. Az-Zakah (membayar Zakat)
4. As-Saum (berpuasa bulan Ramadhan)
5. Al-Haji (dan menuanaikan Haji apabila berkemampuan).
Juga, dalam hadis Imam Sadiq (as), dikatakan:
لايَزَالُ الدِّينُ قَائِماً مَا قَامَتِ الْكَعْبَةُ
"Tiada akan musnah penegakan Agama selagi Kaabah masih berdiri".
Imam Sadiq (as) berkata dalam hadis lain:
لَوْ تَرَكَ النَّاسُ الْحَجَّ لَنَزَل عَلَیهِمُ الْعَذَابَ
"Jika manusia meninggalkan haji, azab akan turun kepada mereka"
Yang bermaksud; apabila orang meninggalkan Haji, kemurkaan Allah dalam bentuk pelbaga macam; perpecahan, keputusasaan, kejahilan, dikusai oleh pemerintahan yang zalim, kesengsaraan dan lain-lain akan menimpa manusia.
Dalam kitab "Jawahir al-Kalam" «جواهرالكلام» kita membaca:
«الحَجُّ رِیاضَةٌ نَفْسانِیةٌ»
Yang bermaksud; "Haji adalah memperbaiki diri dan berjimat cermat, melawan hawa nafsu dan mengubah tabiat buruk jadi baik".
«وَ طاعَةٌ مالِیةٌ»:
"Dan ketaatan kewangan"
Yang bermaksud; Menunaikan zakat dan khums, adalah ketaatan kewangan dan menyerahkan harta dunia untuk di jalan Allah.
«وَ عِبادَةٌ بَدَنیةٌ»
"Dan ibadah fizikal"
Yang bermaksud dengan menahan penderitaan, pergerakan, lari, dahaga dan pengangkutan, badan juga menjadi cergas dalam perjalanan untuk melaksanakan tugasnya.
«قولیّة و فعلیّة»
"Ucapan dan Perbuatan"
Yang bermaksud; Haji terdiri daripada perkataan dan perbuatan.
«وجودیّة و عدمیّة»
"Wujudiah dan ketiadaan"
Yang bermaksud; Apabila solat adalah sebagai ibadah yang perlu adakan perbuatannya (wujudiah) yang mesti dilakukan, tetapi ibadah puasa lebih kepada aspek meniadakan ertinya banyak perkara dalam ibadah puasa kena ditiadakan; mkana, minum...(tidak diwujudkan) - Tidak makan, tidak minum. Dalam Haji, ada perkara yang perlu dilakukan dan ada perkara juga yang perlu ditinggalkan.
Dalam keadaan ihram Haji, ada lebih dari dua puluh amalan yang harus ditinggalkan dan ada yang harus dilakukan.
Perkara yang perlu ada dalam ibadah Haji;
Mobilisasi Persatuan dari mana-mana dan dari setiap kaum dan bangsa.
Mobilisasi menentang kekufuran dan kesyirikan.
Mobilisasi untuk mengumumkan pembebasan dan pemutusan hubungan dengan musuh-musuh Allah.
Mobilisasi menolak Syaitan dalaman dan luaran.
Haji, menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Tuhan dan umat.
Haji adalah gerakan politik dan perhimpunan umat
Haji adalah harmoni dengan dunia yang lebih tinggi; barisan manusia bumi dengan arwah suci langit.
Kesetaraan gerakam makhluk di bumi dengan makhluk di langit; Tawaf penduduk bumi adalah mengelilingi Kaabah, bersamaan sejajar lurus ke atas dengan tawaf para malaikat mengelilingi Baitul Mamur «بیتالمعمور», di langit.
*Dipetik daripada buku "Haji", yang ditulis oleh Muhsen Qaraati.