IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 38 - Nabi Yusuf (as)

Menambah Makrifat dalam kisah Hazrat Yusuf (as)

17:03 - December 18, 2023
Berita ID: 3103617
IQNA - Makrifat (pengenalan) dan Ilmu pengetahuan boleh dianggap sebagai musuh keras berdarah jahiliyah. Permusuhan ini wujud dalam diri semua manusia dan menentukan kesudahan dan nasib setiap orang.

Salah satu cara rasional Hazrat Yusuf (as) dalam mendidik manusia ialah dengan menambah ilmu. Beliau (as) dibesarkan di kalangan orang yang kejahilannya tentang dunia dan akhirat jelas diperoleh daripada laporan Al-Quran, masalah yang Hazrat Ali (as) telah perkenalkan sebagai punca segala kesengsaraan dan keburukan;

الْجَهْلُ أَصْلُ كُلِ شَرّ
"Kejahilan adalah punca segala kejahatan".

Ada yang menganggap kejahilan sebagai asas syirik. Sudah tentu, masalah kejahilan dalam pengertian umum tidak khusus untuk orang-orang sezaman Hazrat Yusuf, tetapi telah wujud sebelum mereka dan bahkan masih wujud hingga sekarang.

Namun, yang dapat difahami daripada ayat yang mulia itu ialah masalah jahiliyah dan tidak biasa dengan tauhid, itu ketara di kalangan orang Mesir, kerana daripada menyembah Tuhan yang tiada tandingannya, mereka menyembah tuhan yang pelbagai seperti: malaikat, jin, bahkan mereka menyembah berhala dan lembu. 

Apabila kita mengatakan bahawa mereka tidak biasa dengan Tauhid, ini bermakna mereka tidak mempunyai pemahaman yang betul tentang Tauhid yang murni, dan itu adalah kerana keterikatan mental mereka dengan pancaindera zahari, dan mereka telah kehilangan kesihatan hati dan kekuatan akal; mereka tenggelam dalam kenikmatan dunia.

Hakikat bahawa mereka mengikut banyak dan pelbagai tuhan dan menyembahnya adalah tanda kejahilan dan kekurangan atau ketiadaan ilmu tauhid di kalangan mereka.

Dalam keadaan demikian, Hazrat Yusuf (as) cuba menambah ilmu mereka dan menjelaskan tentang ilmu Tauhid yang berkaitan dengan masing-masing ilmu pengetahuan dunia dan akhirat; dengan menerangkan pengetahuan alam sekeliling yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan akal mereka untuk dapat berfikir tentang pengetahuan ketauhidan Allah SWT.

Orang-orang di zaman Nabi Yusuf adalah musyrik menyembah berhalah. Nabi Yusuf mencuba jelaskan:

مَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ أَسْمَآءًۭ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَـٰنٍ ۚ إِنِ ٱلْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ٤٠
"Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Qs, Yusuf 12:40).

Hazrat Yusuf (as) dengan wahyu-wahyu ini berusaha untuk membetulkan kepercayaan yang tidak benar orang-orang sezamannya, dan penyelewengan yang mereka miliki, meningkatkan tahap pengetahuan mereka mengenai ilmu tauhid dan wahyu serta kebenaran, dan menyelamatkan mereka dari tawanan kejahilan. 

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa salah satu cara rasional Hazrat Yusuf (as) dalam pendidikan adalah dengan menambah ilmu pengetahuan dan mengurangkan perkara yang tidak diketahui oleh orang sezamannya.

*Dipetik daripada kajian Mohammad Mahdi Rezaei «محمد مهدی رضائی» bertajuk "Cara pendidikan Nabi Yusuf (as) dalam Al-Quran".

 

captcha