IQNA

Mengapa Allah menguji manusia?

17:23 - January 03, 2024
Berita ID: 3103704
IQNA - Bahawa konsep ujian Allah adalah berbeza dengan ujian kita. Ujian manusia adalah untuk menambah ilmu dan menghilangkan kesamaran dan kejahilan, tetapi ujian Ilahi sebenarnya adalah "pendidikan".

Dalam banyak kes, Al-Quran telah bercakap tentang ujian manusia. Soalan pertama yang terlintas di fikiran ialah bukankah tujuan ujian untuk mengetahui orang atau perkara yang tidak jelas dan tidak dikenali serta mengurangkan tahap kejahilan kita? 

Allah yang ilmunya meliputi segala sesuatu dan mengetahui rahsia batin dan zahir setiap orang dan segala sesuatu, mengetahui perkara ghaib langit dan bumi dengan ilmunya yang tidak terhingga, mengapa Allah menguji manusia, melainkan ada sesuatu yang tersembunyi daripadanya. Adakah ia akan didedahkan dengan ujian?!

Sebagai menjawab soalan ini harus dikatakan bahawa konsep ujian Tuhan adalah berbeza dengan ujian antara sesama manusia. Ujian guru manusia adalah untuk menambah ilmu dan menghilangkan kesamaran dan kejahilan dari sesuatu tentang muridnya, tetapi ujian Ilahi sebenarnya adalah "pendidikan" untuk manusia sendiri. 

Al-Quran, menjelaskan lebih daripada dua puluh ujian dikaitkan dengan Tuhan, ini adalah undang-undang umum dan tradisi tetap Tuhan, yang digunakan untuk mengembangkan bakat yang tersembunyi (potensi menjadi nyata), sebagaimana besi dimasukkan ke dalam tungku api untuk menjadi lebih kuat, Allah memelihara seseorang dalam relau (tungku) kejadian yang sukar supaya dia menjadi tabah dan tegar.

وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
"Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada". (Qs,A-li'Imraan 3:154).

Amirul Mukminin, Ali (as) mempunyai definisi yang sangat bermakna dalam bidang falsafah ujian ketuhanan. Beliau berkata: 

 إنْ كانَ سبحانه أعلَمَ بهِم مِن أنفسِهِم ، و لكنْ لِتظْهرَ الأفعالُ الّتي بِها يُستَحَقُّ الثّوابُ و العِقابُ
"Walaupun Allah lebih mengetahui jiwa hamba-hambanya daripada diri mereka sendiri, tetapi ujian menjadi menjelas dan pembuktian perbuatan baik dan buruk yang menjadi kriteria pahala dan azab  bagi manusia sendiri".

Maksudnya, sifat-sifat dalaman seseorang itu sahaja tidak boleh menjadi tolok ukur pahala dan siksa melainkan apabila ia terserlah di hadapan perbuatan manusia, adakah ia patut mendapat pahala atau hukumannya. 

Jika tidak ada ujian Ilahi, bakat-bakat ini tidak akan berkembang dan pohon kewujudan manusia tidak akan menampakkan buah perbuatan pada cabang-cabangnya, dan ini adalah falsafah ujian ketuhanan dalam logika Islam.

*Dipetik daripada Tafsir al-Amtsal, Jilid 1, ms 526

tanda nama: Ujian Tuhan
captcha