IQNA

Juruselamat dan pemerintahan orang soleh di bumi

15:47 - February 24, 2024
Berita ID: 3103975
IQNA - Al-Quran menyatakan dan menekankan berita gembira yang disebutkan dalam beberapa kitab suci yang lain, bahawa pemerintahan dan kedaulatan atas semua kepentingan di bumi dipindahkan dari yang lain dan sampai kepada orang yang soleh.

Berpuluh-puluh ayat dari Al-Quran membangkitkan isu kemunculan seorang penyelamat, yang mewar-warkan tebentuknya kerajaan  tunggal global; antara lain, Al-Quran berkata: 

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:105).

Isu yang disebutkan oleh Tuhan, pencipta dunia dalam dua kitab syurgawi (Kitab Zabur «الزَّبُورِ» kitab yang diturunkan kepada Nabi Dawud (as) dan Kitab ini, Al-Quran / Az-Zikr)« الذِّكْرِ»  dan ditekankan dengan ungkapan seperti "laqad"«لقد» dan "Anna" «انّ» , layak menjadi isu asas, sensitif dan akhirnya penting. 

Pewarisan «وراثت» bermaksud pemindahan harta tanpa membuat transaksi; Maksud mewarisi Bumi ialah kedaulatan ke atas kemaslahatan dipindahkan daripada orang lain kepada orang-orang soleh dan keberkatan hidup di muka bumi dikhaskan untuk mereka. Walaupun sememangnya nikmat akhirat hanya dikhaskan untuk mereka, tetapi dalam ayat ini ditegaskan bahawa semua nikmat kuasa dunia sampai juga kepada mereka - orang-orang soleh, secara sempurna.

Di antara kitab-kitab ketuhanan, hanya dua kitab ini yang disebut, mungkin kerana Hazrat Dawud adalah salah seorang nabi yang agung yang pernah mendirikan pemerintahan kebenaran dan keadilan di atas muka bumi ini, dan bani Israel (Anak keturunan Nabi Yaakub (as)) adalah menjadi kaum yang tertindas oleh kuasa-kuasa besar pada zaman Nabi-nabinya, yang bangkit dengan kepimpinan Nabi-nabi Allah tersebut, seperti bersama nabi Musa (as) menentang orang-orang sombong Firaun dan menjadi pewaris Bumi dari kuasa Firaun.

Isu lain yang didedahkan oleh firman Allah ini; siapakah "hamba Allah yang soleh" dalam ayat tersebut? Menurut julat semantik "Saalehun" «صالحون», mempunyai makna segala kebaikan yang boleh dicapai oleh pikiran yang ada pada orang-orang baik yang memiliki kelayakan baik dari segi amal, dari segi ilmu, dari segi kuasa dan kekuatan, dari segi taqwa dan iman, dari segi perancangan, ketertiban dan dari kefahaman sosial. 

Oleh itu, hanya kerana "ditindas" «مستضعف » sahaja bukanlah satu-satunya syarat untuk dicapaikan kemenangan dari musuh-musuh dan untuk menjadi boleh memerintah di bumi; Rakyat dunia yang tertindas tidak akan sampai kepada kerajaan selagi mereka tidak menghidupkan dan menyepadukan dua prinsip Iman / Aqidah dan kelayakan amal soleh sehingga membentuk "mustadhafin muqtadir" «مظلوم مقتدیر» / "ditindas dan bangkit melawan".

Apabila hamba-hamba yang beriman menyediakan diri mereka dengan kelebihan ini, Allah juga akan membantu mereka untuk memotong tangan musuh-musuh mereka yang sombong dari berkuasa ke atas mereka di kerajaan bumi dan malah menjadikan mereka sebagai pewaris kerajaan bumi. 

Oleh itu, adalah mungkin bagi orang-orang yang beriman untuk mencapai semua jenis kelayakan kemenangan ini; menggulingkan kerajaan yang rosak dan menggantikan kuasa zalim hanya dengan pertolongan Allah SWT dengan kemunculan kepimpinan revolusi seorang penyelamat dari keluarga suci Nabi (SAW) yang telah dijanjikan iaitu Al-Imam Al-Mahdi (AFS*).

*Ajjalallahu Farajahu Syariif «عجل الله فرجه الشریف» - Semoga Allah mempercepatkan kemunculannya yang mulia!

tanda nama: Al-Imam Al-Mahdi as
captcha