
Laporan IQNA; Esok adalah pertengahan Syaban, ulang tahun kelahiran seorang manusia yang dengan kehendak Tuhan dan untuk kepentingan manusia, masih hidup dan hadir dan menunggu di bumi yang sama kita lalui, setiap hari dan malam, dan ini bermakna sumber harapan akhir dari Tuhan untuk umat manusia di bumi.
Kebahagiaan bagi kita yang percaya kepada kehidupan seorang Imam maksum dari itrah suci Nabi Allah; Baginda Muhammad (SAW), Beliau (as) ada di sisi kita dan jika kita menanggalkan penutup mata hati kita, kita boleh menjadi sahabat kepada seorang insan suci, dan yang paling utama pimpinan yang memberi harapan kemenangan dan keselamatan bagi umat manusia.
Amalan yang dianjurkan pada malam pertengahan Syaban
Pertama: Ghusl «غسل» / Mandi, sebagai yang diniatkan mengurangkan dosa - mandi taubat.
Kedua: Menghabiskan malam dengan solat, doa dan memohon ampun, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh Imam Zainul Abdin (as), dan dikatakan dalam riwayat, yang bermaksud: "Sesiapa yang menghabiskan malam ini untuk bertafakur dan beribadat, hatinya tidak akan mati di hari ketika hati kebanyakan telah mati".
Ketiga: Ziarah kepada Imam Husain (as), iaitu amalan yang paling baik pada malam ini dan membawa kepada pengampunan dosa, dalam riwayat Ahlulbayt (as) menyatakan dengan maksud; Sesiapa yang ingin berkenalan dengan roh seratus dua puluh empat ribu nabi, hendaklah menziarahi Imam Husain ( as) pada malam ini.
Tahap minimum menziarahi Imam Husain (as) ialah menaiki bumbung dan melihat ke kanan dan kiri, kemudian mengangkat kepala ke langit dan menziarahi Imam Husain (as) dengan kata-kata ini;
السَّلامُ عَلَیْکَ یَا أَبا عَبْدِاللّٰه، السَّلامُ عَلَیْکَ وَرَحْمَةُ اللّٰه وَبَرَکاتُهُ
"Salam sejahtera ke atasmu wahai Aba Abdillah, salam sejahtera ke atasmu, serta rahmat dan keberkatan Allah ke atasmu".
Dan sesiapa yang menziarahi Imam (as) dengan cara ini, di mana sahaja dia berada dan pada bila-bila masa, mudah-mudahan ditulis pahala haji dan umrah untuknya.
Keempat: Membaca doa yang biasa dibaca oleh Rasulullah SAW pada malam ini:
اللّٰهُمَّ اقْسِمْ لَنا مِنْ خَشْیَتِکَ مَا یَحُولُ بَیْنَنا وَبَیْنَ مَعْصِیَتِکَ، وَمِنْ طاعَتِکَ مَا تُبَلِّغُنا بِهِ رِضْوانَکَ، وَمِنَ الْیَقِینِ مَا یَهُونُ عَلَیْنا بِهِ مُصِیباتُ الدُّنْیا. اللّٰهُمَّ أَمْتِعْنا بِأَسْماعِنا وَأَبْصارِنا وَقُوَّتِنا مَا أَحْیَیْتَنا وَاجْعَلْهُ الْوارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثارَنا عَلَیٰ مَنْ ظَلَمَنا، وَانْصُرْنا عَلَیٰ مَنْ عادانا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِیبَتَنا فِی دِینِنا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْیا أَکْبَرَ هَمِّنا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَیْنا مَنْ لَایَرْحَمُنا، بِرَحْمَتِکَ یَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِینَ
"Ya Allah, anugerahkan kami rasa takut kepada-Mu sehingga menjadi penghalang antara kami dan kemaksiatan kepada-Mu, dan anugerahkan pula kepada kami ketaatan kepada-Mu yang akan membawa kami kepada keredhaan-Mu dan keyakinan yang mengatasi segala kesusahan dunia. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami, yang memberi kehidupan kepada kami, dan jadikan ia sebagai warisan bagi kami, dan jadikan penolong bagi kami atas orang yang menganiaya kami, dan tolonglah kami atas orang yang memusuhi kami dan janganlah engkau memberi musibah ke dalam agama kami, dan jangan jadikan dunia sebagai pemikiran kami yang paling besar dan pengetahuan yang paling utama, dan jangan biarkan orang yang tidak menunjukkan rahmat atas kami menguasai kami, dengan kemurahan-Mu, wahai yang maha penyayang".
Doa ini adalah doa yang lengkap dan menyeluruh, yang merupakan khazanah untuk dibaca pada waktu yang lain juga, dan diriwayatkan daripada kitab "Ghawali al-Leali" «غوالی اللئالی» bahawa Rasulullah (SAW) sentiasa membaca doa ini.
Kelima: Membaca "Selawat harian bulan Syaban" «صلاوات الشعبنیة» yang dibacanya pada waktu matahari tergelincir (pada waktu zuhur Syari'i):
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ شَجَرَةِ النُّبُوَّةِ، وَمَوضِعِ الرِّسالَةِ، وَمُخْتَلَفِ الْمَلائِكَةِ، وَمَعْدِنِ الْعِلْمِ، وَأَهْلِ بَيْتِ الْوَحْىِ . اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ الْفُلْكِ الْجارِيَةِ فِى اللُّجَجِ الْغامِرَةِ، يَأْمَنُ مَنْ رَكِبَها، وَيَغْرَقُ مَنْ تَرَكَهَا، الْمُتَقَدِّمُ لَهُمْ مارِقٌ، وَالْمُتَأَخِّرُ عَنْهُمْ زاهِقٌ، وَاللَّازِمُ لَهُمْ لاحِقٌ...
(Lihat teks lengkap selawat ini dalam kitab Mafaatihul Jinan).
Keenam ialah membaca "Doa Kumail".
Ketujuh: Mengucapkan setiap zikir yang 4 ini sebanyak 100 Kali;
«سُبْحانَ اللّٰه» و «الحَمْدُ للّٰه» و «اللّٰه أَکْبَر» و «لَا إِلٰهَ إلَّااللّٰه»
"Maha Suci Allah", "Maha terpuji Allah", "Maha besar Allah " dan "Tiada tuhan Melainkan Allah"; yang diharap agar Allah mengampuni segala dosa yang lalu dan mengaruniai segala hajat dunia dan akhirat. Zikir ini sangat dianjurkan dibaca pada malam kelahiran Hazrat Al-Imam Al-Mahdi (as) pada malam Nisfu Syaban.
Amalan pada hari pertengahan Syaban:
Pada hari pertengahan Syaban, dianjurkan untuk menziarahi Imam Al-Mahdi (as) pada bila-bila masa, tempat, dan di mana-mana sahaja dan berdoa untuk menyegerakan kemunculan baginda (as).
Terutama ditekankan untuk melawatnya - menziarahi di Dewan Samarra «سرداب سامراء» - Tempat kelahiran dan bermulanya keghaiban Imam Al-Mahdi (as) dan berdoa untuk kemunculan segera Beliau (as) mendirikan pemerintahannya yang pasti memenuhi bumi dengan keadilan dan kedamaian, setelah dipenuhi oleh penindasan dan kezaliman.
*Sumber: Kitab Al-Mafaatihul-Jinan «المفاتيح الجنان» dan Kitab Al-Muqraaqibaat «المراقبات » ms 192 dan 193