IQNA

Analisis; Hakikat ziarah dan tawasul

Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah

20:55 - April 26, 2024
Berita ID: 3104304
IQNA - Setiap manusia dituntut oleh Allah (Pencipta Manusia) untuk mengikuti petunjukNya SWT; Jalan lurus agama perlu ditempuh sekalipun nampak sulit, sukar, menyusahkan dan perlu pengorbanan kerana ia keperluan yang menjanjikan keselamatan dan kebahagiaan kekal bagi manusia di kehidupan dunia dan akhiratnya.

Berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran; anjuran untuk hidup bersama dengan orang-orang yang benar (as-Saadiqiin) «الصَّادِقِينَ» adalah satu kemestian atau wajib, kerana ia adalah penempuhan jalan lurus agama Allah SWT (Islam);

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". (Qs, At-Taubah 9:119).

Dalam Surah al-Fatihah, sebagai surah yang mengandungi doa mengenai perkara ini, yang kita diminta berulang kali untuk membacanya dalam solat wajib harian sebanyak lebih dari 17 kali dalam sehari bahkan untuk urusan-urusan lain doa, bacaan surah al-Fatihah adalah satu keutamaan yang besar, kerana ia penzahiran zikir kepada Allah SWT yang amat besar faedahnya; di dalamnya pengakuan dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha segala-galanya, ada ungkapan rasa syukur - berterimakasih kita sebagai hamba dihadapan Tuhan (Allah Pencipta hamba), di dalamnya mengandungi puja dan pujian serta doa yang dipanjatkan hanya kepadaNya, dengan menertibkan pengenalan jalan lurus agamaNya (cara hidup yang beraturan) itu hendaknya kita sentiasa bersama orang-orang yang benar;

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani - Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam - Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani - Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) - Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan - Tunjukilah kami jalan yang lurus - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Qs, Al-Faatihah 1:1 - 7).

Penjelas bahagian ayat doa;

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

"Tunjukilah kami jalan yang lurus - Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat".

Jawapan Allah SWT atas permohonan kita ini;

Jalan petunjuk itu adalah ditempuh melalui ketaatan kepada Allah dan Rasulullah, yang mana jalan ini telah ditempuh oleh orang-orang yang dikaruniai nikmat oleh Allah, dikalangan merekalah ada para nabi, orang-orang yang benar dan para syuhada serta orang-orang soleh;

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang benar, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman sejawat". (Qs, An-Nisaa' 4:69). 

Konsep menziarahi mereka sebagai penzahiran menjalani hidup bersama orang-orang yang dikaruniai nikmat oleh Allah SWT dengan kata lain mereka adalah para wali - kecintaan Allah, yang mesti kita dekati mereka untuk mendapatkan kedekatan diri kita kepada Allah SWT.

Rumah dan kuburan mereka menjadi tempat-tempat suci yang diizinkan berzikir dan mendirikan solat - beribadah kepada Allah SWT di sisi dan di dalamnya;

Ada sebahagian rumah atau bangunan yang mendapat keizinan Allah untuk dinaikkan, ditinggikan dan disemarakkan serta diingatkan padanya nama-namaNya;

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

"Di rumah-rumah yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang". (Qs, An-Nuur 24:36).

Rumah-rumah itu sudah pasti yang dimaksud adalah rumah-rumah yang berkaitan dengan wali-wali suciNya, bahkan bangunan masjid diperintahkannya untuk di dirikan di sisi kuburan para wali Allah SWT;

وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّۭ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَآ إِذْ يَتَنَـٰزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ ۖ فَقَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ عَلَيْهِم بُنْيَـٰنًۭا ۖ رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُوا۟ عَلَىٰٓ أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًۭا ٢١

"Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka", orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka". (Qs, Al-Kahfi 18:21).

Tempat-tempat suci; Rumah Allah; Kaabah, maqam Ibrahim, hijir Ismail, maqam Nabi Muhammad (SAW) dan hazrat Khadijah sebagai ummul mukminin (as), padang arafah, masyaril haram maqam para Imam suci Ahlulbayt Nabi Muhammad SAW, maqam para syuhadah adalah tempat-tempat khusus untuk makbuliat doa dan ibadah Allah SWT seperti yang diperintahkanNya;

فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَ‌فَاتٍ فَاذْكُرُ‌وا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَ‌امِ ۖ وَاذْكُرُ‌وهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّینَ ﴿۱۹۸﴾ ثُمَّ أَفِیضُوا مِنْ حَیثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُ‌وا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّ‌حِیمٌ

"Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`aril Haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Qs, al-Baqarah 198 - 199).

Untuk Nabi Muhammad (SAW) yang sebagai khatamul anbiya tentu mempunyai keistimewaan tersendiri; dimana beliau telah dianugerahi al-Kawtsar - nikmat kebaikan yang melimpah banyak; sebagai yang disebut memiliki keturunan yang soleh, sidiqiin dan maqam kesyahidan, yang sudah tentu kuburan mereka; para imam suci Ahlulbayt Nabi (SAW) menjadi syiar-syiar Allah yang maha esa dan menjadi pusat ziarah dan tawasul umat pecinta Allah (SAW) di atas muka bumi ini.

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

"Sesungguhnya Allah hanyalah hendak menghapuskan segala perkara dosa dari kamu - wahai "Ahlulbayt" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Qs, Al-Ahzaab 33:33).

Maqam suci para maksumin dari keluarga nabi (SAW); sebagai wali-wali sejati Allah (SAW) telah dipacak indah penuh seni kerohanian yang tinggi untuk memegahkan syiar-syiar ibadah kepada Allah yang maha esa; menjadi pusat ziarah, tawasul, tabaruk dan syifa serta curahan rahmat dan maghfirah ilahi, dan mencipta budaya perkhidmatan kepada penziarah maqam-maqam suci ini. 

Menjadi khadim di maqam-maqam ini dikenali sebagai Pengkhidmat suci yang setaraf berkhidmat kepada Al-Quran;

Ulama menyifatkan perkhidmatan kepada harm suci para Imam dan itrah suci Ahlulbayt Nabi (SAW) serta tempat-tempat yang diberkati lain sebagai perkhidmatan kepada Al-Quran oleh kerana Al-Quran dan Itrat tidak dapat dipisahkan, perkhidmatan kepada maqam anak-anak Imam yang soleh juga sebenarnya adalah perkhidmatan kepada Al-Quran yang kami harapkan dengan memahami kebenaran agung ini semoga Tuhan memberikan kejayaan perkhidmatan yang lebih baik dan sentiasa meningkat, kerana di tempat-tempat inilah Allah (SWT) perintahkan untuk membaca kitab suciNya, sebagai yang dianggap rumah-rumah peribadatan;

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ٤٥

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan". (Qs, Al-'Ankabuut 29:45).

Orang ramai terutama umat Islam boleh melancong ziarah yang selamat dan dikira ibadah kepada Allah SWT ke negara-negara jaziratul Arab dan Teluk Persia (Timur tengah; Iraq, Lubnan, Syria, Iraq, Iran...) tidak seperti pergi melancong ke negara-negara Eropah yang hanya jadi hiburan yang merugikan, kerana melalaikan dari mengingat Allah SWT dan kerap menghinakan umat Islam dengan sikap kebencian (Islamofobia) yang pemusuh Islam sebarkan di masyarakat barat - Eropah itu.

Beberapa tempat ziarah wali-wali Allah dari kalangan Ahlulbayt Nabi (SAW) sebagai contoh disenaraikan di bawah;

- Di Madinatul Munawarrah dan di Baqi - al-Arabiyah; Maqam Nabi (SAW) dan empat Imam suci dari keturunan Ahlulbayt nya (SAW); Imam Hasan bin Ali al-Mujtaba, Imam Ali Zainul Abidin, Imam Muhammad al-Baqir, dan Imam Jafar as-Sadiq (as). 

- Di Iraq; Najaf - Karbala; maqam Imam Ali bin Abi Thalib, Imam Husain, Imam Hasan Askari, Imam Musa al-Kadzim, hazrat abul Fadhlil Abbas (as).

Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah

Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah

- Di Iran; Masyhad, Qom, Rei, dan banyak lagi...; maqam Imam Ali bin Musa Ar-Redha (as), maqam hazrat Fathimah Maksumah, Maqam Abdul Azdim hasani, maqam Syahceragh dll.

Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah

- Di Syria; maqam Sayyidah Zainab - Sayyidah Ruqayyah (as).

Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah Hidup bersama orang-orang yang benar; wali-wali Allah

- Di Mesir - maqam Sayyidah Nafisah.

- Di Lubnan - maqam Sayyidah Haulah, dan hampir semua tanah Timur tengah memiliki keistimewaan tempat Ziarah maqam-maqam para wali Allah dari kalangan orang-orang soleh khususnya dari kalangan zuriat an-Nabi (SAW) yang sangat banyak dan juga para ulama rabbani dari kalangan umat Islam yang berdedikasi dari pengajaran tinggi maknawi sains Agama Islam, sama ada di Yaman, di Palestin, di Jordan DLL.

*Siri Hakikat ziarah dan tawasul - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

tanda nama: tempat ziarah
captcha