IQNA

Mengingati Syaikh Hissan pada ulang tahun meninggalnya

Qari Faqih Mesir dan kepakaran dalam pemerhatian wakaf dan permulaan + klip

17:13 - May 03, 2024
Berita ID: 3104343
IQNA - Syaikh Muhammad Abdulaziz Hissan «شیخ محمد عبدالعزیزحصان» digelar "Qari Faqih" (Pakar tilawah) kerana beliau mempunyai kemahiran yang istimewa dalam wakaf dan permulaan tilawah ayat-ayat Al-Quran, sedemikian rupa yang tiada masalah dalam maksud ayat-ayat tersebut.

Laporan IQNA, memetik al-Masa' «المساء»; Syaikh Muhammad Abdul Aziz Hissan, seorang qari Mesir yang terkemuka, berharap dapat membaca Al-Quran pada pagi hari pertama kemenangan ke atas Israel agar kehormatan dan maruah bangsa Mesir akan menjadi dipulihkan. 

Oleh itu, pada pagi Ahad, 7 Oktober 1973, beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Masjid Zainabiyah, dan selepas itu, beliau digelar "Qari Kemenangan" dan "Qari Pemulih jalan". Tetapi gelarannya yang paling terkenal ialah "master of endowments and beginnings and Qur'an songs"«استاد وقف و ابتدا و نغمه‌های قرآنی» - "Pakar waqaf dan ibtida' serta nada-nada Al-tilawah Al-Quran" .
 
Beliau mempunyai suara yang tersendiri dan kepakaran yang istimewa dalam bidang wakaf dan bermula (Ibtida' tilawah) dengan cara yang tidak ada gangguan pada maksud ayat-ayat tersebut, oleh sebab itu orang-orang tua ahli tilawah Al-Quran ketika itu menggelarkannya sebagai "Qari Faqih" kerana dia telah mengada-adaka kaedah baru dalam wakaf.

Muhammad Abdulaziz Hissan dilahirkan pada pagi Rabu, 22 Ogos 1928M bersamaan dengan 31 Murdad 1307 Hijrah Syamsi dan 6 Rabi al-Awwal 1347 Hijrah Qamari di kampung Farstaq «فرستق», yang terletak di wilayah Gharbia Mesir «الغربیه مصر», dan kehilangan penglihatan sejak usia kanak-kanak.

Syaikh "Ali Ezzeddin" «علی عزالدین», guru sekolah kampung itu, membantunya menghafaz Al-Quran sehingga beliau mampu menghafaz keseluruhan Al-Quran pada usia 10 tahun walaupun sebagai seorang OKU. 

Pada zaman kanak-kanaknya, beliau menjadi seorang alim tentang hukum-hukum Al-Quran untuk membuktikan kepada semua orang bahawa beliau layak bergelar “Syeikh Muhammad” «شیخ محمد» pada usia muda.

Syaikh Hissan terpengaruh dengan kaedah bacaan Syaikh "Mustafa Ismail" «مصطفی اسماعیل» dan qari agung Mesir ini merupakan contoh bagi Hissan yang hebat dalam dunia pembacaan. 

Beliau memulakan kehidupan Al-Qurannya dengan meniru Mustafa Ismail dan kemudian mencipta sekolah pengajiannya sendiri dan selama bertahun-tahun beliau membaca Al-Quran dalam upacara berkabung dan dalam pelbagai kesempatan, dengan itu beliau dapat memperoleh kemasyhuran yang tiada tolok bandingnya pada masa yang sama.

Syaikh Hissan memasuki radio Mesir pada tahun 1964, dan ini meningkatkan kemasyhurannya dan menyebarkan suaranya di Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan selepas itu, beliau dijemput oleh negara-negara Islam di seluruh dunia untuk membaca Al-Quran.

Syaikh Muhammad bin Abdulaziz Hissan akhirnya meninggal dunia pada pagi Jumaat, bersamaan dengan 2 Mei 2003M, bersamaan hari semalam, dan pada petang hari yang sama, isterinya juga menerima jemputan Tuhan dan kedua-duanya bergegas ke alam baqa dalam satu hari.

Dalam berikut, anda akan mendengar bahagian Surah Qassas yang dibacakan oleh Profesor Muhammad Abdul Aziz Hissan:

4213383

tanda nama: qari terkenal Mesir
captcha