Dalam sepuluh hari keramat, program perayaan dan kegembiraan diadakan di Iran, dan dalam kalendar Republik Islam Iran, 1 Dzul Qa'dah adalah telah ditetapkan sebagai "Hari gadis" «روز دختر» bhs.Farsi "Ruz-e Dukhtar", esok 10 haribulan Mei 2024M bersamaan dengan 1 Dzul Qa'dah 1445H.
Sempena sambut "Hari Dukhtar", pelbagai program dibuat, dalam rancangan sepuluh hari keramat termasuk pada 5 Dzul Qa'dah adalah hari penghormatan kepada keturunan Para Imam maksum/suci Ahlulbayt Nabi Muhammad (SAW) yang mempunyai peninggalan bersejarah yang banyak di bumi Iran dan menjadi pusat ziarah dan pelancongan maknawi/kerohanian yang diberkati, termasuk yang paling terkenal adalah Makam Imam Redha (as) di bandar Masyhad dan makam saudarinya iaitu hazrat Fatimah, yang masyhur dengan nama panggilan "Bibi Fatimah Masumah (as)" oleh masyarakat pecinta Ahlulbayt suci Nabi Muhammad (SAW), yang makamnya berada di bandar Qom, dengan demikian kedua bandar ini dikenal sebagai kota suci kerana di sana dikebumikan masing-masing dari dua wali suci Allah SWT, yang diharap syafaatnya oleh para penziarah yang mengenal kedudukan suci mereka (as).
6 Dzul Qa'dah adalah hari peringatan Ahmad bin Musa bin Jafar, yang dikenali sebagai Shah Chirag «احمد بن موسی بن جعفر معروف بشاهچراغ», juga sebagai saudara Imam Redha bin Musa bin Jafar (as), "Shah Chirag" bhs.Farsi yang bermaksud "Raja lampu" - penerang jalan maknawi.
Dan 9 Dzul Qa'dah dinamakan "Hari kesucian dan pakaian hijab" «روز عفاف و حجاب» bhs.Farsi "Ruz-e Ifaf wa hijab"; dalam penetapan perundang-undangan negara Republik Islam Iran.
Sepuluh hari keramat berakhir dengan sambutan wiladah Imam Redha (as) pada 11 hari bulan Dzul Qa'dah; pada hari ini juga di Iran pelbagai program di buat; dari rancangan perbincangan ilmiah hingga penyantunan dan kebajikan am sebagai simbol kedermawanan tinggi yang dikenali dari Imam Redha/Reza (as) yang juga dengan nama panggilan; "Imam Rauuf"/الْإِمَام الرَّءُوف.
Kehadiran keturunan yang banyak bagi Baginda Nabi besar Muhammad (SAW) adalah bukti dan hujah Allah SWT yang direkod dalam Al-Quran, dalam surah Al-Kawthar, dan sempena anugerah yang penuh barakah dan kebaikan yang amat banyak inilah satu surah Al-Quran dinamai Al-Kawthar «سورة الکوثر», yang ditafsirkan salah satunya oleh ulama bahawa Nabi Muhammad (SAW) sebagai pemilik keturunan yang amat banyak hingga hari kiamat dan dari keturunanya muncul pemimpin-pemimpin yang adil, berkebolehan, pemberani dan penuh raufat-kedermawanan yang tinggi, dan hingga hari ini kita sememangnya telah menjadi saksi bahawa para sadah dari bani Fatimah binti Rasulillah (SAW) sebahagian telahpun tampil menjadi pimpinan-pimpinan yang bersifat demikian hingga ke hari ini.
*Siri Hakikat ziarah dan tawasul - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.